Tuesday 19 July 2011

Siri Bercakap Dengan Suami Yang Menimbulkan Kedengkian

Hari semalam jepun cuti sempena Summer Festival. Yela, sekarang kan dah masuk summer, panas yang amat. Kalau dah ada festival, mestilah ada entertainment kan. Malam tadi aku ngan abam J tengok la satu live show ni, kat tibi je. Kohser la nak pegi tengok live besesak-sesak ngan orang ramai cenggitu. Ramai la artis-artis jepun perform. Artis k-pop pun ada. Tapi super junior takde. Cisss..amarah betul rasanya! Susah payah aku datang jepun nak tengok super junior live kat tibi jepun tapi takde pulak. Terus aku amek keputusan nak balik malaysia dah minggu depan. Eh yeke? Haha.

Tengah asyik tengok live show tu, tetibe keluar kumpulan KARA, lima orang gadis korea dengan skirt pendek. Mulut aku ni pulak pesen nak bercakap sesaje. Ada je mende nak tanya abam J.

"sayam, yu suke yang mane?", sesaje je la tanye cenggitu. Kengkononnye nanti abam J jawab la cenggini, "ai suke yang...erm...yangggggg..........................kat sebelah ai ni!". Aku la kat sebelah die tuewww. Haaaa..kan suwittt cenggituewww! Kan kan? Gigih ni aku buat muke habis comel waktu tanya soalan tu.

Lantas abam J pun menjawab tanpa perlu berfikir panjang, jawapan yang jujur dan ikhlas. Kejujuran tu aku boleh nampak daripada sinar bebola matanya. Kemaen tau, siap keluar bintang-bintang lagi kat mata die bila tengok KARA.

"ai suke yang kiri sekali tu", sambil menuding jari telunjuk kepada Hara. Gigih betul die nak tunjuk yang mane die suke, siap tuding-tuding jari lagi!

































Menci la cenggini! Menci menci menci menci! Jelesssssss tau! Huh...terus aku memberontak taknak masak malam tadi. Kesudahannye, kami berdua makan megi je.

"yu kan suke Hara, suruh la Hara masak". Huahuahuaaa! Boleh gitu?



2 comments:

Nadia Zaidan said...

ape da ko nie..ngan Hana KARA pun nk jeles...hahaha...lawak2..

safwa_khairul said...

Haha..mestilah..jeles aku tak pernah ade batas