Friday 15 July 2011

Jalan-jalan Cari Makan Di Bumi Sakura

Kalini aku nak share pengalaman jalan-jalan cari makan kat jepun ni. Restoran halal kat jepun memang ade. Jadi, jangan risau kalau nak datang jepun takut takde restoran halal la, nanti kebulur la tak boleh nak makan pape. No no! Kebanyakan restoran halal ni diterajui oleh orang pakistan atau pun india muslim. Gigih kan orang pakistan ni! Kat malaysia jual karpet, sampai jepun jual makanan halal pulak. Setakat ni, ade dua restoran pakistan yang aku pernah terai, kat Tokyo ngan kat Omiya. Kemaen tau diorang pasang video shah rukh khan joget-joget sambil miming tu. Siap ade subtitle bahase malaysia lagi tu! Apekah?? Haha. Boleh bayang kan tak, restoran pakistan kat tokyo, pasang video shah rukh khan tapi ade subtitle bahase malaysia. Macam la orang malaysia ni hadap sangat ngan shah rukh khan kan. Eh, silap..datuk shah rukh khan la weiiiiiii! Hukhuk.

Selain daripada restoran pakistan, kitorang selalu jugak makan dekat family restaurant. Family restaurant ni memang diterajui oleh orang jepun la. Kat family restaurant ni macam-macam ade. Tapi yang betul-betul kite boleh makan, mestilah makanan yang berunsurkan seafood je kan. Yang lain tu ade niku(daging). Biasenye, kitorang akan makan seafood pizza atau pun seafood spaghetti.


Ni seafood spaghetti dekat Saezeriya. Ade udang, sotong dan tomato sauce. Aaaa...dapnye kalau dapat makan spaghetti ni ngan air melon soda! Awesome! Kalau aku makan spaghetti tu memang licin la. Slurrrppppppp!


Yang sebelah tu seafood pizza. Ade sotong kat atas tu. Pun sedap! Abaikan si baju hitam yang suke makan sepah-sepah tu. Tengok tu, makanan baru sampai tapi meja die dah sepah-sepah ngan tisu bagai. Heeee! Lapar la puloppp...


Yang ni pun seafood spaghetti gak tapi kat restaurant lain. Meriah kan seafood die! Ade udang, sotong, kepah, lala dan macam-macam lagi hidupan laut dalam pinggan tu. Sangat sedap makan spaghetti ni ngan fresh orange. Aaaaa..kecuq da ayaq liuq nihhh!


Haa..yang ni bukan makanan ye. Haha. Cantik kan? Saje aku snap gambar ni sebab aku rase interior design restaurant tu macam cantik je. Romantik gituewwwwwww kannnn ;)

Ok, selain daripada makan spaghetti, kitorang selalu jugak makan sushi. Baru la jepun kan makan sushi! Mwahaha. Jom tengok gambar sushi pulak.


Yang ni favourite aku, unagi sushi. Unagi ialah belut. Belut separuh masak campur dengan kicap sikit. Kat bawah tu ade nasi. Ala, macam sushi kat malaysia, cume kat atas tu die letak unagi. Syedaappppp!


Haa..yang ni sushi favourite abam J. Ikan mentah makan ngan nasi kat bawah tu. Erkkk..yang ni aku belum pernah terai. Sedap katenye.


Yang ni pun aku suke. Kat bawah tu telur, ade nasi ngan telur ikan mentah. Telur tu manis. Pun sedap! Ai likeeee. Ekceli, ade banyak lagi sushi tapi tak sempat nak snap sume. Sambil makan sushi, boleh hirup sup rumpai laut campur tauhu jepun. Memang best! Tapi dengan syarat, aku takkan minum air masak atau nihon no cha(teh jepun) yang tawar tu, aku mesti nak minum air gas macam fanta ke atau ape-ape je air yang ade rase..sebab kalau tak nanti tekak aku loye lepas tu. Haha!


Ni la kedai sushi yang kitorang makan tu. Comel kan kedai die? Comel kedai die, bukan comel orang yang kat pintu tu. Tak payah la yu nak sengih-sengih sangat. Hakhak.

Petang-petang ujung minggu pulak kitorang makan aiskem kat Baskin Robbins.


Taste aku ngan abam J memang selalu tak same. Tengok, die suke aiskem yang coklat-coklat, mocca-mocca macam tu. Mende la bestnye gitu..pahit je aku rase. Haha. Aku lak suke aiskem yang fruity-fruity sikit macam strawberry ke, bluberry ke..haaa..baru la ade rase sikit..masam-masam manis..baru la sedap..kannn?


Ni Baskin Robbins dekat kumagaya yang kitorang pegi tu. Ekceli, kitorang pegi petang tapi dah gelap sebab matahari dah nak terbenam pun. Nampak tak 31 dekat signboard Baskin Robbins tu? Cube teke kenape 31? Abam J cakap sebab Baskin Robbins ade 31 perase. Kenape 31? Sebab dalam sebulan ade 31 hari. Jadi, setiap hari makan satu perase. Ye ke yu ni? Ok, kalau macam tu, boleh la bawak ai makan tetiap hari lak pasni. Satu hari satu perase. Ok gitu sayam?? Mwahaha!

Kat jepun ni, kedai fast food macam Mc D, KFC tu memang tak boleh nak pegi langsung la. Konfirm ayam daging sume tu tak halal. Jadinye, kalau nampak bangunan KFC tu, telan air liur je la kan. Ok la, sampai sini dulu cerite jalan-jalan cari makan di bumi sakura ni. Amacam? Menderita tak perut korang? Hahahaha


No comments: