Monday 11 July 2011

Terima Kasih Cinta

Blog ni office hour tau. Kalau orang cuti blog ni pun cuti gak. Ceh, ngengade kan! Yela, hari minggu kan ade aktiviti sosial bersame abam J. Nak jejalan lagi, nak gaduh lagi, nak membebel kat laki lagi, mane sempat nak hupdate blog kan. Hehe!

Hari sabtu petang haritu kitorang pegi Sano Premium Outlets. Dah kate dapat bonus kan. Takkan la nak termenung je kat umah tengok duit cenggitu. Wajib la nak shoping-shoping kan. WAJIB tau sayam! Bukan sunat, bukan harus. Please remember that. Mwahahahaha!

Kat tempat tu ade 180 shops and restaurants. Ok, ayat ni aku copy paste daripada signboard kat situ je. Tak tau la betul ke tidak, kohser la aku nak kire! Nafsu membeli belah tengah membuak-buak, mane sempat dah nak kire-kire ni kan. Sume outlet tu ade kat dalam satu kawasan. Memang sangat besar dan cantik la. Sangat comfortable untuk shopping. Rase taknak keluar je dari situ. Heaven sangat rasenye! Hahaha.


Haa..ni pemandangan dari luar tempat tu. Ni aku snap waktu memule sampai. Snap sambil jalan laju-laju. Nak pegi shopping kan, jalan kene la gelojoh. Kesudahannye, sori la termasuk plak gambar taik burung kat atas divider tu. Ciss! Nampak kan outlet-outlet tu? Tapi ni dari belakang la. Jom kite tengok kat dalam pulak...


Haa..ni pemandangan dari dalam kawasan tu. Cantik dan bersih sangat. Tengah-tengah tu ruang untuk berjalan, kiri kanan tu pulak penuh ngan outlet. Kat tengah-tengah tu jugak ade die sediakan kerusi untuk suami-suami yang dah tak larat nak teman bini die shopping, jadi, boleh la duduk tercongok kat situ. Kalau bini-bini dah saket kaki nak jalan pun, boleh la take five duduk-duduk kat situ. Lepas tu sambung balik hokey! Sori la kalau saket kaki terus nak ajak balik. Sori la. Takde maknenye nak give up. Selagi tak tutup kedai, selagi tu la taknak balik. Haaa..dasyat kan dapat bini cenggitu! Hahahaa.

Outlet tu bukak sampai pukul 8 malam je. Dah la kitorang sampai petang kan, dalam kul 6 camtu. Tak puas tau! Tak sempat pun nak pusing sampai abes. Abam J saje je bawak aku pegi lewat petang. Saje je taknak kasi aku lelame kat situ. Dengki la yu ni..kan ai dapat bonus nihhh! Hakhakkk wekkk ;p

Gambar ni aku snap waktu dah nak balik. Dah malam kan! Kedai pun dah nak tutup. Kan aku cakap selagi kedai tak tutup, selagi tu aku taknak balik. Haha. Dan kejadian dua jam tu berakhir dengan...


Hehehe. Tu je yang sempat rembat selame dua jam. Abam J ----> (T_T). Mwahaha! Eh, abam J ade kasi hadiah istimewa untuk aku. Wahhh, terharu tau..sobsobsss..dah la sebelum pegi tu sempat lagi gaduh-gaduh..pasal baju je pun! Suke kan nak gaduh pasal mende remeh temeh. Haha~


Taraaaa! Urmmmm...makashihhh ya sayanggggggggg. Makashihhh bangat! Hehe. Ai doakan semoga tuhan murah kan lagi rezeki yu. Pasni ai takmo gaduh-gaduh lagi. ai takmo marah-marah yu lagi. Ecehhhh..kite tengok berape lame...

Kemaen la suke kan aku dapat hadiah cenggitu. Dah la wallet lame aku uzur bebeno. Nak pegang pun geli. Keluar je dari outlet coach tu, kemaen lebar ni senyum. Jalan pegang-pegang tangan la ni, girang sangat kan dapat hadiah. hahaa! Bile dah kene halau tu (sebab kedai dah nak tutup), kitorang pun bergerak la ke tempat parking kete. Parking free ok. Tu yang best tu. Sebelum tu, aku ngn abam J singgah la toilet dulu. Keluar-keluar toilet je..dah gaduh balik! Pasal toilet pun nak gaduh kan. Aku taktau nak flush. Hahaha sangat kampung kan?! Yela, toilet kat jepun kan canggih, macam-macam button ade. Dah la button dalam bahase jepun kan..mane la aku paham. Tertekan tau aku! Hakhak. Dahtu, aku marah la abam J. Tak memasal kan marah die. Macam la die yang buat toilet tu. Tengok..tak sampai dua minit pun dah setat gaduh balik kan! Wahahaha. 

Ala, gaduh-gaduh manje laki bini je. Hehehh! Bese la, pompuan kan. Otak tak sempat nak berpikir lagi tapi mulut dah betubi-tubi mengeluarkan kate-kate. Tapi bile aku sesaje try nak jadi pendiam,. yakni sepatah die cakap, make sepatah la aku jawab, tak banyak argue cakap die dan mengiye kan segale kate-kate die, die plak yang taknak aku cenggitu! Boring katenye. Tak perlu jadi orang lain, jadi je diri sendiri. Die suke aku camtu. Hahaha. Yela..aku pun tak boleh la jawab sepatah-sepatah camtu, saje je teraiiiiii....

"Ai kan ade satu akal je..tapi mulut ade sembilan tau! kan sayam??" Mwahahaha

Thanx again my love.



Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan kebahagiaan ini. Syukur Alhamdulillah.



No comments: