Friday 5 December 2014

Winter Escape

Yuhuuu! Alhamdulillah, aku dengan Emil dah selamat sampai ke Malaysia :)

Tiap-tiap tahun memang kami berdua akan lari balik Malaysia bila masuk winter :p

InsyaAllah kami akan pulang semula ke Jepun pada hujung Januari nanti.

Kesian daddy kena tinggal kesejukan sorang-sorang.

Daddy, we miss you lots :(

Tuesday 25 November 2014

Ota Illumination 2014

Yuhuuu, banyak post-post yang tengah pending. Nampak macam tak dapat je nak habiskan minggu ni. Banyak sangat benda nak buat ;)

Anyway, nak share cerita weekend haritu. Kami ke Ota Illumination yang terletak di Ota Northern City Athletic Park. Sekarang dah nak masuk bulan Disember. Biasanya, waktu-waktu macam ni dekat Jepun ni, diorang akan buat Winter/Christmas illumination. Illumination ni biasanya bermula dari hujung November sampai la awal Januari.

Okay, jom tengok gambar-gambar di sekitar Ota Illumination haritu.














Ota Illumination ni memang tiap-tiap tahun akan di adakan dekat sini. Aku dah pernah pergi Ota Illumination ni waktu tahun 2011 dulu. Tahun ni pergi lagi sebab nak bagi Emil tengok illumination. Budak-budak suka la tengok lampu warna-warni macam tu.

Untuk sesiapa yang datang Jepun hujung-hujung tahun macam ni, boleh la tengok illumination. Dekat Tokyo pun banyak. Lagi besar, cantik dan meriah :)

Wednesday 19 November 2014

Autumn 2014: Showa Kinen Park

Ini cerita jalan-jalan tengok koyo weekend haritu. Pada hari Ahad lepas, kami ke Showa Kinen Park yang terletak di Tachikawa, di bahagian barat Tokyo. Showa Kinen Park juga dikenali sebagai Showa Memorial Park atau Showa Kinen Koen dalam nihongo.




View di luar pintu masuk utama. Alhamdulillah, tenki haritu sangat baik :)


Main-main kat sini dulu sementara tunggu daddy beli tiket masuk. Harga tiket 410 yen sorang.


Ini adalah view yang akan kita nampak bila dah masuk dalam park tu. Ada dua rows of ginkgo tunnel di bahagian kiri dan kanan.


Spot yang paling cantik untuk ambik gambar. And yet so crowded T_T






Kat tengah-tengah tu ada kolam with little fountain.





Ada tram jugak kat dalam ni. Kalau malas nak jalan boleh naik tram untuk keliling park ni. Rental basikal pun ada. Tapi kami decide nak jalan je, senang nak ambik gambar ;)


Ada padang untuk ber-picnic.


Emil sangat happy sebab dapat bebas berlari kat tempat yang luas. Hihi. Park ni sangat sangat besar. Park ni yang paling besar setakat yang kitorang pernah pergi. Tapi okay la, sambil berjalan sambil menikmati view.








Ada satu lagi padang besar untuk bermain dan ber-picnic. Dekat area sini ada Turkish Kebab (halal). So, kami stop kejap makan kebab for lunch ;p


Tasik pun ada jugak dalam park ni.


Dekat area tasik ni, ada pameran kereta-kereta lama. Suka sangat la si Emil. Terpaksa mama dengan daddy tunggu dia round setiap kereta dulu (-_-")


Sambung jalan lagi, akan jumpa Japanese Garden ni plak. Ini pun antara spot yang cantik untuk ambik gambar. Boleh nampak ramai photographer kat area sini. Jom tengok gambar yang sempat aku snap sekitar Japanese Garden ni.



Beautiful fall reflection.


Another fall reflection, and the photographer ;)




Red and yellow maples.


Stream of fallen leaves.

Bila dah habis pusing area Japanese Garden, kami decide untuk naik tram untuk balik semula ke main entrance, sebab dah tak larat nak jalan. Taihen ne. Besar betul park ni. Itu pun kami belum habis pusing satu park lagi (-_-")


300 yen sorang harga tiket untuk naik tram ni.

Overall, park ni memang cantik tapi sangat sangat besar. Kena spend satu hari betul kalau nak pusing satu park. Very recommended untuk tourist yang datang Jepun untuk tengok koyo, sebab tak jauh pun dari central Tokyo. Dan park ni pun cantik jugak untuk pergi waktu spring :)

Koyo dekat Showa Kinen Park ni biasanya peak lebih awal dari central Tokyo. So, kalau nak tengok koyo kat sini, bolehlah datang waktu pertengahan November. Park ni berdekatan dengan train station, boleh jalan kaki je. Kalau naik kereta pulak, bayaran parking adalah sebanyak 820 yen. 

Friday 14 November 2014

Spring 2014: Ota City Northern Athletic Park

Pada 27 April yang lalu, kami ke Ota City Northern Athletic Park. Actually bukanlah nak tengok bunga pun, saje nak bawak Emil bersiar petang-petang. Park ni pun tak jauh dari rumah kami, dalam 20 minit je. Kami pernah pergi Shibazakura Festival dekat park ni tahun lepas. Boleh tengok previous post untuk spring 2013 punya cerita.


Kebetulan waktu kami pergi tu masih ada lagi bunga Nemophila dan shibazakura, walaupun dah di penghujung musim.










Shibazakura yang dah tinggal sisa-sisa je. Last year Emil jalan-jalan tengok shibazakura kat sini waktu tu umur dia enam bulan, duduk diam je dalam stroller. Tahun ni tengok shibazakura dah boleh berlari. Penat mama dan daddy nak kejar :p


Ada Koinobori Matsuri (carp streamers festival) jugak dekat sini. Ikan-ikan yang bergantungan tu dipanggil koinobori.


Emil berangan sambil menikmati view :p



Matahari dah nak terbenam. Emil pun dah puas berlari sana-sini tawaf satu padang tu. Heee let's go back home!