Anyway, nak share cerita weekend haritu. Kami ke Ota Illumination yang terletak di Ota Northern City Athletic Park. Sekarang dah nak masuk bulan Disember. Biasanya, waktu-waktu macam ni dekat Jepun ni, diorang akan buat Winter/Christmas illumination. Illumination ni biasanya bermula dari hujung November sampai la awal Januari.
Okay, jom tengok gambar-gambar di sekitar Ota Illumination haritu.
Ota Illumination ni memang tiap-tiap tahun akan di adakan dekat sini. Aku dah pernah pergi Ota Illumination ni waktu tahun 2011 dulu. Tahun ni pergi lagi sebab nak bagi Emil tengok illumination. Budak-budak suka la tengok lampu warna-warni macam tu.
Untuk sesiapa yang datang Jepun hujung-hujung tahun macam ni, boleh la tengok illumination. Dekat Tokyo pun banyak. Lagi besar, cantik dan meriah :)
1 comment:
kireii :)
Post a Comment