Sakurayama Koen terkenal dengan bunga fuyuzakura (winter cherry blossoms), iaitu bunga sakura yang berbunga ketika fuyu (winter). Waktu kitorang pergi haritu, fuyuzakura baru nak berputik. Koen ni terletak di atas bukit, ala-ala macam kat Cameron Highlands gituw.
Cuaca pada haritu agak mendung, dengan suhu 20 deg C. Tapi takde la rasa sejuk sangat sebab tak berangin, just nice. Pokok-pokok pun kebanyakannya dah bertukar ke warna kuning, orange dan merah.
Japanese Garden with small waterfall. Ok, jom layan gambar-gambar lain sekitar koen ni ;)
Overall, pada aku koen ni memang cantik kalau pergi waktu peak autumn. Boleh tengok beautiful landscape of Japanese Garden dengan pokok-pokok berdaun kuning, orange dan merah. Very nice view :)
View sepanjang jalan waktu nak naik ke tempat ni jugak sangat cantik. Boleh nampak kebun epal dan kebun limau dekat tepi-tepi jalan. Selain tengok koyo dekat Sakurayama Koen, boleh jugak buat aktiviti fruits picking bila dah sampai sini. Sebab kebun-kebun tu semua dibuka waktu musim luruh ni untuk aktiviti ringo gari (petik buah epal) dan mikan gari (petik buah limau).
Untuk sesiapa yang nak tengok koyo dekat Sakurayama Koen ni, boleh la datang sini waktu awal November sampai pertengahan November. Koen ni jugak ada buat night koyo illumination. Jadi, koen ni dibuka sampai malam sepanjang musim luruh ni. Entrance fee adalah percuma, cuma kena bayar parking sahaja 500 yen.
1 comment:
Graton Casino Resort & Spa, Las Vegas - MapYRO
Get 김제 출장마사지 directions, reviews and 나주 출장마사지 information 서귀포 출장마사지 for Graton Casino Resort & 구미 출장마사지 Spa, Las Vegas, NV. $11.60. Rating: 8.3/10 · 341 강원도 출장샵 votes
Post a Comment