Bulan April adalah bulan untuk tulips berbunga. Pada 20 April 2014 yang lalu, kami berkesempatan ke Tulips Festival yang di adakan di Gunma Flower Park. Gunma Flower Park yang terletak di Maebashi, Gunma Prefecture, memang terkenal dengan Tulips Festival dan Rose Festival nya yang di adakan setiap tahun.
Lautan tulips dengan pelbagai warna di Gunma Flower Park. Tapi waktu kami pergi ni, ada tulips yang masih belum berkembang sepenuhnya. Cuaca pun agak mendung dan sejuk. Too bad.
Macam biasa, bila sejuk je Emil langsung taknak jalan sendiri T_T
Bersih dan cantik taman ni. Ok, jom tengok gambar-gambar lain di sekitar Gunma Flower Park ni.
View from the observation deck.
Boleh tahan besar taman ni. Playground untuk kanak-kanak pun ada. Tapi Emil taknak main sebab sejuk lol :p
Bila bawak masuk dalam bangunan baru happy, sebab dah tak sejuk. Dalam bangunan ni ada few shops yang jual makanan dan omiyage.
Bila bawak keluar, terus moyok semula. Emil kesejukan dan boring ye tengok bunga. Okay, jom kita balik.
Actually, park ni agak besar. Tapi kami tak sempat nak round habis pun. Cuma pusing-pusing dekat area tulips je. Park ni dibuka sepanjang tahun, dan bunga-bunga yang ditanam pun sentiasa berubah mengikut musim.
Kalau nak tengok tulips, bolehlah datang dari pertengahan April sampai awal May. Entrance fee adalah sebanyak 600 yen (kalau tak silap) dan free parking.
No comments:
Post a Comment