Thursday 21 July 2011

Jalan-jalan Di Uyeno Dan Asakusa

Harini dah hari khamis tapi aktiviti hujung minggu lepas belum sempat update pun lagi. Dahtu, sibuk sangat nak cite pasal ngigau. Haha. Eh, bukan aku je tido ngigau tau. Abam J pun tido ngigau gak. Ada satu malam tu, tetengah tido, tetibe abam J jerit....

"sayammmmmm..jangan degil la!!"

Terkejuuutttttt kauuu! Mende la die ni tetengah malam nak marah orang lak. Dalam hati aku la.

"ngapenye yam jerit-jerit ni? yu marah ai ke?"

"ai mimpi yu bawak kete ai. Dah la bawak laju. Ai suh yu stop tapi yu degil"

Hahahaha. Cisss la. Dalam mimpi die pun aku tetap seorang yang degil. Dapat bayang kan tak kalau di alam realitinya camane? Bwekkk ;p

Risau kemaen die. Yela, aku kan ada tiga kali rekod eksiden. Mwahahaha! Tiga kali je kot. Ok letteuwww..bukan 30 kali pun..kan? kan? Hakhak. Tapi aku was-was jugak. Die jerit cenggitu sebab die risaukan aku ke atau sebab die risaukan kete die?


Aku syak die risaukan kete die. Takut jahanam letteuw aku bawak laju-laju cenggitu! Hahaha lawak la yu ni ngigau sampai jerit-jerit. Tettttt.

Haaa.ni yang aku nak amarah ngan diri sendiri ni. Buat tajuk lain, nak cite pasal mende lain tapi dah merapu ke lain. Ok, aku cite laju-laju. Nak tengok drama jepun lak pasni. Hari ahad minggu lepas kitorang jenjalan ke Tokyo. Tokyo besar sangat, aku spesifik kan lagi, kitorang jenjalan ke Uyeno dan Asakusa. Nak poping-poping lah sikit kan. Berat tau bawak wallet baru ade duit, jadi kene buang lah sikit duit tu. Eh, bawak barang shopping berat-berat takpe pulak? Hahaa.

Memule gerak dari rumah tu aku pakai kasut tutup ni.


Tapi kan sekarang musim panas. Tak sesuai pulak pakai kasut tutup-tutup cenggini. Jadinya, kitorang singgah la Avail jap. Pegi beli sandel. Abam J pun beli sandel baru gak. Suke tau ikut orang die ni! Orang beli die nak beli gak. Mwahaha.


Aku beli sandel ni. Kengkononnye ni dah habis selesa la ni untuk menapak kat Tokyo nanti. Gelojoh ni, lepas beli je terus pakai. Girang hati tu tak payah cakap la kan, dapat pakai sandel ada riben-riben.

Lepas masing-masing dah pakai sandel baru tu, kitorang bergerak ke Kumagaya-eki(kumagaya station). Pegi tokyo naek train je. Cepat dan mudah. Kitorang pun menapak la dari tempat parking kete ke tempat train tu. Dua-dua jalan menyengih je dapat pakai sandel baru. Sampai je tempat tunggu train, korang tengok ni apa jadi kat aku....


Melecetttttt!!! Uwaaaa...menci la! Belum sampai Tokyo lagi. Naik train pun belum! Spoil tau mood nak shopping. Dalam train aku duduk je dendiam. Abam J plak tido lena kemaen. Yu ni campak kat mane-mane pun tetap boleh tido. Aku cakap dalam hati je la. Haha.

Perjalanan lebih kurang sejam lebih, sampai la kitorang ke Uyeno-eki. Dah tau kan eki tu apa? Malas dah nak translate. Kalau lupe, scroll balik ke atas. Turun je dari train, dah terkangkang-kangkang aku jalan. Abam J lak pesen orang jepun jalan laju je. Pastu, mule la die bersyarah nasihat, lain kali tak payah pakai sandel tinggi-tinggi kalau nak menapak, pakai seliper je blablablaa...

'biarlaa..orang nak pakai sandel ade riben-riben' getus ku dalam hati. Mwahaha!

Tak jauh daripada Uyeno-eki tu, ada tempat shopping-shopping. Serius best! Berbintang-bintang mata aku tengok kiri kanan. Macam-macam ada. Kebanyakan kedai pulak buat summer sale especially Adidas ngan Nike. Memang murah dan berebut-rebut orang beli. Tapi kesakitan kaki membataskan segala-galanya. Sebelum mood shopping aku jatuh merudum, cepat-cepat aku rembat....


Ye, seliper jepun! Akhirnya, aku jalan-jalan kat Tokyo pakai seliper jepun je. Selekeh betul rasanya tapi terpaksa gak pakai. Haaa..barulah tak sakit! Hahaa. Ok, jom sambung jenjalan.


Ni kat Uyeno. Kat depan tu tempat orang jual-jual barang.



Ramai gile orang kat sini walaupun panas terik. Summer sale kot! Sape taknak..pelancong pun ramai.


Ini dekat area Uyeno-eki. Bila dah puas jenjalan kat situ, kitorang amek train ke Asakusa. Sambung jenjalan kat sane pulak. Asakusa ni femes sebagai salah satu tempat pelancongan kat jepun. Kat situ ada Asakusa Temple dan yang bestnya kat situ lah tempat nak beli omiyage(souvenir). Kalau korang datang jepun, Asakusa adelah tempat yang wajib korang pergi. Ingat tu! Hehehh.


Ini kat depan pintu masuk Asakusa Temple. Bahagian dalam sikit tu, penuh kiri kanan jalan orang jual omiyage. Memang heaven sangat.


Macam ni la suasana kat dalam tu. Kebanyakan pelancong la yang datang sini. Haritu aku jumpa orang malaysia, orang korea, orang thailand, orang india ngan orang philipina. Yang lelain tu orang jepun. Yang dalam gambar kat atas ni pintu gerbang kedua. Temple kat hujung skali. Kemaen lagi sampai dua pintu gerbang.


Dan inilah templenya. Asakusa Temple. Kitorang tak masuk pun kat dalam tu. Amek gambar dari pintu gerbang je. Kohser la nak masuk tempat semayang korang tu. Orang datang sini nak beli omiyage jewwww. Hehe.



Ni patung-patung yang terdapat kat sekitar Asakusa Temple tu. Mende la patung-patung gini. Ish, ngarut betul. Kikiki!

Lepas dah puas jenjalan sambil shopping tu, kitorang pun bergerak balik ke Kumagaya. Sebelum sampai rumah, singgah dulu makan-makan kat restoran pakistan.


Taraa...this is Chicken Briyani with Fresh Orange Juice. Itadakimasu!

Sekian laporan bergambar aktiviti hujung minggu lepas. Jumpa lagi. Daaaaaa~



No comments: