Thursday 14 July 2011

Malaysia, aku pulang!

Iye. Seperti tajuk di atas, aku akan pulang ke malaysia pada 31hb julai ni. Watashi wa Mareshia ni kaerimasu(saya akan pulang ke malaysia). Flight aku pukul 11.45 malam dari Haneda Airport. Dijangka tiba pada esok paginya, 01hb ogos, pukul 6.30 pagi. Hari pertame puase kalau tak silap aku. Aku balik sorang je. Abam J tinggal kat jepun sengsorang.


Aku balik sorang bukan sebab aku bergaduh ngan abam J, atau pun bukan sebab aku majuk sampai ugut die nak balik malaysia ye..bukan bukan! Rumahtangga kami masih aman bahagie. Mwahaha. Tapi aku terpakse balik sebab visa aku tamat 01hb ogos ni, sedangkan Certificate Of Eligibility(COE) aku belum siap lagi. Sekarang ni, application untuk COE tu masih dalam proses kat sini. Orang jepun tu cakap proses untuk dapatkan COE tu amek mase 3 bulan.

COE tu macam bukti yang aku ni officially isteri kepada Mohd Khairul Bin Ab Rahman atau name jepunnye Kairuru. Selagi COE tu tak siap, aku ni cume 'visitor' je kepade abam J. Kirenye kalau kat jepun ni, aku ngan die belum official lagi la suami isteri. Gitu la kekdahnye. Oh, kire bersekedudukan la ni ek? Hahahaha.

Bile COE tu dah siap, abam J akan poskan dekat aku. Lepas tu, aku akan balik ke jepun semule sebagai ISTERI kepada seseorang yang bekerja di jepun. Saje aku tekan kan perkataan isteri tu. Sebab sekarang ni aku cume la seorang pelancong di mate mereka. Sedih tau! Haha. Nanti kalau dah ade COE, dekat entry gate nak masuk jepun tu pun, aku akan masuk gate lain. Bukan lagi ikut gate pelancong. Yeahhh! Nanti boleh la buat muke berlagak bile masuk gate tu sambil menjeling sinis orang-orang yang beratur kat gate pelancong tu. Mwahahaha! Muke berlagak, tapi bile pegawai imegresen tu tanye dalam bahase jepun, mule la 'uuu aaa uuu aaaaa' nak jawab. Tak malu sungguh kan cenggitu! Ok, lepas ni aku takkan ponteng dah kelas jepun. Aku akan belajar bersungguh-sungguh. Cecehhh semangat nih! Hakhak.

Perasaan aku? Gembira, sedih dan takut. Gembira sebab nak jumpe family dan amanda. Sedih sebab nak tinggalkan abam J. Takut nak balik malaysia sebab....takut la tengok berita-berita kat malaysia. Jenayah sane sini. Kene bunuh la, ragut la, rogol la, pastu bakar lagi. Aaaaa..serius takut. Kat jepun ni jarang ade berita-berita macam tu. Honesly, aku rase selamat sangat kat sini. Kalau pergi keluar rumah tak kunci pun takpe. Banyak kali je aku ngan abam J keluar tak kunci rumah, tidur malam tak kunci rumah tu tak yah cakap la. Dah memang pesen due-due tak senonoh kan, selalu sangat la tak kunci langsung. Tapi Alhamdulillah la, belum pernah hilang ape-ape. Kalau nak kuar jalan-jalan pun, perasaan takut tu takde. Kalau kat malaysia, perasaan tak selamat tu ade. Takut kene pukau la, takut kene follow ngan mat indon la, pastu handbag tu wajib la pegang ketat-ketat. Kang tak pasal-pasal kene ragut pulak. Tak best kan rase camtu selalu. Tak freedom.

Tapi kat sini memang lain perasaannye. Sume orang pun sibuk jalan lelaju dengan urusan masing-masing. Pernah sekali tu, kawan abam J tertinggal iphone kat public toilet kat sini. Tak lame pastu, ade orang jepun call abam J tanye macam mane nak pulang kan iphone ni kat tuan die. Die call abam J sebab number abam J ade kat dalam contact list iphone tu. Boleh bayang kan tak? Abam J pun selalu je tertinggal wallet atau iphone kat office, dah pesen tak senonoh kan, tapi Alhamdulillah la memang tak pernah hilang. Kalu kat malaysia, tak payah cakap la. Aku pernah tertinggal wallet dalam toilet, ade 20 hengget je pun dalam tu..tetap hilang! Hahaha. Eh, bukan nak kutuk negare sendiri, tapi cume nak kongsi pengalaman berdasarkan observation selame aku kat sini. Ini pendapat peribadi aku la, attitude orang jepun jauh lebih bagus daripada orang malaysia, walaupun diorang takde agame. Dengan attitude macam tu, memang patut la negare diorang maju. That was my opinion through my experience, but still if you do not agree, come here and do your observation. I'm sure you'll get the same idea. Trust me! Ahhaaa.

Apepun, malaysia tetap selamat daripada bencana alam kannn. Disaster free. Ok letteuwwwwww. Kat sini,bende-bende camtu la yang buat kite rase tak selamat. Tapi takpe, kebanyakan bangunan baru semua dah ade safety measures. Termasuk rumah yang kitorang duduk sekarang ni. Kalau ade jishin(gempa bumi), bangunan tu boleh gerak-gerak tapi tak tumbang. Bangunan baru kat jepun boleh tahan gegaran up to 13 skala ritcher. InsyaAllah tak tumbang MELAINKAN, kalau Allah nak kate tumbang tu, tetap la tumbang. Teknologi takkan boleh lawan kuase tuhan kan ;) 

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tapi lebih baik di negara sendiri.

atau

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Urmmm..nak gune yang mane satu ek??

Tetttttttt....haha

No comments: