Wednesday 20 July 2011

Bila Kau Curang

Aiponfor milik suamiku kucapai. Dengan girang aku membuka peti pesanan ringkasnya seperti kebiasaan. Tiba-tiba, mataku terhenti pada paparan pesanan ringkas yang baru diterima. Aku merenung tajam nama pengirim pesanan ringkas tersebut. Nama yang sangat kukenali. Nama yang pernah menjadi sahabat karibku tatkala di alam persekolahan dahulu. Ye, sahabat baikku telah menghantar pesanan ringkas kepada suamiku! Mahu apakah dia? Getus hatiku.

Setiap bait ayatnya ku teliti satu per satu. Begitu juga dengan setiap jawapan daripada suamiku. Aku kemudian mengalihkan pandangan ke arah suamiku. Alis matanya mula berkerut-kerut. Peluh jantan mula menitik di dahinya. Dengan muka masam mencuka, bebola mata ku alihkan kembali kepada paparan pesanan ringkas tersebut. Dan.......arghhhhhh, bateri kong! Aiponfor terpadam. Skrin sesentuh yang pada awalnya terang menampakkan bait-bait ayat, kini gelap kekosongan. Seperti juga hatiku yang awalnya berbunga girang, kini bertukar menjadi gelap tidak berbentuk. Tidak seperti kebiasaannya, hatiku berbentuk love berwarna merah jambu.

Lantas, aku menyambung aiponfor tersebut kepada pengecasnya yang sudah tersedia di birai katil. Persoalan demi persoalan yang menerjah di benakku membuatkan aku lebih gigih untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungan perbualan mereka di dalam pesanan ringkas itu. Suamiku kemudian mengambil aiponfor tersebut, seraya berkata,

"tak boleh baca"

Amarahku mula meruap-ruap. Dadaku pula mula berombak menahan sebak. Aku terdiam tanpa sepatah kata. Sejurus kemudian, deringan aiponfor suamiku memecah keheningan. Deringan yang menunjukkan terdapat panggilan masuk. Deringan yang membuatkan hatiku seperti ditikam-tikam. Ye, sahabat baikku kini menelefon suamiku.

"Ai nak cakap dengan dia sekejap. Dia nak sambung cerita. Kesian dia. Dia tengah sedih ada masalah tu", suamiku cuba memberi penjelasan kepadaku sambil berlalu pergi menjawab panggilan.

Air mataku mula bergenang. Perit. Teramat perit untuk menerima kenyataan bahawa sahabat baikku sendiri cuba menggoda suamiku. Lebih perit lagi apabila suamiku sendiri seperti lebih mengutamakan kesedihan sahabat baikku daripada kesedihanku, isterinya sendiri!

Tidak lama kemudian, kelihatan kawan baikku mengupdate status di fesbuknya. Status yang berbunyi kegembiraan kerana baru mendapat wang, mahu pergi membeli-belah sepuasnya. Aku syak, sudah tentu suamiku yang memberikan wang kepadanya.

Usai perbualan telefonnya, suamiku datang ke arah ku. Dan aku mula melontarkan segala yang terbuku di hati,

"Kawan ai tu nak goda yu!! Kenapa yu layan?? Dia saja buat cerita sedih untuk dapatkan perhatian yu. Itulah tektik-tektik perempuan yang nak rampas suami orang, yu jangan lah layan!", amarahku mendorongku meninggikan suara untuk mempertahankan hakku. Kata-kata amarah kulontar laju sambil air mata berjujuran di pipiku.

"Dulu dia pun pernah rampas suami orang guna tektik yang sama macam tu! Dia kawan ai, ai tahu pasal dia!", sengaja aku menokok tambah cerita mengenai sahabat baikku. Air mataku semakin laju bercucuran. Perasaan dikhianati oleh sahabat baik dan suami sendiri adalah ibarat luka yang sentiasa bernanah, tiada penyembuhnya! Aku menangis teresak-esak. Menangis dan terus menangis sepuas hatiku sehingga.......






"sayammm..kenape ni? kenapa nangis ni?", satu suara bertanya sambil memeluk erat tubuhku.

"mimpi", jawabku ringkas

"mimpi ape? ce cite ce cite"

"mimpi yu curang..dengan kawan baik ai", sobsobssss...

"dah-dah, jom tido. Ai takkan buat macam tu la", sambil menepuk-nepukku supaya berhenti menangis dan kembali tidur.

Demmmmm!! Aku mimpi. Aku mimpi sampai menangis teresak-esak tengah tido! Hahahaha. Kesian abam J kan tak lena tido dapat bini ngigau cenggini. Haha. Persoalannya, perlu ke aku mimpi sampai menangis teresak-esak cenggitu? Perlu ke? Perlu ke weiii?? Ciss la..


p/s: ingat tu sayam! waima dalam mimpi sekali pun ai tak benarkan yu curang dengan ai, apetah lagi di alam nyata. titik!



2 comments:

Nadia Zaidan said...

ko slalu mimpi bukan2 kan...haha.. sengal la.. =)

safwa_khairul said...

Haha..tula pasal..dekat jepun ni aku asek mimpi ngarut2 je