Sunday, 31 July 2011

Arigatou, Kairuru-san. Sayonara~

Berakhir sudah 90 hari nan indah. Tak pernah terlintas kat kepala otak lembap aku ni untuk jejak kaki ke negara matahari terbit ni. Apatah lagi nak menetap kat sini. Langsung tak pernah ada dalam list angan-angan aku. Paling-paling busuk pun, aku berangan nak pergi Korea je. Jepun memang tak pernah masuk dalam list angan-angan aku. Apa? Ingat makanan je ke aku buat list? Angan-angan pun aku buat list tau! Keh keh~

90 hari nan indah (cakap sambil pejam-pejam mata, senyum-senyum).

90 hari yang macam mimpi (cakap sambil tarik nafas dalam-dalam, macam jalaluddin hassan selalu buat dalam drama tu)

90 hari yang.....................................ok, jom ikut aku mengembara ke alam fantasi...

Semuanya bermula dengan sebuah ikatan...


Ikatan yang menghalalkan dua hati jadi satu...
Ikatan yang menghalalkan dua jasad untuk berkongsi hidup...


Dan kemudian, sang puteri di bawa terbang oleh puteranya....


Mereka terbang jauh....
Jauh ke satu destinasi....


Destinasi yang indah...


Indah di kelilingi bunga-bunga yang segar menguntum...


Bunga-bunga yang berkembang mekar dengan pelbagai warna....

Satu tempat yang sungguh asing bagi sang puteri!


Satu tempat di mana tiada siapa yang mengenali mereka...

Satu tempat di mana tiada siapa juga yang mempedulikan mereka....

Sang puteri dan puteranya...bahagia berdua
mengatur langkah bersama.....


Mengharungi sebuah kehidupan baru...

Hari-hari dilalui dengan penuh suka-duka...
Ada tawa...ada tangis
Ada rajuk...ada senda
Ada susah...ada senang
Ada gembira...ada duka
Semuanya diharungi bersama-sama

Tik tok tik tok tik tok...

Masa berlalu...
Hari ke 90 tiba juga akhirnya...
Sang puteri harus kembali ke dunia asalnya...
Sang putera juga harus kembali ke rutin asalnya...

Tiada lagi ciuman lembut di pagi hari
Tiada lagi lambaian mesra tatkala meninggalkan rumah di pagi hari
Tiada lagi  si pembuat 'muka comel' yang membuka pintu rumah ketika pulang dari kerja
Tiada lagi hidangan-hidangan enak yang menanti

Yang ada hanyalah...
Rumah yang gelap kesunyian...
Baju-baju kotor yang bersepah...
Baju-baju bersih yang tidak berlipat...
Katil yang tidak berkemas...
Pinggan mangkuk kotor yang tidak berbasuh...
Huh....sepi...

Tinggggggggg!!

Ok, kembali ke alam nyata.

Sejujurnya, dulu aku bukanlah orang yang obses dengan negara Jepun. Pelakon-pelakon jepun pun aku tak kenal. Penyanyi-penyanyi jepun pun aku tak minat. Sebut lah Arashi ke, Smap ke, memang aku terkelip-kelip je la. Memang aku tak amek port langsung pasal jepun-jepun ni. Obses aku cuma pada Korea. Waktu aku bercinta ngan abam J dulu, takde pun aku rasa nak tau pasal jepun. Walaupun macam-macam cerita jepun dia suruh aku tengok, tapi satu cerita je aku tengok. Tu pun sebab nak amek hati. Kang dia merajuk susah pulak nak pujuk, jauh kan. Keh keh keh!

Lepas tiga hari kawen, terus abam J bawak aku datang sini. Aku sampai jepun dengan pengetahuan yang 'ZERO' pasal jepun. Dah la tak tengok cite jepun, lagu jepun memang haram la nak layan. Jadi, aku sangat tak familiar dengan perkataan-perkataan jepun. Lagu jepun yang pernah aku dengar pun, lagu-lagu Tohoshinki je. Tu pun sebab Tohoshinki berasal dari Korea. Dah Tohoshinki pulak berpecah! Memang takde langsung dah lagu jepun aku dengar lepas tu. Haha. Persepsi aku kat jepun dulu, orang jepun kasar! Tak sopan! Kurang ajar! Semuanya gara-gara terpengaruh tengok filem Embun suatu ketika dulu. Hak hak!

Tapi...lepas 90 hari kat Jepun

Kalau ada orang tanya "Apakah negara yang paling menarik untuk melancong?"
Aku angkat tangan dan jawab kuat-kuat "Jepun!!"

Kalau ada orang tanya "Rakyat negara manakah yang sopan dan sentiasa hormat-menghormati?"
Aku angkat tangan dan jawab kuat-kuat "Jepun!!"

Kalau ada orang tanya "Negara manakah yang bersih dan cantik?"
Aku angkat tangan dan jawab kuat-kuat "Jepun!!"

Kalau ada orang tanya "Rakyat negara manakah yang berdisiplin dan punctual dengan masa?"
Aku angkat tangan dan jawab kuat-kuat "Jepun!!"

Ok cukup-cukup, tekak aku dah sakit nak jerit kuat-kuat.

Dan sekarang, sejujurnya jugak aku mengaku

" I'm in love with this country " =) Ahakz!

Tiada lagi Korea di hatiku. Nak tengok cerita Korea pun dah malas. Layan drama Jepun je sekarang. Keh keh!

Ok, sekian terima kasih. Korang boleh stop baca kat sini. Yang kat bawah ni pesanan aku untuk abam J. Korang takyah ngengade nak baca! Selamat berpuasa seme ;)














"hi syg..waktu syg bace ni, mesti sy dah takde kat sebelah syg kan..syg takmo sedey-sedey ea..takmo rindu-rindu sy sgt tau..hehehe. Syg..terima kasih tau..hontouni hontouni arigatou gozaimashita! =) Terima kasih sebab bawak sy datang sini, terima kasih sebab jaga sy baik-baik, terima kasih sebab sabar dengan perangai sy, terima kasih sebab belikan sy macam-macam, terima kasih sebab sayang sy, terima kasih sebab terima sy apa-adanya, terima kasih sebab selalu jujur dengan sy, dan terima kasih sangat sebab menyayangi sy dengan kekurangan sy sekali. Tu yang buat sy terharu sangat =(. Dulu sebelum sy datang sini, syg risau sangat kan? Takut sy boring la duduk sini, takut sy tak suke, takut sy tak hepi. Tapiii..takpun! Sy hepi sangat kat sini =) Sekarang sy lagi suka jepun dr korea tau! Hahaa. Syg jage diri leklok tau..rumah tu jangan sepah-sepah sangat..sy dah takde nak buat semua tu..hehe. Malam-malam jangan lupa kunci pintu. Pintu rumah kita asek tak kunci je malam-malam. Hihi! Syg, dah nak puasa ni, so, sy mintak maaf jugak tau untuk sume salah silap..ngee..macam banyak je! Hahaa. Gomennasai =) Ok, nanti kita jumpa lagi. Tak lama, dua bulan je kan? Sabar tau. Love you syg..wekkk"

"I'm going to miss you..."

"Mata ashita"

"Arigatou, kairuru-san. Sayonara~"

='(


Friday, 29 July 2011

Food Wishlist

Selama kat Jepun ni, dah macam-macam makanan Malaysia aku ngidam. Jadi, sekembalinya aku ke Malaysia nanti, aku akan pastikan aku dapat makan apa yang aku ngidam-ngidamkan tu. Untuk mengelak kalau-kalau ada yang tertinggal, aku dah buat list siap-siap. Jeng jeng jeng...

1. Nasi lemak Mali's Corner
2. Nasi lemak Syed Aziz kat Jerantut, Pahang
3. Roti canai Syed Azizi kat Jerantut, Pahang
4. Gulai masam ikan patin masak tempoyak wan
5. Gulai masam ayam masak tempoyak wan
6. Lala goreng kunyit mama
7. Satay kajang Haji Samuri
8. Cendol Wahab
9. Rojak Wahab
10. Nasi ayam kat Food Court KLCC
11. Murtabak Mat, Gombak
12. Pulut panggang Mat, Gombak
13. Kek lapis masam manis jiran sebelah rumah
14. Kek lapis dam jiran sebelah rumah
15. Moist chocolate cake jiran sebelah rumah
16. Tart nanas mama
17. Nasi dagang mama
18. Laksa penang mama
19. Nasi lemak mother in law
20. Rendang mother in law
21. Sambal tempe mother in law
22. Sambal kerang mother in law
23. Roti john
24. Burger tepi jalan, depan AF Rose, Gombak

Burger tepi jalan kat Gombak tu memang serius best. Brader jual burger tu siang-siang keje kat Indah Water. Aku syak, sebab tu burger dia sedap lain macam je. Haha! Aku akan pastikan seme-seme makanan yang aku list ni akan selamat terdampar dalam perut kempis aku. Ye, perut aku kempis macam gadis-gadis SNSD. Seksi bukan? Hakhak. Aku takde hal punya. Aku ada super power. Melantak banyak mana pun, perut aku tetap berdiri sama rata dengan gadis-gadis tu. Keh keh keh!

Thursday, 28 July 2011

Super Hot


Gambar Super Junior yang Super Hot. Tapi aku syak, gambar Siwon dah overshadow ahli-ahli Suju yang lain. Boleh bikin gadis-gadis kipas susah mati Suju berdarah hidung ni. Haaa..tengok! Korang yang tak kenal Siwon pun, ini minit jugak dah boleh detect kan yang mana satu Siwon? Yang paling terjojol tu kan..eh silap..yang paling menonjol tu kan? Betul tak aku cakap Siwon dah overshadow ahli-ahli Suju yang lain?

Hati kecil aku berbisik,

"Gua relax je..gua takde hal punya, gua lagi suka Firdaus Kamsani dari Siwon", Mwahahahahaha!

Firdaus Kamsani Juga Menangis Part 1

Ahad, 31 Julai 2011, 10.15 PM, Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Firdaus Kamsani merenung jam di tangan. Jam tangan Fossil berwarna coklat miliknya menunjukkan tepat jam 10.15 malam waktu tempatan yakni GMT+9. Suasana hingar-bingar di Lapangan Terbang Haneda. Pelbagai aksi dan ragam manusia dari seluruh pelusuk dunia dapat dilihat. Ada yang berlari-lari anak sambil menarik bagasi, ada yang berjalan berpelukan seperti tidak mahu berpisah, ada yang berjalan lesu lantaran baru tiba, dan tidak kurang juga pramugari-pramugari bertubuh solid yang berjalan dengan lenggang-lenggok tersendiri.

"Milah, abang rasa kita dah boleh gerak ke departure area ni", Firdaus Kamsani berkata sambil memandang wajah isterinya, Siti Jamilah.

"Urmm..ok", jawab Siti Jamilah ringkas sambil menganggukkan kepalanya. Mulutnya semakin kelu untuk petah berkata-kata lantaran menahan sebak di dada. Siti Jamilah diulit kesedihan. Hatinya begitu sebak untuk meninggalkan suaminya seorang diri di negara matahari terbit itu. Apatah lagi tatkala Ramadhan mula membuka tirainya.

Kedua-dua mereka bangun daripada tempat duduk di bahagian menunggu. Firdaus Kamsani menarik bagasi yang terisi dengan pakaian isterinya serta cenderamata buat kaum keluarga di tanah air, Malaysia. Sebelum memulakan langkah, Firdaus Kamsani menghulurkan tangannya kepada Siti Jamilah. Siti Jamilah menyambut tangan suaminya dengan senyuman nipis.

Mereka berdua berjalan mengatur langkah menuju ke arah International Departure. Kedua-dua mereka hanya diam menahan sebak di hati masing-masing. Namun, Firdaus Kamsani cuba berlagak tenang. Bukan kerana ego seorang lelaki, tetapi tidak mahu mengheret isterinya untuk turut sedih bersamanya. Perasaan sebak disimpan jauh di sudut hati lelakinya. Biarpun terkadang hatinya menangis, bibirnya tetap ceria menguntum senyum.

'Aku harus kuat!', bisik hatinya.

"Milah, nanti dekat Malaysia, jaga diri elok-elok ye. Jangan nak drive sangat, nanti abang risau. Milah satu-satunya isteri abang, ingat tu!", Firdaus Kamsani menasihati isterinya dengan tegas. Dek kerana tiga rekod kemalangan yang pernah dicatatkan dalam sejarah lesen P Siti Jamilah, Firdaus Kamsani begitu gusar akan keselamatan isterinya setiap kali isterinya memandu kereta.

"Ok abang. Kalau macam tu, Milah naik train je", jawab Siti Jamilah sambil memandang tepat wajah suaminya. Wajah yang bakal dirinduinya kelak.

"Naik train pun tak boleh. Bahaya. Kat Malaysia tu bahaya. Jangan keluar sorang-sorang. Keluar dengan mama ngan abah je", jawab Firdaus Kamsani sambil tersenyum berlagak menggunakan kuasa vetonya memberi arahan.

"Kalau nak keluar dengan kawan-kawan........macam mana? Boleh la abang, pleaseeee....", Siti Jamilah cuba merayu sambil mendongak tajam ke arah suaminya. Gayanya tidak ubah seperti anak kecil yang merengek minta dibelikan ais krim.

"Kalau kawan-kawan ajak keluar, suruh diorang datang jemput Milah kat depan rumah, pastu hantar balik pun macam tu jugak. Ok? Jangan naik train sorang-sorang. Abang tak benarkan. Nanti kalau apa-apa jadi kat isteri abang, abang yang rasa sakit, bukan diorang", balas Firdaus Kamsani sambil menatap mata isterinya. Wajah Siti Jamilah direnung sepuas-puasnya. Mahu sahaja dia merangkul isterinya dan berlari membawa isterinya pulang semula ke rumah, tetapi undang-undang dunia membataskan segalanya.

"Hait..wakatta!", jawab Siti Jamilah sambil tersengih menganggukkan kepalanya. Sengaja di jawab dalam bahasa jepun untuk menunjukkan kepada suaminya, kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Kedua-dua mereka tertawa. Perasaan sedih diketepikan seketika. Setelah beberapa ketika, mereka semakin menghampiri pintu masuk untuk berlepas. Mereka memberhentikan langkah. Siti Jamilah memusingkan badannya menghadap ke arah suaminya. Tangannya dihulur untuk bersalam. Firdaus Kamsani menghulur lembut tangannya. Lalu, Siti Jamilah tunduk mencium tangan suaminya. Tangan yang berkerja keras mencari wang di bumi sakura.

"Abang pun jaga diri baik-baik ye. Jangan nak horny-horny sangat", Siti Jamilah cuba berseloroh sambil mengangkat muka. Mereka tertawa lagi. Sengaja Siti Jamilah berkata sedemikan. Dia cuba menutupi sebak di hatinya yang kian bergelora.


Pandangan mereka bertentangan. Jejari mereka saling mengusap antara satu sama lain. Masing-masing mengukirkan senyuman di bibir. Senyuman yang cuba menyembunyikan kesedihan. Namun, bebola mata mereka tidak dapat menyembunyikan rasa hati mereka yang sebenar. Pandangan mereka sayu tatkala mata bertentang mata. Firdaus Kamsani mengucup lembut dahi isterinya. Lantas, mereka berpelukan seketika. Erat.

"Abang, Milah masuk dulu ye. Selamat berpuasa sayang. Daaaa", ucap Siti Jamilah dengan nada lembut. Siti Jamilah melambai suaminya sambil menarik bagasi. Senyuman terukir di bibirnya.

"Bye sayang", Firdaus Kamsani menjawab perlahan. Beliau turut senyum sambil membalas lambaian isterinya.

Sebaik melangkah masuk melepasi departure gate, air mata Siti Jamilah mula bercucuran laju. Air mata yang di tahan sejak sekian lama. Siti jamilah tidak mampu lagi menoleh ke belakang untuk melihat suaminya. Dia melangkah laju, selaju air mata yang keluar daripada kelopak matanya.

Firdaus Kamsani masih lagi berdiri memandang isterinya melangkah pergi. Apabila kelibat isterinya hilang daripada pandangan, Firdaus Kamsani lantas memusingkan badan mengatur langkah untuk beredar. Sejurus langkah di atur, air mata jantannya mula megalir keluar. Kini, dia sendirian. Tiada lagi Siti Jamilah yang akan menemani hari-harinya di bumi sakura. Siti Jamilah. Gadis yang membuatnya tersenyum. Gadis yang mebuat kepalanya pening dengan karenah yang adakalanya seperti anak kecil. Gadis yang membuatnya tertawa. Dan hari ini, Siti Jamilah, gadis yang membuatnya menangis.

Sayup-sayup kedengaran takbir raya berkumandang di dada langit Tokyo. Air mata jantannya terus mengalir laju. Ouhhh!

Wednesday, 27 July 2011

Tahniah!

 
Syabas di ucapkan kepada pemenang Contest Teka Gambar, Daira Nadia! Jawapan beliau berbunyi,

"aku taw..jwpan nyer ialah kasut tutup ko..gamba kt post ko yg 'jalan-jalan di uyeno dan Asakusa'..btul x??"

Iye, jawapannya ialah KASUT.



Gambar ni aku dah pernah publish dekat entry Jalan-jalan Di Uyeno Dan Asakusa sebelum ni. Jadi, satu advantage la kepada pembaca tegar blog aku. Diorang mesti dah pernah tengok gambar full kasut tu. Hadiah tu sebenarnya sebagai penghargaan aku untuk mereka-mereka yang sudi meluangkan masa untuk baca blog picisan aku ni. Ok, nantikan hadiah dari Jepun yang lebih gempak untuk contest yang akan datang. Stay tuned!

Terima kasih kepada awak-awak seme yang sudi mencuba walaupun jawapan ada sedikit lucah. Haha!


Tuesday, 26 July 2011

Contest Teka Gambar



Teka gambar di atas. Terbuka kepada semua. Tuliskan jawapan awak-awak seme dalam ruangan komen di bawah. Hanya seorang peserta terpantas dengan jawapan yang tepat sahaja akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan menerima....

 "pakej percutian ke Jepun selama 3 hari 2 malam berserta tiket pergi balik Kuala Lumpur-Tokyo"























Ye ke?? Takde maknenyerrrrrrr...contest senang tak payah nak slogan-slogan bagai, kejadahnye nak hadiah mahal-mahal cenggitu?! Mwahaha. Nah, amek hadiah ni...

Taraaa! Keychain Japan. Comel tau ;)


Just for fun  ^ ^V

p/s: hanya jawapan di bahagian komen ini sahaja di terima, jawapan-jawapan di fesbuk tidak akan dilayan sama sekali. hehehh! tulis nama sekali ye, senang nak trace kalau menang.

Selamat mencuba awak-awak seme~


Aku Takut Pada Kenyataan

Dua perkara dalam kepala aku sekarang ni:

1. Malam tadi aku mimpi gigi aku patah. Orang cakap + pakcik google cakap, kalau kita mimpi gigi patah, kita akan hilang orang yang kita sayang atau orang yang dekat dengan kita. Betul ke betul ke? Sedih. Takut. Dah la minggu ni nak berpisah ngan suami. Aku fobia sebenarnya kalau dapat mimpi-mimpi pesen gitu. Dulu waktu umur aku 12 tahun, aku pernah mimpi datuk aku muka suci je, dikelilingi kanak-kanak, dia senyum kat aku. Pastu, aku pegi kat dia, aku salam dia, aku peluk dia. Tiga hari lepas aku mimpi tu, datuk aku pun meninggal. Sampai sekarang aku ingat mimpi tu! Dan sejak pengalaman waktu kanak-kanak tu la, aku jadi manusia yang taksub dengan mimpi.

2. Pagi tadi, aku kejut abam J pegi keje macam biasa. Dia cakap dia taknak masuk keje pagi ni, sebab dia nak spend masa ngan aku. Tak lama lagi kan kitorang dah nak berpisah. Kesudahannya, dia masuk keje belah petang je. Sedih. Terharu. Pelik. Lagi berat rasa hati aku nak tinggalkan tempat ni.

Aku takut la :(





Monday, 25 July 2011

Hari-hari Terakhir Di Bumi Sakura (18PL)

Aku merenung jauh di jendela. Tinggal lagi enam hari sahaja untuk aku bernafas di bumi sakura ini. Minggu hadapan, pada waktu dan hari yang sama seperti ini, aku sudah berada jauh di tanah airku. Jauh dari tempat yang memberi 1001 kenangan selama hampir 90 hari aku berada di sini. Aku pulang sendirian. Harapan untuk berbuka puasa bersama-sama suami buat pertama kalinya sebagai pasangan suami isteri hancur berkecai. Angan-angan untuk mengenakan pakaian sedondon di pagi Syawal juga harus di usir jauh. Sebak.

Deru angin segar terus menghanyutkan aku dalam lamunan. Pandangan kulontar jauh melihat keindahan langit biru yang terbentang luas dari jendela rumahku. Angin sepoi yang bertiup, membuatkan dedaun di rimbunan melambai lembut. Burung-burung kelihatan riang berterbangan. Suasana yang sungguh menyamankan. Suasana nyaman ini lah yang bakal kurindui kelak.

"Menung ape baiiiii?", si burung murai menegurku ramah, sambil hinggap di dahan pokok berhampiran.

Aku menoleh ke arahnya, lantas menutup jendela dan berlalu pergi meninggalkan si murai dengan soalannya.

"Huh..dasar murai..kepoh!", gertak hatiku sambil menghempaskan badanku ke tilam.

Kepalaku di alas dengan kedua-dua belah tapak tanganku. Aku merenung tajam ke arah syiling. Sejenak aku ingin meneruskan lamunan, kelihatan dua ekor cicak jantan sedang asyik bersenggama dengan posisi 'doggy'. Ya, mereka merupakan pasangan gay. Waima manusia yang mempunyai akal juga masih ada yang bernafsu songsang, inikan pula cicak yang tidak berakal.

"Lu muke kelat semacam..ape cerite derr?", sapa si cicak jantan yang berwarna sedikit kehitaman. Lantas mereka berhenti bermain-main seraya menyedari aktiviti songsangnya diperhatikan ku.

"Gua dah nak balik malaysia", jawabku ringkas sambil memejam mata menahan sebak.

"Lu punya COE belum siap ke?", si cicak tersebut bertanya penuh minat

"Belum derrr..sebab tu la gua kene balik", jawabku dalam nada acuh dan tidak acuh.

"Lu mesti sedih nak tinggalkan lu punye laki kan..dun wori babeyh..ape-ape hal jadi kat Jawe, itu minit jugak gua PM lu dekat fesbuk", si cicak hitam bersuara penuh semangat cuba memujuk kegusaranku.

Aku cuma tersenyum sinis sambil memusingkan badanku ke arah kipas angin yang terletak berhampiran meja komputer. Si cicak hitam tersebut berlalu pergi sambil memimpin tangan pasangannya yang berwarna sedikit cerah. Raut wajah kipas angin buatan jepun, yang setia berkhidmat menyejukkan komputer riba selama 24 jam tanpa tanpa tersebut turut kelihatan sebak.

"Lu nape derr..muke sebak je..awek lari ke?", tanyaku sambil cuba berseloroh. Aku tahu kipas anginku sudah lama hidup membujang.

"Lu takde nanti..sape nak mandikan gua?", jawak sang kipas dengan nada sebak.

Aku mula mengimbau saat pertama aku bertentang mata dengan sang kipas, iaitu ketika hari pertamaku menjejakkan kaki ke rumah ini. Debu-debu tebal penuh menyaluti tubuh putih sang kipas.

"Kalau itu macam..ini hari jugak gua kasi tau Jawe suruh mandikan lu seminggu sekali, ok?", jawabku penuh semangat memberi harapan palsu.

"Ok!", jawab sang kipas ringkas sambil mengenyitkan matanya ke arah ku.







Tengok! Kipas pun sedih kalau aku takde. Tu baru kipas. Belum lagi tibi, peti ais, microwave, heater bagai. Sape nak lap diorang nanti? Silap hari bulan, bath tub pun nangis! Takut kene tembak selalu bila aku takde nanti. Tettttttttttttttttttttt. Mwahahahahaha!


Sunday, 24 July 2011

Hobi Beliau

Sape nak tau...suami saye kan...die kan...
































suke sangat mengenjah...
suke sangat menyepah barang...
menyepah sane...menyepah sini...

Itulah hobi beliau pada waktu lapang.
Sekian, harap maklum.




Friday, 22 July 2011

Review: Good Life~Arigatou, Papa. Sayonara~


Touching! Itu je satu perkataan yang aku boleh cakap untuk keseluruhan drama ni. Drama ni adaptasi daripada novel 'Kashikogi'. Novel 'Kashikogi' ye, bukan novel 'Kasih Yang Suci'. Kalau adaptasi novel 'Kasih Yang Suci', dramanya Nora Elena. Ingat tu! Jangan konfius pulak. Hehehh.

Drama Good Life~Arigatou, Papa. Sayonara~ ni baru je ditayangkan dekat Jepun waktu spring haritu, dibintangi oleh Sorimachi Takashi, Eikura Nana, Igawa Haruka dan Ihara Tsuyoshi. Ok, aku ceritakan sinopsis drama ni secara ringkas. Drama ni ada 11 episod, mengisahkan tentang seorang lelaki yang ditinggalkan isterinya akibat sikap beliau yang lebih mengutamakan kerja berbanding keluarga. Beliau kemudiannya membesarkan anak lelakinya yang berusia 6 tahun sendirian. Lebih malang lagi bila anak lelakinya didapati mengidap leukimia. Dan segala-galanya bermula disini.

Mesti korang rasa jalan cerita ni tipikal kan? Mesti korang agak budak tu last-last mati sebab tu la tajuk dia 'Arigatou, Papa. Sayonara' kan? Tak pun mesti korang agak bapak dia yang derma sum-sum tulang kat dia kan? Ouhhh..itu drama melayu punya level. Drama jepun takkan buat jalan cerita semudah tu. Nak tau jalan cerita dia, kene la tengok sampai habis. Hakhak! Serius drama ni touching gila! Two thumbs up untuk pelakon kanak-kanak yang bawak watak Waku-chan tu. Kalau dia gembira, dia akan bawak kita senyum sekali ngan dia. Kalau dia sedih pulak, dia akan bawak kita menangis sekali ngan dia. Dengan lakonan mantap, di adun dengan skrip yang menyentuh perasaan, di tambah pulak dengan lagu latar yang best, cukup syarat untuk buat kita mengalirkan air mata tanpa perlu dipaksa-paksa! Huh~

Budak-budak kalau menipu, mak ayah tau kan yang diorang tu menipu. Tapi kalau mak ayah yang menipu..........budak-budak percaya je kan? Kebenaran tetap harus diselesaikan dengan kebenaran. Kebenaran tak boleh diselesaikan dengan penipuan. Itulah yang ada kat dalam drama ni.

Ok, kalau siapa-siapa yang nak tengok drama ni online, aku sediakan link kat bawah ni.


Selamat menonton!

p/s: Bagi aku, part paling sedih bila bapak dia nak cakap secara personal dengan Waku-chan dekat tepi padang rumput. Sedih gila time tu. Dua helai tisu aku guna untuk part tu je. Ciss betul la! Part paling comel lak bila Waku-chan ni asek menipu je. Waku-chan kawaii desu ne. Hihi!

Bungkusan Comel


Bungkusan comel apakah ini? Cube teka apa kat dalam tu? Ce teka ce teka...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
berdebar tak berdebar tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaaaa! Pad whishper! Atau bahasa seksinya tuala wanita. Kehkehkeh! Sopan-santun kan orang jepun siap bungkuskan pad comel-comel cenggitu. Diorang bajet gegulsss malu la kalau bawak open je. Eishh, kohser la nak malu-malu. Kalau beli kondom taknak pulak die bungkus cenggitu. Eh, mane tau ni? Eh eh..pernah beli kewwwwww? Eh eh eh..tetttttttttttt. Hahahahaha!

Ok, tu la pad whisper versi jepun. Mana-mana aku pegi pun aku tetap akan cari pad whisper. Keselesaan yang tiada tolok bandingan! Kalau pad lain mesti rase macam geli-geli gittuewwww..rase macam merengsa je. Hakhakk. Bajet macam kulit baby la nak merengsa-rengsa bagai cenggitu? Ekekekeke~