Wednesday 8 October 2014

Spring 2013: Hitsujiyama Park, Chicibu

Lagi cerita Spring 2013. Aku akan habiskan cerita untuk tahun 2013 dulu, mengikut musim. Lepas spring, kita masuk cerita autumn pulak okay! ;)

Lepas musim sakura berakhir, tibalah musim untuk shibazakura pulak. Shibazakura atau dikenali juga sebagai moss phlox atau pink carpet. Spring adalah musim yang paling aku suka. Sebab kita boleh tengok macam-macam jenis bunga. Dan bunga-bunga ni semua akan tumbuh silih berganti sepanjang musim bunga tu. Sakura adalah bunga pertama yang akan keluar, menandakan musim bunga akan bermula. Lepas habis sakura, shibazakura pulak berbunga. Tapi ada sesetengah tempat, kalau lucky boleh tengok sakura dan shibazakura berbunga serentak. Shibazakura jugak akan berbunga serentak dengan Nemophila. Dan macam-macam lagi lah bunga yang keluar silih berganti lepas tu. InsyaAllah aku akan share satu per satu nanti okay ;)

Untuk Spring 2013, kitorang pergi ke Hitsujiyama Park yang terletak di Chicibu, di dalam Saitama Prefecture. Hitsujiyama Park ni merupakan antara park yang terkenal untuk tengok shibazakura. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa selama satu jam 20 minit.


Ini lah dia shibazakura. Now you know why it's also being called as pink carpet. Kan? Rasa nak baring-baring atas tu :p


Shibazakura ni ada a few colours, iaitu pink, light pink, light purple and white.


Hitsujiyama Park ni memang sangat lah luas. Kalau nak keliling park ni, memang terasa lenguh la kaki. Lagi-lagi kalau yang menggedik nak pakai high heel tu :p


Emil as always, kalau bawak jalan-jalan memang terus bertukar watak jadi one happy baby gituw.


Tengok tu senyum je memanjang. Sambil tepuk-tepuk tangan. Girang sangat.


Moyok tiba-tiba. Rupanya dah mengantuk. Masuk jari dalam mulut tandanya nak susu dan mahu tidur. ZzzZzzz~

Untuk sesiapa yang teringin nak tengok shibazakura, bolehlah datang ke Hitsujiyama Park ni. Entrance fee adalah sebanyak 300 yen per adult, dan parking adalah percuma. Shibazakura biasanya berbunga waktu pertengahan April sehingga awal May. So, bolehlah datang time tu :)



4 comments:

Nor Hanis said...

Safwa! Aku dah baca blog ko semalam. Tp xsempat nk komen. Mmg bagus timing ko update blog. Senang nk susun itinerary. Eh... :P

Lepas ni insya Allah nk update blog gak la bersama-sama ko. Gambarimasu!

Share juga resepi jepun halal~ Aku suka....

safwa_khairul said...

Hanis, bunyi macam nak dtg jepun lagi. Amboiii..berjalan je kan keje ko! :p

Lps ni ko update la pasal travel2 ko dulu especially Europe trip aritu. Boleh gak aku jd kn reference nnt. Hehe :p Yoshhh ishouni ganbarimashou!!

InsyaAllah nnt aku share resepi menu2 jepun yg aku dh pernah try okay ;)

Unknown said...

hahaha.. sumpah nak gelak.. hanis pun sama??? hahahah... nk gelak golek2... dah kenapa smua bulan 10 ni mmg bln bukak blog lame yg dah bersawang ek... hik3

safwa_khairul said...

Jommm korang kita update blog semula!! Anyway, thank you sbb sudi menjengah ke sini lagi :)