Sunday 5 October 2014

Salam Aidiladha

Harini kitorang berpeluang menyambut Aidiladha di Kedutaan Malaysia. Kebetulan Aidiladha jatuh pada hari Ahad, jadinya memang planning dengan kawan-kawan untuk beraya di embassy. Ini first time untuk aku dan Emil beraya di embassy.

Seawal jam 6.30 pagi kitorang bergerak dari Kumagaya ke Tokyo. Tiba di embassy dalam pukul 8.10 pagi.


Solat sunat Aidiladha bermula pada pukul 8.45 pagi.


Selesai solat, acara makan-makan bermula. Antara menu yang disediakan ialah nasi minyak, roti naan, mee goreng, nasi impit dan desserts.


Tapi Emil tak suka dengan suasana crowded macam tu. Jadi, terpaksa bawak dia main dekat area lapang ni sambil tengok kereta lalu lalang. Mama dan daddy pun terpaksa makan bergilir. Sobs! Tak dapat mama nak try all the foods lol :p


Baju melayu Emil yang pakai waktu raya Aidilfitri dua bulan yang lalu dah tak muat. Jadi pakai baju biasa je. Cepatnya Emil membesar~


Mama dengan daddy jugak yang tak membesar. Hiks! Ini pun baju-baju lama korek dalam almari. Nasib baik muat lagi. Biasalah beraya di perantauan, pakai je la apa yang ada dalam almari tu. Hehe.


Ini lah keluarga besar kitorang di Saitama. Diorang lah kawan, diorang lah keluarga. Alhamdulillah. Dalam group kitorang ni, Emil sorang je boy. Yang lain tu anak-anak diorang semua girls. Auww Emil hot stuff bakal jadi rebutan. Ekekeke :p

Selepas sesi bergambar tu, kitorang pun bersurai. Best la jugak dapat beraya kat embassy. Sekali sekala jumpa orang melayu ramai-ramai. Heee! :)



 


No comments: