Thursday 30 October 2014

Spring 2014: Sakura di Kumagaya

Ok, kita masuk cerita spring 2014. Dari cerita autumn terus ke cerita spring 2014, mana cerita winter 2013? Yay, sebenarnya dah dua tahun berturut-turut aku bawak Emil lari ke Malaysia setiap kali winter. Kesian daddy kena tinggal kesejukan sengsorang. Mwahaha :p

Biasanya dalam bulan March atau April baru kitorang berdua balik semula ke Jepun. Jadinya, Emil memang tak pernah lagi tengok snow. Aku pun baru sekali je merasa winter kat sini. Lepas tu terus serik. Lol :p

Tahun lepas aku ter-over stay kat Malaysia sampai missed musim sakura. Sobs! Untuk tahun 2014 ni, aku dan Emil balik semula ke Jepun pada pertengahan March, dengan harapan taknak missed sakura lagi. Dua minggu lepas tu, sakura pun berbunga. Alhamdulillah, perfect timing :p


1st April 2014. Pagi-pagi dah bawak Emil keluar tengok sakura. Ni dekat tepi rumah kitorang je. Sepanjang jalan tu penuh dengan pokok sakura.


Happy as usual kalau dapat keluar jalan-jalan. Waktu ni Emil dah setahun enam bulan.


Muka pelik je tengok atas, maklumlah first time Emil tengok sakura penuh je kat pokok.


Lepak-lepak kejap kat sini. Cuaca pun cantik. Berangin je. Nyaman sangat. Jemput tengok gambar Emil dengan pokok sakura :)




Waktu ni bunga dia masih belum berkembang sepenuhnya. Kena tunggu esok baru betul-betul kembang.

Keesokan harinya, kitorang jalan-jalan kat situ lagi. Gigih sangat demi sakura yang cuma berbunga tujuh hari sahaja dalam setahun :p


2nd April 2014. Sakura in full bloom. Lagi cantik kan berbanding yang semalam!


Ii tenki ne~


Lebat sangat bunganya. Jemput tengok gambar-gambar lain model cilik tak berbayar ni :p




Jalan-jalan bawah pokok sakura. Bestnya buat sesi photoshoot kat sini sebab takde orang. Bukan senang nak snap gambar dengan pokok sakura yang tengah full bloom, tanpa ada orang ber-hanami bawah pokok tu. Hihi. Biasanya, kalau musim sakura, mesti nihonjin akan penuh ber-picnic bawah pokok sakura buat hanami party. So, kalau nak dapat gambar cantik, kena la pergi weekdays time orang kerja :p

Terima kasih Emil sebab jadi model mama! Nanti mama upah susu :p

No comments: