Biasanya, kitorang bawak Emil keluar beriadah atau buat outdoor activity cuma pada waktu weekend sahaja. Kalau weekdays, memang akan duduk diam-diam dekat rumah je. Memandangkan Emil pun takde kawan lagi kat sini, jadi aku akan buat indoor activities supaya Emil takde la boring sangat. Pagi biasanya Emil akan tengok rancangan kanak-kanak dekat NHK channel. Rancangan ni berbentuk pendidikan sebab ada slot yang diorang ajar English, numbers, alphabets, dan ajar etika. Contohnya, harini diorang ajar untuk buang sampah dalam tong sampah. Esok diorang ajar untuk letak baju kotor dalam bakul. Hari seterusnya diorang ajar cara nak pakai baju sendiri, cara nak gosok gigi, cara lipat baju dan macam-macam lagi. Bagus kan? Emil pun bila tengok tu, pandai dah nak buang sampah dalam tong sampah, pandai dah nak gosok gigi dan kalau nampak baju daddy sepah-sepah, dia yang akan kutip letak dalam bakul. Lol :p
Rancangan kanak-kanak tu habis dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Lepas tu, start la untuk aku buat aktiviti dengan Emil.
Colour sorting activity. Tujuannya supaya Emil boleh mengenal warna.
Colour sorting menggunakan small things. Aku gunakan bintang yang macam dalam gambar ni. Selain tujuan untuk mengenal warna, boleh merangsang fine motor skill untuk anak-anak, serta melatihnya untuk fokus dan sabar. Emil kalau buat ni memang fokus. Tekun je dia masukkan bintang tu satu per satu. Panggil pun tak layan.
Selain tu, aktiviti mengenal ABC dan colour pakai flash card ni. Tapi satu hari biasanya satu huruf je aku ajar. Sebab Emil tak suka sangat kalau nampak aku keluarkan flash card ni. Lol :p
Aktiviti main kereta dan main Lego. Biarkan dia susun Lego sendiri mengikut kreativiti, dan gerakkan kereta sendiri mengikut trek yang disediakan tu. Aktiviti macam ni dapat melatih perkembangan minda kanak-kanak. Dalam gambar tu Emil susun Lego buat tunnel, siap ada kereta lalu kat dalam tunnel tu. Hihi :p
Belajar mengenal vehicles. Macam Emil, dia sangat suka kereta. Jadi kalau nak ajar dia apa-apa, aku suka gunakan kereta-kereta dia sebagai subjek. Contohnya, belajar counting dan belajar warna.
Alhamdulillah, sebelum genap umur Emil 2 tahun 1 bulan haritu, dia dah kenal numbers 0-10, 26 alphabets, colours, vehicles, body parts and a few animals. Sekarang ni kalau nak sebut sesuatu, mesti dia akan sebut dengan colour sekali. Contohnya, 'red fire truck', 'yellow car', 'blue train', 'brown socks', 'purple grapes' and so on. Complete gituw :p
Sekarang ni, aku tengah gigih nak ajar dia 'Alif Baa Taa' pulak. Kalau boleh sebelum umur dia 3 tahun, nak pastikan dia dah kenal semua huruf jawi. Jadi, start umur 3 tahun dah boleh ajar dia mengaji.
Sekarang ni aku ajar pakai buku ni, tapi macam tak berhasil sangat. Sebab banyak sangat huruf dalam satu page. Mungkin kena cari flash card atau huruf yang block tu. Senang sikit Emil nak fokus dengan satu-satu huruf yang kita ajar.
Bila duduk di perantauan yang bukan negara Islam ni, rasa 100% tanggungjawab dekat atas bahu kita as parents untuk didik anak sendiri supaya kenal Allah dan kenal agama Islam. Kat sini takde Fardhu Ain nak hantar. Kalau ada Islamic Center pun jauh T_T
Semoga segala urusan untuk mendidik anak dipermudahkan. Yoshhhhh mama ganbatte kudasai!
No comments:
Post a Comment