Friday 3 October 2014

I'm Back!

Dua tahun kemudian....



Bismillahirrahmanirrahim~


Assalamualaikum w.b.t


Jap jap, nak cuci sawang dulu.


Fuh fuh fuhhhh~






Ok, dah bersih.


Finally, after a very longggggggg hiatus,


I'm back here again! ;)



Kitorang masih lagi merantau di bumi sakura. Masih lagi di Kumagaya, Saitama. Dulu berdua. Tapi sekarang dah bertiga. Alhamdulillah :)


Disebabkan tak pernah lagi update apa-apa pasal orang ketiga tu kat blog ni, now, let me introduce him.



This is our beloved son, Emil Akif Bin Mohd Khairul. Dilahirkan pada 25 September 2012 di Samejima Bonding Clinic, Saitama. Ni gambar dia waktu umur satu hari. Semua nurse kat hospital tu cakap mata dia besar. Sebab baby jepun umur satu hari tak nampak mata lagi. Lol :p



Emil waktu umur tujuh hari. Kat Jepun ni memang tak benarkan baby pakai sarung tangan dan sarung kaki. Biarkan je macam tu. Supaya bersih tak kepam dan berdaki.


Emil waktu umur tiga bulan. Time ni kat Malaysia. Kepala dia memang botak takde rambut macam tu, tak cukur pun. Hihi.


Emil waktu umur enam bulan. Masih lagi kat Malaysia. Dan masih lagi botak licin berkilat.


Taraaa! Emil waktu umur 10 bulan dah boleh berjalan. Rambut pun dah tumbuh.


Emil waktu umur 11 bulan. Dah boleh lari-lari dekat Aeon. Waktu ni dia sangat ramah-tamah dengan nihonjin (orang jepun), tapi menangis kalau jumpa orang melayu. Perasan diri nihonjin :p


Emil waktu umur satu tahun. Yeahhhh! Rambut pun dah nak start kerinting.


Emil's first birthday celebration. Bertemakan Orange Party gituuu ;p


Emil waktu umur satu tahun lapan bulan.


Emil's second birthday. Celebrate dekat Pokok Pisang, a Malaysian Restaurant in Gyoda, Saitama. Tengok aku dan abam J, masih maintain seperti dua tahun lalu bukan? Muehehe :p

Sekejap je dah dua tahun anak teruna ni. Walaupun dah cium dia berjuta-juta kali dari lahir sampai umur dua tahun ni, masih lagi rasa tak puas. Masih nak cium lagi dan lagi dan lagi dan lagi! Sayangnya lahai kat anak.

Ok, cukup untuk setakat ni. Lepas ni, insyaAllah aku akan share pasal tempat-tempat menarik kat Jepun yang kitorang dah pergi selama dua tahun ni. Muahaha! Dua tahun tak update, gigih la lepas ni nak cover semula. Yoshhhh!

Eh, ada readers lagi ke ni? :p

2 comments:

Unknown said...

haha... witout realizing.. td baru terpk nk bk blog smula.. krn kerinduan untuk menulis... tibe2 nampak update safwa... hahahah... tgk2.. lor.. same... 2 thn sudah tdk menulis sprti ak jg.. hahahahha... agaknya bulan 10 ni mmg semua rindu utk menulis kot.. welcome back syg.. =) insyaALLAH.. im still ur reader if and only if... erny mampu menulis smula jg.. heee

safwa_khairul said...

Ernyyyyyy...rindu kamuuuuu!
Jom ber-blogging semula! Hihi please share story ko waktu kat Europe. Nak bacaaa :)