Tuesday, 14 October 2014

Spring 2013: Ina-machi Rose Garden

Ok, ini entry terakhir untuk cerita spring 2013. Kalini nak cerita pasal Ina-machi Rose Garden yang terletak di Ina, di dalam Saitama Prefecture. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa lebih kurang 40 minit.


Red roses yang terdapat di Ina-machi Bara Koen (Rose Garden). Red roses ni sangatlah besar, saiz L mungkin. Lebih kurang saiz kepala Emil waktu tu lol :p First time aku jumpa bunga ros sebesar tu. Lebat bunganya. Geram je nak petik tapi tak boleh T_T


Emil muka bahagia je dapat jalan-jalan. Tengok bunga pun tengok bunga lahhhh, janji berjalan! Yang bunga ros kat belakang Emil tu jenis yang kecik pulak.


Orange roses pun ada. Jarang kan jumpa bunga ros warna ni.


Haippp don't touch Emil Akif! Bunga ros yang ni saiz sederhana. Macam yang selalu kita jumpa kat Malaysia tu.


Bunga ros yang ni pulak saiz XS. Kecik-kecik je bunganya.


Ada yang dah start gugur. Cantik hanya sementara. Sobs!


Bunga ros kuning. Pun cantik jugak!


Kalau penat boleh duduk-duduk kejap. Tapi bara koen ni tak besar mana pun. Boleh lah jalan-jalan sambil bersantai.


Yang ni pale pink roses. Lebatkan bunga dia? Lembut je warna dia. So nice~

Kepada rose lovers, boleh lah datang ke Ina-machi Rose Garden ni pada pertengahan May hingga Jun untuk tengok bunga ros dalam pelbagai warna dan saiz. Harum semerbak je taman ni. Parking free dan entrance fee adalah sebanyak 200 yen.









No comments: