Tuesday 7 October 2014

Spring 2013: Jalan-jalan ke Nikko

Ini cerita Spring 2013. Kitorang buat day trip ke Nikko, bawak mak mertua dan adik ipar ku jalan-jalan. Nikko terletak di Tochigi Prefecture. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa selama 1 jam 15 minit.

Nikko terletak di kawasan pergunungan dan dikelilingi hutan simpan. Memang redup je suasana sekitar Nikko. Tenang dan mendamaikan. Nikko juga tersenarai sebagai UNESCO World Heritage. Jadi, kepada sesiapa pencinta alam sekitar, boleh la datang ke Nikko untuk menikmati keindahan alam ;)

Kami menuju ke sebuah ladang strawberry di Nikko untuk aktiviti ichigo gari (strawberry's picking).


Emil dan daddy ber-ichigo gari. Buah strawberry di Nikko adalah sangat besar dan manis! Fresh dari ladang. Yummehhhh~


Petik dan ngap! Tengok tu Emil nganga aje dia.


Ini la dia tempat ichigo gari tu. Entrance fee yang dikenakan adalah 1200 yen per adult. Boleh makan sebanyak mana yang kita nak selama satu jam. Boleh jugak petik untuk bawak balik. Harga akan dikenakan per gram.

Selesai ber-ichigo gari, kitorang pusing-pusing sekitar Nikko dan berhenti di salah satu koen (park) di situ.


Waktu kitorang pergi tu musim sakura dah habis. Ini je la sisa-sisa yang tinggal.


Jalan-jalan kelilling koen menikmati view alam sekitar.


Emil bersantai jap sementara tunggu nenek beli omiyage.

Actually, banyak aktiviti boleh buat dekat Nikko ni selain ichigo gari dan sightseeing. Antaranya boleh hiking, boleh melawat shrine, boleh lepak-lepak dekat tasik tepi gunung, boleh tengok waterfall, dan jugak boleh biking sambil menikmati nature. Tapi kitorang tak sempat nak buat semua tu. InsyaAllah next time boleh pergi lagi ;)

Untuk yang nak menikmati keindahan Nikko, datanglah waktu autumn. Sebab Nikko sangat famous dengan kecantikan autumn foliagenya.

p/s: Sorry sebab tak banyak gambar view cantik-cantik. Banyak snap gambar anak sendiri je lol :p





No comments: