Penantian sudah berakhir. Setelah hampir enam minggu meninggalkan Jepun dan berpisah dengan abam J, Alhamdulillah, Certificate of Eligibility (COE) dari Ministry of Justice, Japanese Government telah pun selamat sampai ke tangan aku semalam. Sangat teruja ok! Haha.
Petang ni aku akan pergi ke Embassy of Japan untuk permohonan visa pulak. Proses untuk permohonan visa ambil masa tiga hari je. Jadinya, InsyaAllah dalam minggu depan aku dah dapat visa untuk masuk Jepun. Bukan visa pelancong yang tiga bulan tu dah, tapi untuk tiga tahun. Yayyy!!
Dan abam J pun dengan pantasnya bertindak...
Haaa..pantas bukan? Jadinya, aku akan berangkat pulang ke Jepun pada hari Khamis minggu depan, pukul 2.40 petang dan dijangka tiba di Haneda Airport, Tokyo pada pukul 10.30 malam. Ngeeee! Tak sabar ni nak peluk-peluk suami kat Haneda Airport nanti. Dah la sampai malam, Khamis malam Jumaat pulak tu kan. Yu saje kan sayam??! Keh keh keh.
Ok ok, teruja sangat ni. Aku nak jerit kuat-kuat...
"Japannnnnnnnnnnnnnn...ai mmmm comiiinggg bacccccckkkkkkkkkkk!"
"Kumagayaaaaa...see yuuuu next weekkkkkkkkkkkk!"
"sayanggggggggggggg....erkkkk...jumpa lapan hari lagi!"
Ngeh ngeh ngeh~
2 comments:
hepi for u dear.. =)
@UnDeFiNeD gUrLz
Thanx erny. May happiness will be yours too =)
Post a Comment