Tuesday, 20 September 2011

Ohayou Kumagaya =)

Ohayou gozaimasu! I'm back to Kumagaya!

Ohhh dah empat hari sampai Jepun tapi baru harini nak bagitahu dah sampai. Ape cer?? Haha. Aku sampai hari Khamis lepas, pukul 11.05 malam waktu Jepun. Sepatutnya sampai pukul 10.30 malam tapi disebabkan ada kekangan, pukul 3.00 petang waktu Malaysia baru take-off (sepatutnya pukul 2.40). Wahhhh..kekangan gitewwww! Mentang-mentang baru balik dari Malaysia kan, mula la ni nak guna ayat-ayat berita. Haha.

Lepas setel amek bag, imegresen kastam bagai. Pukul 12 baru aku keluar. Lambat kan? Nak tau kenapa? Al-kisahnya dekat tempat amek bag tu, bila bag hitam seakan-akan bag aku lalu depan aku je, aku pandang dengan pandangan sinis sambil berkata dalam hati,

"Macam bag aku la pulak bag orang ni..tapi bag aku kaler biru..sibuk je nak sama!"

Dahtu, aku tunggu je la bag biru aku tu keluar. Tunggu dan tunggu. Dah lama tu, lalu lagi bag hitam tadi. Musykil jugak ni kenapa takde orang lagi amek bag tu. Ntah-ntah bag aku kot! Aku pun cuba usha-usha nombor bag tu.

Omaigod omaigod! Sama dengan nombor bag aku kat boarding pass! Omaigod omaigod! This is my bag! Omaigod omaigod! Kejadahnya tak kenal bag sendiri!! Kaler biru konon..hahaha!

Ok, bag aku kaler hitam ye. Hitam hitam hitam! Bukan biru ye. Haha senget sangat kan!

Bila dah keluar tu, terus lah nampak abam J tercegat menunggu. Ololo..kesiannya. Hakhakk. Malu-malu nih bila dah bertentang mata. Dan-dan keluar lagu background kumpulan Elite...

'Mata bertentang mata, adakah kau terasa
cinta kian memekar di hati kitaaa..lalala'

Ok, drama sangat kan! kuat verangan otak aku ni..haha

Lepas tu, kitorang terus lah bergerak balik ke Kumagaya. Bawak kete sambil pegang-pegang tangan, cuit sane cuit sini, dekat pukul 3 pagi baru sampai rumah. Setat hari Jumaat sampai la hari Isnin semalam, abam J cuti. Eh...dah lama tak jumpa, rasa macam baru kawen pulak. Keh keh keh!

Ok, harini operasi membersihkan rumah. Tebal dah debu-debu ni. Boleh buat tayammum dah ni. Daaa~


2 comments:

sab said...

adoiyai..punya xcited nak juper hubby smpaikaler beg pon dah takleyh cam????hahaha memang sengal r...lawak apa yg ko cuba wat nihhh

safwa_khairul said...

@Sab

Hahaha..bukan excited, tapi sebab aku penat sangat kot. (Ok, alasan nak cuba cover excited aku)