Monday, 26 September 2011

Wedding Story Part 1: Majlis Khatam Al-Quran


Majlis Khatam Al-Quran telah di adakan pada hari Sabtu sebelah pagi, 30 April 2011 di kediaman rasmi keluarga aku yang terletak di Taman Inderapura, Jerantut, Pahang. Majlis ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir dengan jamuan ringan sekitar jam 11.30 pagi.


Warna hijau pucuk pisang merupakan warna tema bagi majlis ringkas ini. Ok, jom tengok gambar sekitar majlis di adakan.


Wanita yang berbaju kurung merah jambu di sebelah kiri aku tu adalah bonda tercinta. Ohh mama, i miss you! 



Bacaan doa selepas majlis. Majlis ini di adakan pada hari yang sama dengan majlis akad nikah. Cuma, akad nikah di adakan pada sebelah malam. Itu sebab aku dah pakai inai siap-siap.
 

Jiran-jiran dan ustazah yang pernah mengajar aku mengaji waktu zaman kecik-kecik dulu. Iye ustazah, walaupun selalu ponteng mengaji dulu dengan alasan demam, itu jam nak guna alasan period macam tak berapa nak logik lagi, walaupun kalau datang mengaji, mesti hilang batang hidung ni sebab pergi main sorok-sorok dulu sementara tunggu turn nak ngaji, walaupun kadang-kadang mengaji sambil buat-buat menguap lapan kali sebab nak suruh ustazah kesian pastu bagi balik awal, dan macam-macam lagi karenah, tapi akhirnya berjaya jugak mengkhatam Al-Quran. Terima kasih ustazah! Haha.




Lagi beberapa jam je nak jadi laki bini, tetaplah nak bergayut. Itu jam abam J sedang on the way dari Johor nak ke Pahang dengan rombongan cik kiahnya.

Pada sebelah petangnya, Majlis Bertunang pula di adakan secara ringkas. Jom ikuti Wedding Story Part 2: Majlis Bertunang pulak.





No comments: