Friday, 30 September 2011

Wedding Story Part 7: Cerita Di Sebalik Tabir

Ok, untuk the last part ni, aku nak share beberapa cerita di sebalik tabir sepanjang persiapan majlis dan jugak sepanjang majlis berlangsung. Orang nampak waktu majlis semuanya berjalan lancar je, tapi tunggang terbalik kat belakang tu takde siapa yang tahu kan..haha~

1. Kediaman rasmi keluarga yang digunakan untuk majlis tu sebelum ni disewa oleh sekumpulan gadis-gadis bujang. Abah aku dah keluarkan arahan suruh diorang kosongkan rumah waktu bulan Disember, di mana majlis akan berlangsung pada hujung bulan April, jadinya ada tempoh empat bulan untuk kitorang cantikkan rumah. Tapi, akibat terlambat dapat rumah lain, pada pertengahan bulan Februari baru lah si gadis-gadis ni keluar daripada rumah tu dan meniggalkan rumah tu dalam keadaan YANG AMAT SANGAT KOTOR! Haha. Nama je gadis-gadis tapi toilet bowl yang putih tu boleh hitam berdaki dan keseluruhan rumah tu memang macam sampah. Jijik sangat ok. Bayangkan lagi dua bulan nak majlis, keadaan rumah macam tu. Mama dengan abah aku geleng kepala lapan kali je. Dan dalam tempoh dua bulan tu la kerja-kerja membersih rumah, mengecat, menyambung bahagian dapur dan membaik pulih segala bagai yang rosak tu dilakukan. Terima kasih kepada saudara mara yang membantu! =)

2. Memandangkan abam J berada jauh di Jepun time tu, segala persiapan semuanya aku buat sendiri. Daripada pemilihan baju, berbincang dengan wedding planner, buat kad kahwin, beli barang itu ini semuanya aku pergi sendiri je. Dan soalan paling kerap yang aku dapat "eh..mane cik abang?". Hahaha. Sedih tau bila jeling-jeling client lain semuanya datang berdua tapi aku sorang-sorang je! Sobsobsss..hahaha~

3. Persiapan aku tak tertumpu pada persiapan majlis je, tapi sibuk jugak ulang-alik ke Embassy of Japan untuk uruskan visa nak datang Jepun. Bizi sangat kannnn..gigih tau drive sorang-sorang dalam hujan lebat nak pergi embassy time tu. Orang kata tengah darah manis tak boleh keluar rumah sangat kan. Oh takde maknanye bagi aku! Kih kih kih.

4. 15 dulang hantaran untuk pihak lelaki tu aku yang gubah sendiri (Ohh..patut lah tak cantikkk!), haruslah dalam hati korang cakap macam tu kan. Hahaha. Dan kerja-kerja membuat hantaran tu bermula seawal bulan Disember. Awal sangat kannn? Yela..dah time mood happy je aku buat, dah kalau time gaduh-gaduh ngan abam J kang, haram la aku nak sentuh. Kalau seminggu merajuk seminggu la aku tak sentuh. Jadinya, kalau dah perangai cenggitu, memang wajar lah setat awal-awal kan nak siapkan 15 dulang tu. Mwahaha!

Itu cerita tunggang terbalik sebelum majlis, ini cerita di sebalik tabir waktu majlis pulak.

5. Majlis bertunang sepatutnya di adakan dalam pukul 4.30 petang hari Sabtu tu, tapi disebabkan kelewatan rombongan pihak lelaki dari Johor, jadi pukul 6 baru majlis bertunang bermula. Ok, bayangkan pukul 6 baru nak setat majlis bertunang, pukul 7 tu pulak aku dah kena setat make-up untuk majlis akad nikah malam tu. Sangat rushing ok! Tak sempat pun nak amek gambar banyak-banyak time tunang. At last, pukul 7 tu jurumekap aku si Baby tu dah sampai dan aku masih belum mandi! So, kesian dia kena tunggu pengantin tapi naseb baik dia faham dan suruh aku relax-relax je.


6. Lepas sarung cincin, mama mentua aku ada sarungkan gelang seperti gambar di atas. Selepas dah habis majlis, baru aku perasan yang gelang kat tangan aku dah takde! Itu pun selepas di tegur oleh seorang saudara aku yang nak tengok gelang tu. Memang rasa nak nangis time tu sebab gelang tu hilang dan kecoh la satu rumah. Akhirnya, pakcik aku jumpa gelang tu kat atas jalan depan rumah. Mungkin terjatuh waktu aku nak hantar keluarga mentua balik lepas majlis tu. Nasib baik jumpa =)

7. Selepas majlis akad nikah tu, pengantin dan pembawa-pembawa dulang hantaran terpaksa rushing pulak ke dewan untuk sesi rehearsal. Waktu tu pukul 11.30 malam dah kot. Sempat la Kak Gie pesan apa-apa yang penting untuk majlis resepsi esok hari. Dah selesai rehearsal tu, dalam pukul 12.30 malam camtu baru la pengantin sempat makan malam. Kesian kan. Sangat penat, esoknya majlis resepsi pulak.

8. Keesokan harinya, Baby setat make-up pukul 10 pagi. Dan berlaku sedikit ketidak puasan hati aku la dengan gaya rambut yang Baby buat time tu.


Gigih la abam J pujuk supaya aku happy. Siap pegang-pegang tangan lagi nak pujuk. Tak malu yu ni orang tengok. Hahaha! Tapi aku ok je lepas tu =)

9. Pada asalnya, aku pilih gold sebagai warna tema. Tapi lepas tu tukar kepada putih dan soft pink. Dan kesudahannya...


family aku semua dah siap-siap beli baju kaler gold! Terpaksa jugak la diorang pakai baju kaler gold tu walaupun kaler tema dah tukar. Hahaha. Takpe la, glamour sikit kan pakai kaler lip lap lip lap cenggituu. Tuan rumah kena la menyerlah sikit . Aku kasi ayat penyedap baik punya untuk diorang. Keh keh keh! Moral of the story, jangan beli baju awal sangat.

10. Lepas habis majlis resepsi, bergegas pulak pergi outdoor photoshoot. Dah petang baru selesai. Penat gile. Tu je yang aku boleh cakap. Esoknya hari isnin, aku dan abam J pergi beli barang-barang makanan untuk bawak balik Jepun dan packing barang siap-siap. Petang isnin tu jumpa saudara-mara atuk nenek jap sebab esoknya dah nak balik Jepun. Disebabkan abam J dah tak larat nak drive balik KL hari isnin tu, kitorang gerak esok paginya. Esoknya hari selasa, lepas subuh je terus kitorang gerak balik KL. Flight pukul 2.40 petang. Dah sampai KL, sempat makan je. Pastu terus bergerak ke airport. Memang sangat rushing kan? Serius penat gile. Kesudahannya dalam flight tu kitorang tidur terbungkang macam orang gile. Mwahaha! Terkilan sebab penat hias bilik pengantin cantik-cantik (cantik ke??) tapi sempat tidur dua malam je. Tu pun tak sempat nak buat apa-apa pun. Ehhh..perlu ke nak bagitau?? Keh keh keh!

Sekian saja cerita perkahwinan marathon kitorang. Semoga perkahwinan ni menjadi perkahwinan pertama dan terakhir untuk kitorang. Amin.

Jumpa lagi. Daaa~

2 comments:

Nor Hanis said...

hantaran ko buat sendiri mmg kelazzz~ sasuga biro keceriaan aminudin.ekekek~

mak tak faham la,rumah tu bukan umah famili ko ke?apsal org len dok?

btw,ak rasa lg ok famili ko pkai baju kaler len ngn tema,so, xnmpk blend dgn background. ^_^

ni ade request nih, harapnye pasnih ade post pasal pertemuan pertama ngn abg J ke. bukan ape ramai yang tanya nih.diorg mmg bz body.ak smpaikn je. :P

safwa_khairul said...

@Nor Hanis

Rumah kat jerantut tu memang rumah family aku tp sebelum tu disewakan pada org laen sbb ayah aku kan kerja kat kL. Yg tu kediaman rasmi, yang kat kL tu kediaman tak rasmi. Haha.

Wahh..haritu pun ada org request suruh aku cerita camne jumpa. Ala, mak malu la! Hahaha. Ok, nanti akan cuba update pasal tu. hewhewhew.

btw, terima kasih sebab ckp baju family still ok walaupun ianya satu mistake. Hihi ;p