Sedang diandam oleh Baby.
Siap! Masa untuk bergerak ke dewan. Ok, jom tengok dewan pulak.
Wedding hall.
Pelamin di dewan.
Dekorasi dewan hasil sentuhan my wedding planner, Ogie Salleh @ Kak Gie.
Ruang makan pengantin.
Guestbook corner yang terletak di entrance.
Ketibaan pengantin.
Ketibaan rombongan pihak lelaki
Persediaan sebelum berarak masuk ke dalam dewan. Kak Gie gigih memberi arahan kepada pembawa-pembawa dulang hantaran.
Juga memberi arahan kepada pengantin.
Perarakan masuk dulang hantaran diiringi Selawat.
Perarakan masuk pengantin ke dalam dewan diiringi lagu Eternally by Utada Hikaru. Ehem ehem..haha!
Kak gie yang sangat prihatin membetulkan postur dan segala bagai.
Dilimpahi cahaya lensa. Piling artis sekali lagi ;p
Dress berjela pun kak gie jugak yang betulkan.
Bacaan doa oleh ustaz jemputan.
Ucapan daripada abah.
Majlis bersalam. Direnjis-renjis dipilis.
Amboi amboi menyengihnya dia.
Selesai majlis bersalam dengan keluarga kedua belah pihak. Now, turun bawah untuk makan!
Lepas makan, naik stage semula untuk upacara memotong kek sambil diiringi lagu When You Tell Me That You Love Me by Westlife ft. Diana Ross. Ececehhh!
Selesai acara wajib suap menyuap, turun bawah semula untuk sesi....
beramas mesra bersama rakan-rakan. Tengok abam J ngan kawan dia tu. Macam la dah lama sangat tak jumpa. Padahal kerja satu company kat sini. Over tau korang ni! Haha.
Ok, diri sendiri pun over jugak kalau jumpa kawan-kawan.
Kemudian, naik stage semula untuk sesi bergambar. Lenguh tau kaki turun naik turun naik stage gitu. Hehe. Ok, ni gambar dengan parents kitorang. Yang pasangan gold tu mama & abah kitorang. Yang pasangan purple tu mama & papa kitorang. We love them so much! =)
Ini family abam J.
Rombongan keluarga besar abam J dari Johor.
Yang ni family aku.
Yang ni pulak family besar aku.
Kawan-kawan abam J.
Kawan-kawan aku kat university dulu.
Kawan-kawan aku kat SHAH Pekan dulu dengan gaye tangan Usop Wilca. Budak SHAH memang maintain sengal macam dulu jugak.
Hahahaha!
Mama dan door gifts.
Ok, sekian sahaja gambar untuk Majlis Resepsi. Nak ucap terima kasih yang tak terhingga untuk:
1. Mama, abah dan keluarga yang banyak membantu menjayakan majlis ni.
2. My wedding planner, Kak Gie yang bertungkus lumus untuk majlis ni menghias bilik tidur, pelamin rumah & dewan. Sesiapa yang nak dapatkan khidmat beliau boleh add facebook beliau, Ogie Salleh Ogie.
3. Make-up person, Baby. Kalau berminat untuk dapatkan khidmat beliau, boleh add facebook Shazrin Rina.
4. Aidin's Catering
and last but not least...
5. My photographer yang kacak, Iryma Idris from Thekliker.
Kalau nak dapatkan khidmat beliau, boleh add kat facebook , Iryma Idris. Atau pun kalau nak tengok hasil kerja beliau, boleh view http://thekliker.com
Sangat seronok bekerjasama dengan mereka-mereka ni. Sangat professional dan komited dengan kerja mereka. Thanx ya!
Dan terima kasih jugak kepada semua kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis eventhough sangat jauh. Yang kasi hadiah pun terima kasih banyak-banyak. Rasanya macam tak sempat nak cakap haritu sebab kelam kabut sangat. Hihi!
Terima kasih semua. Semoga Allah merahmati kalian.
Orang selalu cakap hari perkahwinan tu merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup diorang. Tapi aku taknak cakap macam tu sebab bagi aku hari yang paling bahagia adalah hari-hari yang kitorang hidup bersama-sama lepas kawen. Itu lagi bahagia. Aku harap setiap hari adalah hari paling bahagia, sehinggalah hari terakhir aku kat muka bumi ni.
Sengaja aku letak lagu Romance - Ku Ingin Kamu kat blog ni sekarang. Lagu ni pun aku pasang waktu dalam dewan dulu. Sebab lagu ni abam J pernah dedicate kat aku dulu. Keh keh keh. Touching tau kalau ada lelaki dedicate lagu ni kat korang (cuba dengar lirik dia). So, i hope a song was not 'just a song'.
Ok, ikuti Wedding Story Part 5: Outdoor Photoshoot.
No comments:
Post a Comment