Lepas siap-siapkan alat nak masak tu, aku pun on la dapur nak panaskan kuali. Tup tup..gelap gelita satu rumah. Black out! Omaigod omaigod dapur tu menendang uollsss tau! Takut ahkak..eh, cakap macam bapuk pulak! Haha. Gelabah sangat ni. Dah la sengsorang kan. Rumah terus gelap gelita walaupun masih siang sebab semalam hujan, sejuk bagai kat luar, cahaya matahari pun suram suram je. Dah la gelap yang amat, sengsorang pulak tu. Mula la nak pikir bukan-bukan. Alamak ni kalau ada ju-on merangkak-rangkak dalam umah ni kang cemane? cemane?? grrrr..amarah betul dengan otak sendiri! Bukan nak pikir option-option yang ada, sibuk la nak pikir ngengarut cenggitu.
Ok, cepat-cepat aku SMS abam J tanya nak buat cemane. Lepas hantar SMS aku miskol pulak dia tanda urgent. Yelaa..takut nanti dia ingat aku hantar SMS sebab nak cakap rindu ke, ailebiu ke..jadi, nanti dia buat derk je. Haruslah aku miskol pulak lepas tu kan. Sesaat lepas tu, terus abam J call aku.
"sayammm...yu buat apa tu sampai jadi macam tu? Hek hek hek",
Ohhh..sampai hati tau dia gelakkan 'hek hek hek' kat aku yang tengah takut ju-on ni!
Abam J suruh aku cek dekat electric box tu. Eh yeke nama dia electric box? Ntah la aku bab-bab elektrik ni memang kohser betul. Yang tempat ada main switch bagai tu. Jenuh jugak la abam J nak bagi arahan kat aku. Dahtu, sume tulis Jepun kat situ. Sangat la aku tak faham! Lepas tu, abam J SMS la tulisan Jepun kalau On cenggini, kalau Off pulak cenggini tulisannya. Ok, i got it! Berbekalan lampu
Aku teruskan aktiviti memasak tanpa menggunakan part yang menendang tu. Dah selesai masak tu, cuci-cuci muka, sikat-sikat rambut sikit sambil tunggu abam J balik. Dalam pukul enam petang tu, abam J call bagitau dia dah nak balik. Ohh..abam J memang cenggitu perangainya. Suka sangat main call-call ni. Kadang-kadang dah sampai depan pintu rumah pun dia call lagi. Gatal sangat kan! Hehehh!
Tak lama lepas tu, muncul la abam J kat depan pintu rumah dengan muka lapar.
"Jom makan!", abam J berkata sambil tersengeh-sengeh bajek seksi. Gembira betul dia bila balik rumah je dah ada orang masakkan.
Aku pun siap-siap la nak amek nasi. Dannnnnn...
Omaigod omaigod nasi tak masak!!
"sayammm..nasi tak masak!", aku jerit kat abam J yang itu tatkala itu berada dalam tandas.
"Ooo ye ke...", dia jawab endah tak endah je sebab dia ingat aku main-main. Dah jadi kebiasaan pun sebelum ni aku selalu cakap main-main macam tu. Boleh cakap selang dua hari setiap kali nak amek nasi mesti aku cakap macam tu. Jadinya, dia ingat semalam tu aku nak gurau-gurau manja je la ngan dia. Haha! Kalau nak bergurau-senda, memang lah nampak comel buat macam tu. Tapi kalau dah betul-betul?? Errrrrr...!
Mesti korang pelik kan kenapa nasi tak masak walhal aku dah on rice cooker tu? Erkkk....
sebab....
sebab....
ala..malu la nak bagitau...(sambil tarik-tarik rambut kusut)
sebab....
sebab aku masak nasi tak letak air! Ok, sila baling mercun bola kat aku sekarang. Senget sangat kan! Hahahahaha.
Errkk..sebab tu la black out! Sebab rice cooker tu dah panas sangat. Tu yang menendang tu.
"Sory sayammm..pasni ai takkan buat lagi..ai akan tumpukan sepenuh perhatian di dapur...ai takkan masak sambil jeling-jeling super junior kat you tube dah!",
Ehhhhh yeke tuwww...keh keh keh!
No comments:
Post a Comment