Thursday 25 August 2011

Salam Aidilfitri

Mungkin terlalu awal, tetapi memandangkan esok aku akan berangkat pulang ke kampung halaman, jadi aku nak post siap-siap dah. Nanti kalau dah balik kampung, walaupun dapat wifi free hasil daripada gigih mencuri wifi jiran sebelah rumah, aura-aura malas nak online tu dah terasa. Leceh tau nak bukak laptop kat kampung ni! Nanti kalau bukak je laptop, mula lah sepupu-sepupu kenit ni mengadap sekeliling pastu request macam-macam...

"kak pua..nak nengok video oh oh oh!"

"kak pua..nak tinkel tinkel ite staaa!"

"kak pua..nak insyaawoh!"

"kak pua..nak hantu kimah!"

Haaa..macam-macam kan! Ada yang nak tengok video 'OH' SNSD tu la, ada yang nak tengok video Twinkle Twinkle Little Star la, ada yang nak tengok video InsyaAllah Maher Zain la, ada yang nak tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah la walaupun dah lapan belas kali tengok. Tetaplah kan! Pantang sangat lah kalau nampak kita ni bukak laptop. Abes tu, cemane nak update blog? Haha.

Itu cerita dia kalau time bukak laptop. Tapi, kalau balik untuk raya, ada masa ke nak bukak laptop ni? Macam tak sempat je. Nanti nak bergosip dengan makcik-makcik lagi, nak main kejar-kejar dengan sepupu lagi, nak bergayut dengan laki lagi, nak termenung ingat laki lagi...kannnn. Sangat padat! Tak sempat tak sempat. Jadinya, kena update siap-siap harini jugak sebelum balik kampung. Hihi!

Maka dengan ini, aku amatlah berbesar hati ingin mengucapkan...


kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog ini. Terima kasih untuk itu. Kata maaf juga dihulurkan ikhlas dari hati andai ada tersilap kata terkasar bicara. Maaf zahir batin. Semoga kalian semua dirahmati Allah selalu. =)

Sekian, selamat beraya sume! Jumpa lagi lepas raya. (Ok, habis dah part korang, sila berhenti di sini.)









Buat suami tercinta....yang berada jauh di perantauan,

"Ini raya pertama kita sebagai suami isteri tapi sayangnya, kita tak dapat nak celebrate sama-sama. It's ok syg. Tipu lah kalau sy cakap sy tak sedih. Pertama kali sy puasa dengan status isteri, tapi sehari pun sy tak dapat nak berbuka dengan suami sy. Sekali pun sy tak sempat nak masakkan juadah berbuka untuk suami sy. Sekali pun sy tak sempat nak siapkan makanan sahur untuk suami sy =(


Pertama kali sy raya dengan status isteri. Tapi tak dapat pun nak cium tangan suami sy pagi raya nanti. Tak dapat pun nak ambil gambar pakai baju raya sedondon. Tak dapat pun nak pergi jalan-jalan raya rumah sedara dengan suami sy =(.


Sedih. Sedih sangat. Tapi nak buat macam mana kan syg, redha je la. Sy tau, syg lagi la sorang-sorang kat sana. Raya pun kena kerja. Takpe lah syg, sy akan sentiasa ada untuk syg. Call je bila-bila. You are my priority =). Heeee! Selamat hari raya syg. Sy mintak maaf banyak-banyak dengan syg tau..kalau selama sy jadi isteri syg ni, sy ada degil-degil, argue-argue syg, marah-marah syg, terkasar bahasa..sy mintak maaf sangat-sangat. Zahir dan batin. Eh..batin macam takde salah je! Wekkkk =P hakhakkkkk. Mungkin sy bukan isteri yang baik, tapi sy akan berusaha untuk jadi isteri yang lebih baik lagi lepas ni. InsyaAllah. Love you honey. Mmuahh..mmuahhh! Wahhh..rindu ni nak peyuk-peyuk syium syg sy niyyyyy. Haha!"


"Syg..doakan sy cepat sembuh tau. Sekarang macam dah 40% nampak effect dia. Yay! Everything i did, i did it for you. Remember that honey" =)

2 comments:

:: @ku :: said...

Assalamaualaikum...
Saya baca part saya jer. yg utk suami tu tak baca.. haha

selamat hari raya, semoga tahun ini dan mendatang memberikan rezeki yg berlimpah ruah dan kejahteraan hidup di samping insan2 tersayang.

k lah.. insyaallah lain kali sy dtg lagi xx

safwa_khairul said...

@Nuru^^
Wassalam...

Hi awak..long time no see! Welcome to my new blog. Ni blog sy lepas kawen dan berhijrah ke Jepun. Sebab tu nama dia 'Love Story In Japan' hihi =)