Harini genap 16 hari aku berjauhan dengan sang suami. Meski pun begitu, hubungan suami isteri masih berjalan dengan lancar. Masih ada senda tawa dalam perbualan telefon sehari-harian. Masih mengecap bahagia walau tidak bertentang mata. Cecehhhh!
Sepanjang ketiadaan aku, keadaan abam J sangat huru-hara. Itu keadaan abam J, kalau keadaan rumah tu tak payah cakap la. Aku pasti sangat yang tongkang pecah pun lagi sedap mata memandang.
Dua hari lepas, abam J tanya aku lapan soalan. Tersenyum pahit je aku dengar soalan-soalan dia tu...huru-hara sungguh la yu ni. Hahaa!
Soalan intro dia sedap je lagi...
1. Harini yu keluar pergi mana-mana ke?
Soalan ni aku jawab sambil senyum-senyum je lagi.
2. Tadi berbuka yu makan apa?
Ececehhh. Concernnya diaaaaa..ingatkan time kapel je nak tanya
makan-makan ni. Senyum lagi nihhhh! Haha
3. Sayam..sos cili kat mana ek? Ke dah habis?
Erkkk..kening aku dah setat berkerut-kerut bila masuk soalan
ketiga. Bukannya sulit pun tempat aku letak sos cili tu. Haa..ni
mesti sos cili dah kene timbus ngan kain-kain baju ni...aku syak
la.
4. Sayam..hanger kat mana? Tak jumpa la..
Hanger semua ai letak dalam almari tu. Kat tepi drawer tu je
sayam.
Kalau bukak almari tu mesti nampaknya. Ni mesti baju-baju
dalam almari tu bersepah-sepah. Sebab tu dah tak nampak hanger
tu. Aku tau dah pesen abam J kalau amek baju mesti berterabur
je. Contohnya, kalau ada enam t-shirt berlipat. Pastu, dia nak
amek t-shirt yang bawah sekali. Habis lah lima t-shirt yang kat
atas tu senget-benget berterabur bagai. Eii...kalau aku ada,
memang aku dah cubit-cubit dah pinggang dia time tu suruh susun
balik elok-elok. Hahahaaa~
6. Sayam..bra nak basuh macam mana? Nak kena masuk dalam
'mende putih' tu ke?
Cepat kira dah berapa hari aku balik Malaysia? Dah dua minggu
kan? Tapi baru dua hari lepas dia nak basuh baju last yang aku
pakai sebelum bertolak pergi airport aritu. Malas ni sayang saye
niyyy...! Haishhh..
Pastu boleh lak dia sambung..."ai dah basuh aritu, lepas angkat tu
ai campak-campak je..baju kotor pun ai campak-campak je..
pastu dah tercampur baju kotor ngan baju bersih..tak tau
dah mana kotor mana bersih..tu yang ai basuh semula tu".
'Aaaaaaaaaaaa.....', rasa nak jerit kuat-kuat sampai Jepun! Boleh
bayangkan tak bersepah tu macam mana. Patut la sampai sos cili
pun tak jumpa. Kan betul aku syak, mesti dah tertimbus celah-
celah kain baju.
Ohhh..'mende putih' yang abam J maksudkan tu adalah washing
net. Abam J biasa lah..aku dah faham sangat english dia macam
mana. Dia tak tau letteuwwww nak sebut washing net. Keh keh!
Haritu pernah tengah shopping-shopping barang dapur, tetibe
abam J cakap...
"sayam..tak nak beli comforter ke?"
Aku pun kemaen la girang hati ni. Yelaa..seronok kan nak beli
comforter baru! Nak beli comforter kaler pink pulak lah. Aku
cakap dalam hati.
"Nahhh..amek yang ni", abam J cakap sambil hulur
softener kat aku.
"SOFTENER laaa...", aku cakap dengan nada perlahan.
Kecewa tau tak! Hahahaha...
Maklumat terbaru yang aku terima malam tadi, baju-baju aku dah pun selamat di basuh. Pastu kan..ada orang tu cakap..menyesal lak basuh baju aku, kalau tak boleh cium-cium amek bau...
Hahahahaha...gatal yu niyyyy! Hahaha wekk ;p
Ok, aku dah merapu jauh. Pastu, mula la aku dah malas nak sambung soalan-soalan dia yang lain tu. Takpe kan? Hihi.
2 comments:
oit.. haha.. kene tukar tajuk ni.. 6 soklan...
@UnDeFiNeD gUrLz
malas dah nak sambung lagi dua soalan huru-hara dia tu. Haha!
Post a Comment