Thursday, 30 October 2014

Spring 2014: Sakura di Kumagaya

Ok, kita masuk cerita spring 2014. Dari cerita autumn terus ke cerita spring 2014, mana cerita winter 2013? Yay, sebenarnya dah dua tahun berturut-turut aku bawak Emil lari ke Malaysia setiap kali winter. Kesian daddy kena tinggal kesejukan sengsorang. Mwahaha :p

Biasanya dalam bulan March atau April baru kitorang berdua balik semula ke Jepun. Jadinya, Emil memang tak pernah lagi tengok snow. Aku pun baru sekali je merasa winter kat sini. Lepas tu terus serik. Lol :p

Tahun lepas aku ter-over stay kat Malaysia sampai missed musim sakura. Sobs! Untuk tahun 2014 ni, aku dan Emil balik semula ke Jepun pada pertengahan March, dengan harapan taknak missed sakura lagi. Dua minggu lepas tu, sakura pun berbunga. Alhamdulillah, perfect timing :p


1st April 2014. Pagi-pagi dah bawak Emil keluar tengok sakura. Ni dekat tepi rumah kitorang je. Sepanjang jalan tu penuh dengan pokok sakura.


Happy as usual kalau dapat keluar jalan-jalan. Waktu ni Emil dah setahun enam bulan.


Muka pelik je tengok atas, maklumlah first time Emil tengok sakura penuh je kat pokok.


Lepak-lepak kejap kat sini. Cuaca pun cantik. Berangin je. Nyaman sangat. Jemput tengok gambar Emil dengan pokok sakura :)




Waktu ni bunga dia masih belum berkembang sepenuhnya. Kena tunggu esok baru betul-betul kembang.

Keesokan harinya, kitorang jalan-jalan kat situ lagi. Gigih sangat demi sakura yang cuma berbunga tujuh hari sahaja dalam setahun :p


2nd April 2014. Sakura in full bloom. Lagi cantik kan berbanding yang semalam!


Ii tenki ne~


Lebat sangat bunganya. Jemput tengok gambar-gambar lain model cilik tak berbayar ni :p




Jalan-jalan bawah pokok sakura. Bestnya buat sesi photoshoot kat sini sebab takde orang. Bukan senang nak snap gambar dengan pokok sakura yang tengah full bloom, tanpa ada orang ber-hanami bawah pokok tu. Hihi. Biasanya, kalau musim sakura, mesti nihonjin akan penuh ber-picnic bawah pokok sakura buat hanami party. So, kalau nak dapat gambar cantik, kena la pergi weekdays time orang kerja :p

Terima kasih Emil sebab jadi model mama! Nanti mama upah susu :p

Tuesday, 28 October 2014

Emil's Home Activities

Sebelum masuk cerita untuk tahun 2014, nak share sikit cerita tentang home activities untuk Emil Akif.

Biasanya, kitorang bawak Emil keluar beriadah atau buat outdoor activity cuma pada waktu weekend sahaja. Kalau weekdays, memang akan duduk diam-diam dekat rumah je. Memandangkan Emil pun takde kawan lagi kat sini, jadi aku akan buat indoor activities supaya Emil takde la boring sangat. Pagi biasanya Emil akan tengok rancangan kanak-kanak dekat NHK channel. Rancangan ni berbentuk pendidikan sebab ada slot yang diorang ajar English, numbers, alphabets, dan ajar etika. Contohnya, harini diorang ajar untuk buang sampah dalam tong sampah. Esok diorang ajar untuk letak baju kotor dalam bakul. Hari seterusnya diorang ajar cara nak pakai baju sendiri, cara nak gosok gigi, cara lipat baju dan macam-macam lagi. Bagus kan? Emil pun bila tengok tu, pandai dah nak buang sampah dalam tong sampah, pandai dah nak gosok gigi dan kalau nampak baju daddy sepah-sepah, dia yang akan kutip letak dalam bakul. Lol :p

Rancangan kanak-kanak tu habis dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Lepas tu, start la untuk aku buat aktiviti dengan Emil.


Colour sorting activity. Tujuannya supaya Emil boleh mengenal warna.


Colour sorting menggunakan small things. Aku gunakan bintang yang macam dalam gambar ni. Selain tujuan untuk mengenal warna, boleh merangsang fine motor skill untuk anak-anak, serta melatihnya untuk fokus dan sabar. Emil kalau buat ni memang fokus. Tekun je dia masukkan bintang tu satu per satu. Panggil pun tak layan.


Selain tu, aktiviti mengenal ABC dan colour pakai flash card ni. Tapi satu hari biasanya satu huruf je aku ajar. Sebab Emil tak suka sangat kalau nampak aku keluarkan flash card ni. Lol :p


Aktiviti main kereta dan main Lego. Biarkan dia susun Lego sendiri mengikut kreativiti, dan gerakkan kereta sendiri mengikut trek yang disediakan tu. Aktiviti macam ni dapat melatih perkembangan minda kanak-kanak. Dalam gambar tu Emil susun Lego buat tunnel, siap ada kereta lalu kat dalam tunnel tu. Hihi :p


Belajar mengenal vehicles. Macam Emil, dia sangat suka kereta. Jadi kalau nak ajar dia apa-apa, aku suka gunakan kereta-kereta dia sebagai subjek. Contohnya, belajar counting dan belajar warna.

Alhamdulillah, sebelum genap umur Emil 2 tahun 1 bulan haritu, dia dah kenal numbers 0-10, 26 alphabets, colours, vehicles, body parts and a few animals. Sekarang ni kalau nak sebut sesuatu, mesti dia akan sebut dengan colour sekali. Contohnya, 'red fire truck', 'yellow car', 'blue train', 'brown socks', 'purple grapes' and so on. Complete gituw :p

Sekarang ni, aku tengah gigih nak ajar dia 'Alif Baa Taa' pulak. Kalau boleh sebelum umur dia 3 tahun, nak pastikan dia dah kenal semua huruf jawi. Jadi, start umur 3 tahun dah boleh ajar dia mengaji.


Sekarang ni aku ajar pakai buku ni, tapi macam tak berhasil sangat. Sebab banyak sangat huruf dalam satu page. Mungkin kena cari flash card atau huruf yang block tu. Senang sikit Emil nak fokus dengan satu-satu huruf yang kita ajar.

Bila duduk di perantauan yang bukan negara Islam ni, rasa 100% tanggungjawab dekat atas bahu kita as parents untuk didik anak sendiri supaya kenal Allah dan kenal agama Islam. Kat sini takde Fardhu Ain nak hantar. Kalau ada Islamic Center pun jauh T_T

Semoga segala urusan untuk mendidik anak dipermudahkan. Yoshhhhh mama ganbatte kudasai!







Monday, 27 October 2014

Autumn 2013: Yellow Fall



Yellow Fall 2013. Dekat depan Aeon Ota je ni. Hehe :)

Friday, 24 October 2014

Autumn 2013: Gunma Kodomo No Kuni

Ok, ini last entry untuk autumn 2013 punya cerita. Kalau hari sabtu sebelum tu kitorang beriadah di Shinrin Koen, hari ahad esoknya pulak kitorang beriadah di Gunma Kodomo No Kuni yang terletak di Ota-shi, di dalam Gunma Prefecture. Koen ni cuma 20 minit je dari rumah kitorang.


Koyo kat sini pun boleh tahan cantiknya. Daun-daun kuning dah mula luruh.


Koen ni memang khas untuk kanak-kanak. Sebab tu namanya Kodomo No Kuni yang bermaksud 'negara kanak-kanak'. Kat sini ada padang yang luas untuk beriadah, ada theme park, ada taman permainan, ada swimming pool dan ada jugak aktiviti untuk indoor games. Memang best untuk bawak anak-anak beriadah. Lagi best sebab free parking dan masuk adalah percuma :p


Daddy tiupkan belon untuk Emil.


Lepas dah tiup, lepaskan belon tu kat udara. Semangat je Emil nak tangkap belon :p


Lepas tu, main tiup-tiup bubble pulak. 


Emil kejar bubble. Suka sangat lah dia dapat lari-lari dekat tempat luas macam ni.


Duduk berehat sekejap. Emil penat ye! :p


Terpaksa pakaikan Emil sarung tangan sebab dah sejuk time ni. Tangan Emil dah mula sejuk. Hidung pun dah merah. Bila dah nak gelap tu, kitorang pun bergerak pulang.

Ini sajelah kenangan autumn 2013 kitorang. Minggu depannya, kitorang sekeluarga dah balik Malaysia bercuti. Bila balik Jepun semula, semua pokok dah togel tak berdaun. Lol :p

Ok, jumpa lagi untuk cerita tahun 2014! ;)










Tuesday, 21 October 2014

Autumn 2013: Shinrin Koen

Ok, kita sambung cerita untuk autumn 2013. Pada pertengahan November 2013, kitorang pergi beriadah ke Shinrin Koen. Actually datang sini bukan nak tengok koyo sangat, tapi nak bawak Emil beriadah je. Shinrin Koen ni terletak di dalam Saitama Prefecture, dalam 20 minit je dari rumah kitorang.


Shinrin Koen ni sangat luas. Boleh sewa basikal untuk pusing-pusing seluruh koen.


Daun momiji (maple leaves) pun dah bertukar warna merah time ni.


Pokok-pokok lain pun dah bertukar warna kuning. Ada pokok yang dah start meluruhkan daun-daunnya.


Bola-bola merah yang besar tu boleh pinjam kalau nak main. Tapi kitorang tak ambik pun, sebab bola tu lagi besar daripada Emil lol :p


Happy sangat Emil dapat berlari dekat padang yang luas ni. Waktu ni Emil berumur satu tahun satu bulan. Memang tengah seronok dapat kaki.


Jenuh jugak daddy nak kejar dia.


Besar kan pokok ni? Nampak kecik je orang tu.


Kebetulan pulak terjumpa kawan-kawan kitorang kat sini. Well, what a small Saitama lol :p


Sebelum balik posing kejap :p

Waktu bulan November biasanya ada night koyo illumination dekat koen ni. Tapi bukan dekat padang ni. Kena menapak sikit nak pergi ke area night koyo illumination tu. Banyak lampu yang dipasang pada pokok-pokok yang dah bertukar warna. Event night koyo ni start pada pukul 4.30 petang, sebab dah gelap kan time tu.

Tapi time tu kitorang tak pergi tengok pun night koyo ni, sebab cuaca waktu malam sangat sejuk. Malas nak buat outdoor activity waktu malam. Emil pun kecik lagi time tu.

Pada sesiapa yang nak beriadah dan tengok night koyo illumination, bolehlah datang ke Shinrin Koen ni. Parking fee sebanyak 500 yen dan entrance fee pulak sebanyak 680 yen (kalau tak silap) per adult.

Sunday, 19 October 2014

Autumn 2014: Hitachi Kaihin Koen

Sekarang dah masuk autumn untuk tahun 2014. Walaupun siang masih panas, tapi dah mula rasa angin sejuk. Semalam kitorang buat day trip ke Hitachi Kaihin Koen yang terletak di Ibaraki Prefecture. Hitachi Kaihin Koen atau dikenali juga sebagai Hitachi Seaside Park ini tersenarai dalam top 20 most incredible and beautiful places in the world. Jadi, kalau datang Jepun jangan lepaskan peluang untuk jejak kaki kat sini.


Pokok kokia dekat koen ni akan bertukar warna dari hijau kepada warna merah waktu early autumn. Ni gambar google. Credit to google image.

Perjalanan kitorang dari Kumagaya mengambil masa selama satu jam 50 minit. Koen ni seluas 190 hektar. Sangat besar dan luas.


Ada dua entrance untuk masuk koen ni. Kitorang masuk ikut entrance yang melalui theme park dulu. Entrance fee adalah sebanyak 410 yen per adult. Parking fee pulak sebanyak 520 yen.


Ada banyak outdoor games dekat theme park ni. Emil nak naik marry go round. So, layankan aje. Mama dan daddy pun naik sekali. 300 yen per adult untuk naik marry go round ni. Tapi bila dah naik, takut pulak anak teruna ni. Lol :p

Lepas dah puas main, kitorang bergerak menuju ke tempat kokia tu. Agak jauh jugak nak menapak ke situ. Kalau malas nak berjalan, boleh pilih untuk naik train atau basikal. Tapi kitorang pilih untuk menapak je sebab nak menikmati view cantik di sepanjang jalan. Ewah!


Ini adalah bunga cosmos. Cosmos akan berbunga waktu early autumn.


Berhenti kejap ambik gambar dengan cosmos :p


Emil taknak keluar dari tunnel. Haippp!


Alhamdulillah cuaca semalam sangat cantik. Perfect weather. Bright sunny day with blue sky.


Boleh tengok bunga cosmos ni di sepanjang jalan nak pergi ke tempat kokia tu.


Tak tau nama apa, macam spesis lalang tapi versi gergasi.


Besar kan pokok ni?


My heroes. Khusyuk masing-masing menikmati view.


Sebelah kanan jalan ada padang ni. Sangat luas kan koen ni?


Sebelah kiri jalan pulak boleh tengok cosmos.


Peach cosmos.


Maroon cosmos.


Pink cosmos.


Akhirnya, kitorang sampai ke tempat kokia ni. Walaupun menapak hampir satu kilometer, tapi tak terasa penat pun sebab view cantik sepanjang jalan.


Cosmos dan kokia terbentang luas depan mata. Subhanallah, view yang sangat cantik!


Berhenti kejap ambik gambar :p


On the way nak naik atas bukit.


Kokia in stunning red. Superb view!


Posing di celahan kokia. Kalau datang sini jangan pakai baju merah ye, kalau tak nanti nampak muka je :p


Kokia ni akan berwarna merah selama 1-2 minggu je. Lepas tu dia akan bertukar jadi warna coklat dan layu. Dekat belakang tu ada kokia yang dah bertukar jadi warna coklat.


Bila dah puas jalan-jalan dan bergambar kat atas bukit tu, kitorang pun turun bawah. Emil pun dah penat.


Boleh tengok lautan kosmos di sepanjang jalan kat bawah tu.


Tempat ni memang sangat sangat cantik. Selayaknya lah masuk dalam top 20 beautiful places in the world. Very worth to visit.

Selain waktu autumn, tempat ni juga sangat famous waktu spring. Bukit tu akan bertukar jadi blue hills of Nemophila pulak.


Hitachi Kaihin Koen in spring. Pun cantik jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki, teringin nak pergi tempat ni waktu spring pulak. Credit gambar to Google Image.

Kalau dari Tokyo pun boleh buat day trip ke sini naik train. Mesti datang tau! :)