Saturday 2 June 2012

Kembali Berbasikal Dan Kek Batik

Hi! Anehkan bila tiba-tiba aku update hari sabtu. Biasanya aku cuma update bila weekdays je. Harini abam J kerja. Tsk tsk T__T. Mulut ni pulak rasa nak bercakap je, tapi sebab alone dalam rumah ni, maka marilah bercakap dengan blog. Tsk tsk T__T.

Abam J sekarang baru tukar department dekat tempat kerja. Kalau sebelum ni dia kerja bahagian office, kerja cuma lima hari seminggu je. Tapi sekarang bila dah masuk bahagian production, hari sabtu atau ahad pun kena masuk kerja. Dah la awal-awal ni banyak benda yang dia kena belajar. Maka, setiap hari pun habis kerja pukul 8.00 malam. Tsk tsk T__T. Waktu rest tengah hari pun sekejap je. Tak macam kerja office dulu. Kalau dulu, setiap kali lunch hour dia akan call aku. Maka, sempat lah kami bergayut barang seminit dua dengan tenang untuk melepaskan rindu ececeh sila lempang sekarang :p Tapi sekarang dah tak dapat nak buat semua tu. Dia asyik rushing je nak kejar masa. Pernah jugak dia try call aku lepas makan waktu break tu, tapi dia cakap dengan aku sambil jalan laju laju, siap suara mengah mengah lagi. Jalan laju laju sebab nak kejar masa, waktu lunch dah nak tamat. Kesian T__T. Then ku cakap tak perlu lah call aku kalau takde hal penting. Don't worry, i'll be fine. Always be fine. Lepas tu sekarang aku yang rindu sebab tak dengar suara dia 12 jam (8am-8pm) LOL gedik mengade sila lempang sekali lagi! :p

Sebagai isteri yang memahami atau trying hard untuk faham, aku redha je. Tak boleh nak manja sangat. Dia kena kerja weekend dan zangyo (OT) pun, company bayar dia lebih untuk setiap jam tu, apatah lagi kalau weekend. So, marilah berfikir positif. Mungkin ini rezeki baby, Allah bagi dengan cara macam ni. Setiap anak tu kan pembawa rezeki. Ok safwa, please stop berduka lara ditinggalkan suami di hari minggu. Lagi pun realiti hidup memang mengatakan wang dan masa takkan datang seiringan. Kau ada duit, kau takde masa. Kau ada masa, kau takde duit. That's life. Fullstop! Sekian sahaja luahan hati saya :p

Haipppp! Dahtu mananya kek batik? mananya basikal?? :p

Ok, pagi tadi aku dah kembali berbasikal pergi shopping beli barang dapur. Abam J suruh tunggu dia je, pergi dengan dia. Tapi ku pendegil dan tiada kesabaran, aku nak jugak pergi sendiri. Dah lama sebenarnya aku tak berbasikal. Last berbasikal bulan Januari haritu. Lepas tu masuk winter + ku mabuk mabuk preggy lagi, memang tak lah nak berbasikal ke sana sini. Now, cuaca dah ok dan aku pun dah sihat walafiat, boleh lah meneruskan aktiviti berbasikal seperti biasa pagi tadi. Boleh exercise sambil amek angin sambil cuci mata tengok pemandangan cantik :)

 Bunga bunga pink berkembang mekar sepanjang jalan :) Very nice!

 Aku parking paling tepi supaya senang nak ingat. Kalau teruja membeli belah, aku selalu je hilang ingatan. Nanti kalau dah banyak banyak basikal, aku selalu confuse nak cam basikal sendiri :p

Sejam kemudian...

Eh yeke sejam..macam lebih je :p :p :p

LOL sampai tiga plastik besar! Beli barang macam lah naik kereta tak sedar diri padahal naik basikal je :p

Terus rasa nak call abam J suruh dia tolong angkut barang dengan kereta. Tapi kalau buat macam tu haruslah aku kena bebel sebab degil, dia dah cakap pergi dengan dia je tapi aku si pendegil nak jugak pergi sendiri naik basikal. Jadi sekarang harus bertanggungjawab dengan sikap sendiri :p

 Sudah lah dalam bakul menggunung, dekat handle pun selit selit lagi. Nak bawak perut lagi. LOL wanita gagah perkasa! :p

Akhirnya si gagah perkasa selamat jugak sampai rumah :p Dan meneruskan misi seterusnya...

Membuat kek batik. First time nih nak buat kek batik nih! Haha. Antara bahan-bahan yang baru dibeli.

Masih panas, baru siap tekap sampai padat. Now, masukkan dalam peti dan tunggu dua jam.

Hasilnya :) Ok la untuk first time buat. Tak seselekeh buat karipap dulu LOL scary gila bila terbayang rupa karipap tu :p

Rasa pun not bad la. Cuma kalau aku buat lagi lepas ni, aku nak kurangkan sukatan serbuk koko sebab aku tak suka rasa coklat sangat. Sekarang ni aku akan lapar setiap dua jam. Jadi, harus sentiasa ada makanan untuk mengunyah. Nanti bila lapar, bukak je peti ada kek batik..omaigod heaven bukan?! :p

Ok, sekian sahaja. Jumpa lagi. Daaa~

2 comments:

Anonymous said...

ahkak...sila update citer cinta akak tu yer..da ke laut dlm da akak pegi ni..:)..org nak bacer love story r kak wawa..T.T..tolongla phm..T.T..

safwa_khairul said...

Haha sabar2..nk citer love story kne tunggu fefeeling dlu ;p