Pengalaman ketika melalui trimester kedua adalah sangat mudah. Mungkin trimester kedua adalah trimester yang paling seronok untuk diharungi. Berdasarkan pengalaman aku, ada beberapa sebab kenapa aku rasa menjalani trimester kedua sangat mudah:
1. Hormon dalam badan semakin stabil. Tiada lagi muntah-muntah. Aku last muntah pada week 13 je. Lepas tu, sampai ke harini Alhamdulillah tiada lagi muntah-muntah :)
2. Selera makan kembali seperti biasa. Kalau trimester pertama, aku macam takde selera sangat nak makan. Tapi Alhamdulillah bila masuk je trimester kedua, selera makan dah kembali seperti biasa, malahan makin bertambah-tambah selera makan :p
3. Rasa macam tak hamil pun. Sepanjang trimester kedua, aku memang menjalani hidup seperti biasa je. Semua rutin rumah dapat disempurnakan macam biasa, masih mampu menyental tandas dan membersihkan rumah, masih mampu menyiapkan bento (bekal) untuk abam J setiap pagi, juga masih aktif berbasikal pergi beli barang. Perut pun tak berapa besar sangat. Jadi, tak mengganggu sangat untuk aku buat semua aktiviti tersebut.
4. Perut aku bukan jenis yang meragam. Alhamdulillah, sumbat je apa makanan pun, perut tak buat hal walaupun makan nenas dan minum air gas. Tapi tetaplah harus berpada-pada. Jangan amek pada kuantiti berlebihan sudahlah. Perut aku cuma akan buat hal kalau aku makan terlalu banyak dan jalan kaki terlalu lama. Kalau shopping, dah tak mampu nak tawaf satu shopping mall. Kalau tak nanti perut cramp LOL :p
Kesimpulannya, semuanya ok sepanjang trimester kedua. Result check-up untuk aku dan baby juga ok. Tiada sebarang masalah. Berat badan juga naik dengan konsisten seperti yang sensei (panggilan untuk doktor) cadangkan. Alhamdulillah :)
Jom tengok gambar scan baby pula sepanjang trimester kedua...
Gambar atas: Sensei tengah check brain dan diameter kepala baby pada week 17.
Gambar scan jari kaki baby. Waktu ni sensei check bilangan jari kaki dan tangan baby. Juga pada week 17. Alhamdulillah, cukup lima kesemuanya :)
Sensei scan 4D muka baby pada week 17. Belum fully develop lagi. Dah nampak soket mata tapi baru mata hitam terbentuk. Waktu ni baby tengah meniarap, jadi sensei tak dapat nak capture muka dia sepenuhnya.
Gambar scan waktu sensei check tulang belakang baby pada week 20. Tulang belakang baby ok dan sihat kata sensei. Alhamdulillah :)
Gambar scan baby pada week 24. Baby dah semakin besar. Estimation of Fetal Weight (EFW) is 610 gram.
Ok, itu sahaja hasil check up baby setakat trimester kedua. Sebenarnya, banyak lagi gambar gambar scan baby yang sensei kasi tapi gomennasai aku tak upload semua. Kat sini, setiap kali check up sensei akan check fetal development dengan detailnya.
Pada week 21, aku dah mula rasa pergerakan baby. Sebelum tu ada rasa jugak, tapi rasa movement yang manja manja je. Pada week 21 baru obviously rasa pergerakan dan tendangan tendangan manja si baby. Kalau aku mengiring ke kanan, nanti aku dapat rasa kaki dia tersepit ke apa entah..nanti dia bertalu talu sepak pinggang kanan aku. Pastu aku kesian, aku mengiring ke kiri pulak. Dua minit lepas tu , dia pura pura tersepit belah kiri pulak LOL comel je nak tipu aku pura pura tersepit konon padahal dia yang datang belah kiri dua minit kemudian :p
Semakin hari baby semakin aktif especially bila malam. Bila dia dah dengar suara abam J balik kerja, lagi lah dia macam happy lompat lompat kat dalam tu yea yea daddy balik :p Kadang-kadang bila dia diam, abam J yang suka kacau dia. Aku dah cakap jangan kacau tapi abam J pun si pendegil, kalau kita cakap jangan itulah yang dia buat. Nanti abam J tepuk tepuk perut aku, pastu nanti si baby terus je respond bagi sepakan percuma satu. Abam J pun mulalah ketawa seronok sebab dapat respond, pastu nanti dia pukul lagi dan si baby pun sepak sepak lagi LOL dua dua noty pastu perut comel aku jugak yang sengsara sebab kena attack luar dan dalam :p Haipppp!
Itu sahaja sedikit sebanyak pengalaman aku sepanjang trimester kedua. Bermula trimester ketiga ni bermakna jadual check up juga semakin kerap. Aku kena pergi check up dua kali setiap bulan, iaitu selang seminggu. Bermula hari Sabtu ni untuk check up week 26. Diikuti week 28, 30, 32, 34 dan 36. Semoga trimester ketiga ini pun dapat dilalui dengan mudah. Semoga aku dan baby sihat sihat selalu.
"Dear mom's & daddy's little sweetheart,
keep growing happily inside there. And please don't be so naughty inside there. Onegaishimasu :p"
No comments:
Post a Comment