Tujuan utama majlis makan-makan di adakan adalah untuk mengucapkan sayonara pada guru-guru bahasa Jepun yang datang training selama dua bulan di Omiya. Dua minggu lagi diorang dah nak balik Malaysia for good. Jadi, Kak Ita selaku ambassador bertauliah buatlah majlis makan-makan untuk diorang. Dan jemput kitorang sekali yang takde kaitan ni sebagai pencacai memeriahkan majlis LOL sedih jadi pencacai je :p
Antara menu-menu yang disediakan...
Sambal telur dan ayam masak merah.
Nasi minyak dan pulut.
Serawa durian. First time aku makan pulut dengan serawa durian. Omaigod sedapppp!!
Lepat pisang made in Gyoda :p
Acara makan makan bermula pada pukul 1.00 tengah hari.
Si pencacai mula rambang mata nak pilih makanan :p
Kaum adam bersantai makan bawah pokok.
Port kaum hawa. Yang baju coklat tu ialah Hiroko-san, orang jepun yang jadi anak murid Kak Ita untuk belajar Bahasa Malaysia.
Untuk acara makan makan kalini, aku seperti biasa akan makan dengan girangnya. First round, aku makan nasi minyak, ayam masak merah dan sambal telur. Second round, makan pulut dan ayam masak merah. Third round, makan pulut dengan serawa durian, dan diakhiri dengan makan lepat pisang serta buah-buahan LOL banyak gila melantak :p Dah lama sebenarnya teringin nak makan pulut, Alhamdulillah semalam dapat jugak makan pulut walaupun bukan yang mama sendiri masak.
Sesi ucapan ringkas sepatah dua dari ambassador, Kak Ita LOL :p Takdelah, ini sesi sembang sembang je lepas makan.
Abam J main bola dengan Adam. Main bola ke menyakat ke tak tau lah...
Hebat tak rumah Kak Ita? Siap ada pokok pisang! Kak Ita offer daun pisang, kalau nak pergi amek sendiri. Maka, suami suami pun dihukum tebas daun pisang walhal aku tak tau pun nak buat apa :p sibuk je nak daun pisang :p
Mama abam J jual nasi lemak. Jadi, dari kecik dia dah biasa tolong mama dia tebas daun pisang. Dah professional katanya. Ececehhh :p
Semua tetamu bergambar kenangan sebelum balik. Pandai suami suami semua amek port belakang isteri masing masing. Haha :p Tapi yang belakang Hiroko-san tu bukan suami dia tau.
Sekian sahaja laporan aktiviti makan-makan di rumah Kak Ita. Terima kasih tuan rumah. Makanan sodapppp! Jumpa lagi. Daaaa~
*Credit gambar dari Facebook Kak Ita.
No comments:
Post a Comment