Wednesday, 30 May 2012

Bersiar-siar Di Petang Hari

Masih lagi dalam mood musim bunga. Cuaca sekarang ni sangat best! Suhu siang dalam 23°C gurai. Kalau petang petang pulak dekat Kumagaya ni sentiasa je berangin, macam duduk tepi pantai. Walhal jauh gila kot dengan pantai. So, petang ahad haritu aku dan abam J jalan kaki bersiar-siar di sekitar Kumagaya yang permai ini. Exercise kononnya :p

Jalan-jalan bawak perut :p

Jom tengok apa yang ada di sekitar Kumagaya sekarang...

Nihonjin dah mula buat batas untuk aktiviti bercucuk tanam.

Macam ni lah nihonjin. Bila habis je musim sejuk, semua kembali bercucuk tanam. Nihonjin memang rajin. Pantang ada ruang tanah sikit, mesti dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Lagi pun kat Jepun ni konsepnya, kalau tanah tu terbiar bersemak, maka tuan tanah akan dikenakan cukai tanah yang agak mahal setiap bulan. Tapi kalau tanah tu diusahakan, tak biar bersemak samun, maka tak perlu bayar cukai tanah tu setiap bulan, malah siap dapat bantuan bertani lagi dari kerajaan Jepun. Jadi, semua orang yang ada tanah di sekitar rumah pun mestilah gigih nak bercucuk tanam. Daripada kena bayar tax mahal setiap bulan, lebih baik bercucuk tanam. Hasil dapat, bantuan pun dapat. Itu lah salah satu cara kerajaan Jepun nak galakkan rakyat diorang bercucuk tanam daripada biarkan tanah bersemak. Sebab tu kalau kat sini, susah nak jumpa tanah terbiar bersemak samun.

Ni jiran kitorang punya. Dia tanam pokok jagung.

Ok, jom tengok bunga bungaan di sepanjang jalan pulak...

White Calla Lily

Bunga pink pekat LOL tak tau nama malas nak google, gomen ne :p

Soft pink roses and white roses.

Bunga renek yang comel yang selalu tumbuh bersepah di mana-mana.

Bunga renek soft purple.

Bunga colour biru pun ada.

Bunga pink dan bunga kuning LOL pemalas punya caption :p Bunga kuning tu nampak macam pokok rumpai dalam laut je kan...

Lavender.

Bunga renek kuning dan bunga tajam tajam. Aneh sangat rupanya.

Bunga merah hati. Tapi ada yang dah layu :(

Bunga ni selalu orang buat bunga plastik (artificial flower) kat Malaysia.

Soft pink roses yang lebat merimbun. Geram gila rasa nak petik je.

Bunga kuning depan pagar rumah orang pun aku nak snap :p

Soft peach roses yang sweet. My favourite!

Sweetnya! Rasa nak petik dan letak dalam balang kaca yang jernih tu.

Meriah sungguh :)

Jalan-jalan lagi...

Ni orang bercucuk tanam pokok bawang pulak.

Yang ni orang tanam salad dan sayur-sayuran.

Abam J khusyuk baca iklan. Aku si buta huruf hanya playing around :p Nanti kalau abam J suruh baca, ku sengih sengih je. Dah setahun duduk Jepun tapi baca masih merangkak LOL Abam J pasrah je dengan aku yang pemalas belajar nihongo ni :p

Si buta huruf main main tepi rumah :p Seronok. Berangin je waktu ni.

Macam ni lah suasana di sekitar Kumagaya sekarang. Tenang, damai dan nyaman. Macam duduk kat kampung je rasa.

Sekian, jumpa lagi. Daaaa~

4 comments:

Anonymous said...

xnampak pown perut kak safwa..cam x preggy jer...jeles r badan cmtu..huh..(jelesangatsangathowkay!!)

safwa_khairul said...

@Anonymous
Kalau vogel baru nampak perut dik :p kalau pakai baju masih boleh coverina lagi :p

doublena_2901 said...

aahahahhahah comel je.. ahahah tp wa itu kaki ke ranting tu ahahahah paa ke kurus sgt kaki nya. muah take care sis

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Hahahaha..meranting lg Kak nana :p

Akak pun take care. Muah2 dr kitorg!