Monday 7 May 2012

BBQ Time!

Berakhir sudah Golden Week. Harini semua orang back to normal routine. Abam J pun macam malas malas je nak pergi kerja pagi tadi. Hihi.

Walaupun dah plan beberapa aktiviti untuk Golden Week tapi ada yang terpaksa cancel due to tenki (cuaca) yang tak best. Unfortunately, Golden Week kalini hujan. Dekat Saitama, 3 hari berturut turut hujan sepanjang hari iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis. Hari jumaat hujan sikit sikit je tapi masih sempat berBBQ kat rumah kak ita. Hari sabtu tenki ok tapi semalam, hari ahad, penutup Golden Week, hujan lebat gila siap guruh taufan bagai. Kalau hujan, memang kohser sangat nak keluar jenjalan bersejuk sejuk kat luar sana. Lebih baik ku baring dalam comforter peluk laki saje. Mwahahaha :p

Hari jumaat haritu, kitorang sempat join BBQ kat rumah kak ita di Gyoda. Walaupun pagi tu hujan rintik rintik air bergelora, tapi tengah hari tu time nak bakar ayam hujan dah stop. Alhamdulillah. Memang meriah! Tuan rumah siap pasang khemah. Paling seronok sebab dapat makan. Dapat MAKAN MAKANAN MALAYSIA ok! :p

 Acara bermula dengan sesi suai kenal bersama Malaysians yang lain.

Jom tengok menu...

Ada BBQ ayam.

Ada satay daging tanpa lidi. Malas nak mencucuk katanya.

Ada mee goreng, kuah satay, nasi minyak, ayam masak merah, acar timun, puding jagung, kek & bihun. Sambal petai udang kering pun ada!

Ada bubur kacang durian. OMG, makanan sangat sangat macam kat Malaysia. Lupa sekejap diri kat perantauan.

Juga ada pizza & fruits cocktail.

Sebenarnya, aku pun bawak makanan jugak tapi bila sampai, tengok makanan makanan supermom ini terhidang, terus rasa rendah diri nak hidang makanan sendiri. Sudah la aku dan abam J pasangan paling muda. Yang lain semua dah supermom & superdad. Segan pula nak jamu makanan sendiri sebaris dengan masakan supermom supermom di atas. Maka, ku tinggal saje dalam kereta. Haha :p

Round pertama. Aku jamah mee goreng. Nak rasa je. Ok tipu tipu. Kalau nak jamah, mesti amek sikit je tapi aku amek penuh pinggan. Memang niat nak melantak. Tengok tu muka happy gila mengadap makanan.

Round kedua, aku makan nasi minyak, puding, kek, ayam daging sosej BBQ segala bagai aku sumbat.

Lepas tu, aku pura pura round round sekeliling, kacau kacau abam J bakar ayam kejap. Supaya orang lain nampak macam aku dah habis makan.

 Tapi diam diam lepas tu, aku sambung makan lagi. Round ketiga, aku makan nasi minyak lagi sekali. Makan bubur kacang durian, puding jagung & fruits cocktail. Tengok tu, pinggan aku dah penuh semula padahal orang lain semua dah stop makan. Ahh, ku tak peduli orang nak bergambar ke apa, aku datang ikhlas nak makan. Mwahaha! Yang tudung purple tu kak ita (tuan rumah), dan sorang lagi tu kak umie, pembuat nasi minyak yang sedang ku lantak tanpa segan silu ittewww.

Abam J gigih membakar ayam. Dia tak makan banyak haritu sebab nak makan makanan yang aku masak (yang aku tinggal dalam kereta tu). Jadi, kerja dia membakar ayam je sepanjang hari. Balik rumah baru dia makan puas puas makanan yang aku masak tadi. Terharu ='). Aip aipp jangan tuduh aku buat nasi kangkang pulak! Abam J memang macam tu. Rasanya ramai je suami suami yang macam tu. Tetap lah nak yang wife sendiri masak. Walaupun masakan isteri tu tak semenggah mana.

Bila tengok gambar ni, rindu pulak kat abam J. Tsk tsk T_T. Sepanjang minggu lepas seronok je dia ada 24 jam kat sebelah. Harini dia dah pergi kerja, rasa boring pulak dia takde. Tsk tsk T_T. Dah la sejak pregnant ni, makin manja pulak jadinya. Malam tadi pun dah nangis nangis bawah ketiak dia sebab sedih dia dah nak pergi kerja harini. Menggigih abam J pujuk. Nanti kalau dia tak kerja macam mana dia nak dapat duit nak bagi aku makan katanya. Tsk tsk T_T. Mengada ngada sangat kan sekarang, walhal dulu aku tak kisah pun kalau aku kat Malaysia, dia kat Jepun. Aku ok je. Tapi sekarang ni memang cengeng, macam nak dia ada je selalu, kalau dia berak pun rasa nak ikut. Ok yang tu tipu :p Alamak alamak dah off topic! Sambung semula cerita BBQ. Kat mana dah tadi? :p

Ok, meriah sangat rumah kak ita dengan kanak kanak. Majlis bersurai pada pukul 7.00 petang.

Terima kasih kepada tuan rumah, kak ita & husband. Husband dia nihonjin (orang jepun). Yang kat belakang tu anak bongsu dia, Tatsuki Edy. Muka pun sangat japanese look.

Actually, rumah kak ita ni sangat dekat dengan Samejima Bonding Clinic (tempat aku check up & bakal deliver nanti). Kak ita sangat baik orangnya. Dia pun cakap, in case ada emergency, contact je dia. Even kalau aku deliver awal before mama aku sampai, dia boleh tolong jagakan. Terharu T_T. Walaupun rasa diri ini tercampak jauh di negara orang, tapi Allah itu Maha Mengasihani, Dia tetap kurniakan orang orang yang baik di sekeliling kita. Jadi, aku dan abam J boleh la rasa lega sikit. Takde la kitorang berdua terkontang kanting je nanti. At least ada la someone yang pangkat mak mak untuk guide kitorang. Syukur, Alhamdulillah :)

Ok, sekian saja cerita BBQ di rumah kak ita. Daaa~

*Credit gambar to Facebook kak ita*

6 comments:

Nor Hanis said...

sapek!!!
itu kaki ko ke batang lidi satay daging yg malas dicucuk???
nape kurus sangat walopon makan mcm monster???
sila makan banyak lagi~ :P

safwa_khairul said...

@Nor Hanis
Hahaha..aku lost 4kg waktu tgh mabuk muntah2 x boleh mkn aritu. Br sbulan ni aku start mkn mcm monster semula. Tp aku memang sejak azali pun mkn byk tp x gemuk2. Hihi :p

Anonymous said...

cepat ler update blog akak.hr2 org bkk tp terpakser ttp dgn perasaan kuciwa tau x..cpt update ea akak canthek...:0

safwa_khairul said...

@Anonymous
Eh eh harini dah update la yunk :) sila refresh! Hehe. Gomen ne

P/s: adekah anonymous ni si Hana yg gatal nak kawen ittuewww? Kalau salah hampunnn ye :p

doublena_2901 said...

Salam WA...wah lama akak ketinggalan baca blog Wa igtkan sejak preggy ni x xtif... rindu nak baca awk nye celoteh menceceh ahahaha(jgn marah dik)

Eh napa akak tgk perut maintain je... x kembong pn ahahahah selim melim lagi... take care sis.. sampaikan salam akak kat adik akak tu. keep in touch. muah

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Hi Kak nana..lama gak x nmpk akak kat cni :p tu gambar waktu 4 bln..selim lagi..sekarang dah membuyung ckit tp masih boleh cover2 lagi :p hiks!

Nway, tq..akak pun take care. Muah!