Monday, 21 May 2012

Cinta Pertama Part 2

Sambungan drama muzikal Cinta Pertama The Series :p Entri terdahulu:
Cinta Pertama (Intro)
Cinta Pertama Part 1


27 May 2009
Aku log in Friendster. Hoi, zaman tu Friendster tengah up lagi ok! Haha. Aku dapat satu message dari seseorang yang aku tak kenal. Waktu tu sebenarnya aku masih lagi bersedih. Rasa macam kosong. Rasa macam suram je hari hari yang dilalui. Message yang aku dapat tu berbunyi 'Mohd Khairul sent you a smile to brighten your day'. Agagagaga. Tiba-tiba aku tersenyum bila baca tu. Dalam hati aku, macam tau tau je hari aku tengah suram. Tapi siapa Mohd Khairul? Dah la ada sorang je mutual friend kitorang. Kalau sebelum sebelum tu, memang tak kuasa la aku nak reply private message dari orang orang yang aku tak kenal. Tapi kali ni rasa 'lain'. Rasa macam terharu gitu ada orang sudi nak 'cerahkan' hari aku yang suram tu. Ecececeh. Aku reply cakap thank you. Aku approve friend request daripada dia. Dan itu lah titik permulaan perkenalan aku dengan abam J. Hak hak hak :p

Najwa latipppp, sila buat lagu Cinta Friendster sekarang! :p

30 May 2009
Dari message dekat Friendster, kitorang move ke YM pulak. Pada tarikh ni, untuk pertama kalinya kitorang chat dekat YM. Malam tu abam J start tegur aku. Dia kat Jepun time tu. Aku layan gitu gitu je. Bagi aku, abam J time tu macam somebody untuk aku hilangkan bosan je sementara cuti semester waktu tu. Aku macam tak peduli sangat pun pasal dia. Kitorang kenal muka masing masing pun melalui gambar kat Friendster je.

31 May 2009
Walaupun aku macam kerek je layan dia tapi dia macam semangat je nak borak borak dengan aku. Bila aku online je, mesti dia tegur. Aku reply je. Dia kan tempat aku hilangkan bosan waktu tu. Mwahaha. Tapi yang pasti aku takkan tegur dia dulu la. Ish ish tak kuasa la nak tegur tegur orang laki dulu! :p

Awal Jun 2009
Kitorang mula rapat sikit. Aku dah rasa selesa nak cerita pasal aku dekat dia. Ada satu malam tu kitorang chat dari malam sampai pagi. Huh! Tak tau kenapa, tapi malam tu kitorang macam be honest to each other. Dia cerita pasal dia dengan jujurnya, dan aku pun cerita pasal diri aku dengan jujurnya. Aku bagitau dia yang aku tak pernah couple pun, crush dengan someone tu ada la tapi orang tu pun dah ada girlfriend. Tsk tsk T_T. Abam J pun cerita pasal past dia. Sebelum stop chatting, aku bagitau abam J lepas ni aku tak online 3 hari sebab balik kampung. Pastu, dia mintak nombor phone aku. Tapi aku macam diam tak tau nak kasi ke tak. Bila tengok aku diam, dia kasi nombor phone dia kat Jepun. Kalau aku dah rasa ready nak kasi nombor phone, dia suruh contact je nombor dia. Sebab dia nampak macam jujur ikhlas je, aku pun kasi je nombor phone aku. Esoknya pagi pagi lagi dia dah hantar SMS suruh aku bangun dan wish good morning. Hahaha semangat gila dia hantar SMS dari Jepun. Dah la mahal. Tapi aku tak reply pun sebab aku miskin takde credit malas nak topup handphone LOL.

3 hari aku balik kampung. Aku tak online langsung. Dan setiap hari tu la dia hantar SMS kat aku. Satu pun aku tak reply. Tapi dia hantar je tanpa putus asa LOL tak malu betul dia, orang tak reply tapi masih gigih nak hantar jugak! At last aku macam kesian, aku pun reply satu SMS je curi curi pakai handphone mama aku. Lepas tu bila bil sampai mama pelik gila apesal ada International SMS ke Jepun. Omaigod nak ngaku ke taknak aku punya angkara tu?? Hahaha :p

Bila aku balik rumah dan online, aku tengok banyaknya private message kat inbox Friendster. Semua dari Mohd Khairul. LOL. Dia cakap dia boring la bila aku tak online. Siap cakap 'miss you' lagi. Omaigod omaigod kenapa dengan mamat ni? Aku dah cuak cuak tapi macam suka je sikit sikit. :p

Pertengahan Jun 2009
Aku masih lagi tengah cuti semester. Satu malam tu, abam J mintak izin nak call. Penat asyik chat katanya. Omaigod aku cuak! Dah la tak pernah jumpa, tiba tiba nak kena cakap dalam phone! Omaigod omaigod what should i do? Hahaha. Aku cakap nak call boleh tapi tunggu aku mandi dulu dalam setengah jam. Ngeh ngeh ngeh aku kecuakan sebenarnya. Bila aku dah siap mandi tu, dia call betul betul. Aaaaaaaaaaaaaaaa segannnnnnnnnn..nak jawab ke taknakkkkkkkkkkkkkkkkk? Aku tarik nafas dalam dalam dan jawab dengan sehabis cool. Dia call dari Jepun. Nombor pelik je. Itu lah first time kitorang dengar suara masing masing. Kitorang banyak gelak gelak je sebab mungkin masing masing pun nak cover nervous. Kitorang sembang sembang hampir sejam kot. Fuhh..first time aku cakap telefon lama macam tu dengan seorang lelaki. Haha :p

Akhir Jun 2009 
Walaupun tak pernah jumpa, kitorang macam semakin rapat. Abam J boleh cakap hari-hari akan call aku dari Jepun. Dia macam 'teruja' je nak tau pasal aku. Aku pun rasa selesa je kawan dengan dia. Dia buat aku happy semula :)

Awal Julai 2009
Berakhir sudah cuti semester. Kuliah untuk tahun akhir pun bermula. Aku fikir, bila berakhir cuti semester, maka berakhir lah persahabatan aku dengan abam J. Sebab dia kan cuma kawan chatting penghilang bosan waktu cuti semester je :p Tapi sangkaan ku meleset, bila aku dah masuk hostel, dia tetap call hari-hari. Dia sangat concern pasal aku waktu tu. Semua kawan kawan aku pelik sebab sebelum tu aku macam budak perempuan innocent yang takde boyfriend dan takde gayut gayut telefon ni. Tapi bila masuk semester baru tu, aku hari-hari akan gayut telefon bila malam.

Pertengahan Julai 2009
Abam J makin lama obvious nampak macam nak approach aku. Haha. Setiap pagi semangat SMS wish good morning kat aku walaupun mahal sebenarnya satu SMS dari Jepun ke Malaysia. Ececeh, nak mengorat apa pun sanggup kekdahnya :p

Aku doa banyak banyak, mintak Allah bukakkan hati aku kalau orang tu betul betul jodoh aku. Tapi kalau bukan jodoh, aku mintak Allah jauh kan dia daripada aku.

Kitorang semakin hari jadi semakin rapat. Walaupun tak pernah jumpa, tapi masing masing rasa sangat kenal hati budi masing masing. Masing masing rasa senang antara satu sama lain. Kitorang sama sama happy :) Gerak hati aku waktu tu 'kuat' untuk abam J. Aku percaya 'gerak hati' aku tu Allah yang bagi. Sebab aku selalu doa macam tu. Aku rasa macam dah jumpa orang yang aku cari. Sejak ada dia, hari hari aku dah jadi ceria. Dah tak alone lagi :)

Lagu ni menceritakan apa yang aku rasa waktu tu. *Every moment has its music*

 

"Cukup sudah
Ku berlari mencari mau ku
Kini saatnya ku berhenti
Cintaku telah hadir di sini...
Ku yakin semua kan berlalu...
      SEUMPAMA KAU ADA
      HATI DAN JIWAKU TERHIBUR
      Mekar lamun akan berakhir
      Keyakinanku belum pasti
Biarlah ku temukan
Kepingan hatiku yang hilang
SEMUA BISA MERASAKANNYA
BAHWA DIA MENCINTAKU..."


6 Ogos 2009
Tanpa diduga, pada tarikh ni abam J.........jeng jeng jeng

To be continued :p



4 comments:

AjlaA said...

woot woot
wah wah safwa
mgkn lepas ni akak ptt layan private2 msg yg dtg. kekekeke

ibu mengandung nk wish ape ek
smg both mommy and baby sehat! amin

safwa_khairul said...

@AjlaA
Mungkin akak kena lyn private message yg dtg pd 'waktu' yg tepat! Haha

Amin & tq for the wish :)

Zayla Abdullah said...

wah...cinta friendster la ni...

safwa_khairul said...

@Diari Kita
Zaman2 Friendster tgh up dlu..hihihi :p