Friday, 27 April 2012

Happy Golden Week

Golden Week adalah minggu bercuti di seluruh Jepun. Inilah masanya untuk mereka menghabiskan masa bersama keluarga setelah berhempas pulas berkerja. Jadi, Golden Week merupakan waktu keemasan untuk dinikmati bersama keluarga tersayang! Harini merupakan hari terakhir abam J berkerja sebelum bercuti seminggu pada minggu hadapan. Kitorang plan untuk spend much time berdua sebelum menyambut kehadiran orang baru nanti. Hehehh :) Antara aktiviti yang kitorang plan untuk Golden Week ni adalah: 1. Celebrate our first anniversary pada hari isnin nanti. Oh seronok anniversary jatuh waktu Golden Week dan hari gaji! So we can have a very precious time together :) 2. Jalan jalan tengok bunga! Since sekarang masih musim bunga, kitorang plan nak pergi Tulip's Farm di Konosu dan Roses Park di Gunma. 3. Pergi Sano Premium Outlet untuk shopping! Oh ini tempat wajib pergi setiap kali cuti dan setiap kali bonus ;p Kali ni nak shopping baju baby, itu pun kalau dah 99% confirm jantina baby waktu check up esok. So sayang mama, please tunjuk kebolehan angkat kaki tinggi tinggi waktu sensei scan esok! Onegai ^_^ Kalau tak daddy cakap nanti dia belikan baju dekat pasar malam benut je. LOL :p Tapi kat sini memang baju baby obviously ikut gender kan. Setakat yang aku survey sekarang ni, biasanya rompers atau jumpsuits dia akan jual 1 set. Set baby boy dan set baby girl. Tak macam baju baby kat Malaysia, kalau pajamas Anakku ke Pigeon ke..design dia memang sesuai untuk both gender. So kat sini harus confirmkan jantina dulu baru boleh shopping dengan confident. 4. Pergi BBQ kat rumah Kak Ita, one of Malaysian yang tinggal tak jauh dari rumah kitorang. Makan BBQ sambil berkumpul ramai ramai dengan Malaysians yang lain. 5. Pergi AMIR Education Fair yang berlangsung di Saitama. Tertarik nak pergi sebab ada booth yang jual makanan Malaysia seperti sate nasi impit & kuah kacang OMG! Nasi Briyani OMG! Kebab OMG! Nasi dagang OMG! Kuih muih traditional Malaysia OMG! Dan lain lain lagi Omaigoddddd Omaigodddd best gila nak makan!! *kejis sangat pergi semata mata kerana makanan* :p Urm urm..itu je kot aktiviti sepanjang minggu depan yang dirancang setakat ni. Lain lain aktiviti ialah tidur berjemaah laki bini sepanjang hari. Mwahahaha! Ok, esok pagi nak kena pergi check up. Hope semuanya baik baik aje :) HAPPY GOLDEN WEEK! :)

No comments: