Friday 15 June 2012

Homemade Taufufa

Sebenarnya dah lama aku teringin nak makan taufufa. Kalau dekat Malaysia, setiap kali pergi pasar malam memang wajib beli taufufa. Bila dah dekat Jepun terasa nak makan taufufa, tapi tak terfikir pun boleh buat sendiri. Hukhuk. Beberapa hari lepas Kak Ros Jintan Manis ada share resepi macam mana nak buat taufufa pakai tauhu jepun. Oh senang aje rupanya! Tapi aku tak follow resepi yang dia kasi, aku cuma amek idea dan olah sendiri sebab aku tak suka taufufa yang kuah hitam, aku suka yang kuah putih. Jom tengok proses pembuatan taufufa kuah putih yang sangat mudah ini.

Bahan-bahan:

Air

Gula pasir putih

Tauhu jepun

Tauhu jepun yang aku guna. Basuh dan toskan airnya.

Cara-cara:

1. Buat air gula. Aku guna nisbah 1:2 iaitu 1 cawan gula dan 2 cawan air. Masak air gula sehingga sedikit pekat.

2. Kemudian, masukkan kepingan kepingan tauhu jepun yang telah dipotong ke dalam air gula tadi. Biarkan sekejap atas dapur.


3. Bila tauhu dah lembut, matikan api. Siap!

Inilah hasilnya homemade taufufa berkuah putih.

Enak di makan ketika panas atau pun sejuk. Kalau nak makan sejuk, boleh masukkan dalam peti dulu :)

Yummy yummy sedap! Rasa dia memang sama macam taufufa yang beli dekat pasar malam tu :p Aku buat stock banyak banyak dan simpan dalam peti. Nanti bila lapar setiap sejam, bukak peti ada taufufa pulak! Omaigod heaven sekali lagi! *stock kek batik haritu dah habis* :(



*Credit untuk Kak Ros Jintan Manis atas idea asal resepi ni. Arigatou ne :)

4 comments:

Anonymous said...

sangat comel kakak...:)..sian dier slalu lapa...

safwa_khairul said...

@Anonymous
Yup dear..setiap sejam mesti nak bukak peti cari makanan :p

Azzim said...

Wahai kakak ku yg comel lagi cantik! Bolehkah kakak buatkan saya taufufa ini?

safwa_khairul said...

@Azzim
Bak kate org phg..sedei je..nnt kakak buat byk2, ko tlg jual kat depan ong tai kim ye..hakhak :p