Sunday 10 June 2012

Empat Musim Berlalu

Pejam celik pejam celik, dah setahun aku menapak di bumi sakura ni. Tapi kalau aku, bukan pejam celik pejam celik, pejam pejam pejam celik pejam pejam pejam celik LOL dasar pentidur lagi banyak memejam daripada celik mata :p

Setahun berada di negara empat musim, bermakna empat musim juga telah aku lalui. Bermula dengan musim panas waktu aku mula mula sampai tahun lepas (panas dekat Kumagaya lagi panas daripada dekat Malaysia) , kemudian musim luruh (batak gila tengok daun tukar tukar warna), diikuti musim salji (batak gila tengok salji turun untuk pertama kali dalam hidup), dan diakhiri dengan musim bunga (batak gila tengok sakura pertama kali dalam hidup serta aneka bunga bungaan dengan pelbagai warna).

Mari tengok koleksi gambar yang aku snap sepanjang empat musim berlalu. Gambar yang sama tapi pada musim yang berlainan.

Bermula dengan musim panas@summer (Natsu)...

Pokok tepi rumah pada musim panas sekitar Jun 2011.

 Pokok dekat Sakura Kouen, Kumagaya pada musim panas.


Kemudian musim luruh@autumn (Aki) pula...


Pokok dekat tepi rumah pada permulaan musim luruh sekitar akhir September 2011. Daun-daun pokok ni mula kekuningan dan berguguran.

 Pokok dekat Sakura Kouen, Kumagaya pada musim luruh Oktober 2011. Daun-daun mula kemerahan.

Pokok dekat kouen (taman) yang sama pada pertengahan November 2011. Daun daun merah mula berguguran.


Diikuti pula musim salji@winter (Fuyu)...

Permulaan musim sejuk sekitar Disember 2011. Apabila tamat musim luruh, pokok di Sakura Kouen tinggal ranting sahaja.

Permulaan salji turun di Kumagaya sekitar Januari 2012. Pokok di tepi rumah juga tinggal ranting sahaja.

 Salji turun dengan lebatnya pada penghujung Februari 2012. Pokok di tepi rumah diselaputi salji.


Dan empat musim diakhiri dengan musim bunga@spring (Haru)...

Pokok di tepi rumah merimbun dengan bunga sakura sekitar April 2012.

Pokok di Sakura Kouen ini juga lebat merimbun dengan bunga sakura.

Tapi sakura bukanlah bunga yang akan berkekalan sepanjang musim bunga. Tempoh pokok sakura berbunga cuma dua hingga tiga minggu sahaja. Jadi, kalau nak bercuti ke Jepun dan tengok sakura, silalah datang pada pertengahan April :)

Tiga minggu selepas pokok mengeluarkan bunga sakura...

Bunga sakura akan berguguran dan putik putik daun mula bertumbuh.

Dua minggu kemudian...

Pokok ini akan kembali berdaun hijau. Ini menunjukkan musim panas bakal menjelang tiba.
Welcome summer!


Dan kitaran musim itu akan sentiasa berulang dan berulang. Setelah melalui ke semua musim, aku paling suka musim luruh dan musim bunga, diikuti musim panas dan paling tak suka winter T__T. Aku lebih suka panas daripada kesejukan. Bila kesejukan, semua kerja pun takde mood nak buat. Nak jemur baju pun susah. Rasa nak duduk dalam comforter sambil berlapiskan tilam pemanas je sepanjang hari. Mungkin jugak sebab aku melalui winter kali pertama waktu first trimester of pregnancy, jadi aku rasa winter adalah musim yang sangat menyiksakan aku.

Apapun, tetap harus bersyukur sebab berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah ini depan mata sendiri. Bukan semua orang berpeluang menikmati keindahan ini. Walaupun belajar tak pandai sampai ke Jepun, tapi takdir Allah tetap membawa aku ke sini untuk merasai pengalaman pengalaman ini. Syukur Alhamdulillah. Dulu waktu sekolah rendah zaman kanak-kanak, aku selalu dengar kawan kawan cerita diorang pergi melawat rumah empat musim dekat Bukit Cerakah kot kalau tak silap, aku cuma mampu diam terkelip-kelip je dengar cerita. Dalam hati kanak kanak ku, melonjak lonjak rasa nak pergi jugak rumah empat musim tu tapi sedar yang abah mungkin tak mampu nak bawak since kitorang duduk Pahang lagi waktu tu. Takkan nak pergi KL semata-mata nak pergi rumah empat musim tu. Kawan kawan cakap tiket nak masuk pun mahal tsk tsk T__T taknaklah merengek rengek mintak kat mama dan abah untuk pergi, simpan saje hasrat kanak kanak tu dalam hati.

Tapi sekarang dah dapat lalui empat musim secara realiti :p Setiap kali aku tengok ke luar tingkap rumah aku sekarang, aku akan nampak pokok di tepi rumah tu yang sentiasa berubah mengikut musim. Dari berdaun hijau, bertukar warna menjadi daun kuning, kemudian daun berguguran, tinggal ranting je, lepas tu ranting ranting pula diselaputi salji, dan akhirnya mengeluarkan bunga yang sangat cantik! Dan setiap kali itu lah aku teringat hasrat terpendam zaman kanak-kanak dulu iaitu nak masuk rumah empat musim sebab nak rasa keempat-empat musim tu. Yay, thanx God for make my childhood dream come true! :)


6 comments:

AjlaA said...

msk rumah tuh rm3 safwa. hehe
byrn masuk bukit cerakah pun rm3 jugak. best kn autumn~
nk rs spring lak lepas ni insyaALLAH

safwa_khairul said...

Yeke? Oh sy kne tipu dgn kwn2 la ni. Cisss! Hahaha

Autumn & spring sgt best utk jln2 :)

Anonymous said...

salam safwa, sy nak pg bercuti ke jepun awal nov 2012 ni.. InsyaAllah.. Nak tanya masa tu musim apa ye? sejuk sgt tak? ok tak for my 2 years son?

safwa_khairul said...

@Anonymous
Wsalam. Bln November tu dah masuk autumn. Kalau nak jln2 biasanya org dah pakai 2 layers dgn kasut dah time tu sbb suhu dah drop + berangin. Kalau malam lagi sejuk dr siang. So, better prepare baju sejuk. But don't worry, x sesejuk winter. Time Autumn tu mmg best nak jln2 :)

Have a nice holiday in Japan ^^

Unknown said...

Musim Bunga di jebun dalam bulan 4 ya? tu la planning nak kesana tengok bunga...boleh suggeskan date yang sesuwai musim bunga? thnaks

safwa_khairul said...

Boleh tgk latest entry sy, ade byk cerita pasal spring :)