Wednesday 6 June 2012

Cinta Pertama Part 4

Sambungan drama muzikal Cinta Pertama The Series panjang berjela ala ala telenovela indon :p Entri terdahulu:
Cinta Pertama (Intro)
Cinta Pertama Part 1
Cinta Pertama Part 2
Cinta Pertama Part 3


24 Disember 2009
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Aku pergi KLIA seorang diri semata-mata nak jemput kekasih hati pulang ke tanah air ececeh semangat gila :p Sumpah hari itu adalah hari yang sangat mendebarkan. Kitorang bakal berjumpa buat pertama kalinya. Aku sangat sangat sangat berdebar. Pertama kalinya dalam hidup aku nak 'dating' dengan seorang lelaki pertama yang jadi kekasih hati, yang akan aku jumpa buat pertama kalinya. Gosh! Waktu tu aku macam blur jugak. Nanti kalau dating nak cakap apa..nak kena pandang muka ke..haippp malu la! Semuanya berlegar legar dalam fikiran. Aku dress up biasa biasa je ke KLIA. Pakai jeans dan kemeja putih ada gambar mickey mouse LOL kebudak-budakan gila :p Dan juga sedikit solekan nipis ececeh :p Aku semangat melawa nak jumpa kekasih hati, tapi waktu on the way ke KLIA tu ku kena ngorat pulak dengan sorang mamat ni, siap mintak nombor telefon damn damn damn! Hoi aku sudah ada kekasih la, tak hingin nak layan kau syuh syuh syuh! Ni yang aku malas nak melawa make up make up ni, mesti kena ngorat tettttt sila muntah berjemaah sekarang :p :p :p

Flight abam J dijangka tiba pukul 7.05 malam. Tapi seawal pukul 6.00 petang aku dah sampai KLIA. Maka berlegar-legarlah aku seorang diri dekat KLIA dengan perasaan jantung nak terkeluar. Harus setiap lima minit ku tengok jam. Dan setiap 15 minit aku pergi toilet LOL cuak macam apa je time tu. Bila dah dekat pukul 7.00 tu, aku pergi ke International Arrival Hall. Aku duduk duduk tenangkan diri sambil usha usha abang pilot. Haippp safwa behave! Bila jam dah tepat pukul 7.05, aku cepat cepat tengok Arrival Information Screen tu. Ku tengok status flight abam J dijangka landing pukul 7.15 malam, 10 minit lewat. So, aku pergi toilet dulu. Touch up apa yang patut. Try try sengih depan cermin seorang diri nak tengok cun ke tak LOL :p Akhirnya aku pasrah je dengan diri sendiri. Aku keluar toilet bila jam dah menunjukkan pukul 7.15. Sekali lagi aku tengok Arrival Information Screen tu. Ku tengok status flight abam J tertulis 'LANDED'. L-A-N-D-E-D landed! Bermakna kekasih hatiku telah pun selamat menjejakkan kaki di Malaysia. Bermakna kami akan bertentang mata untuk pertama kalinya dalam masa beberapa minit saja lagi. Omaigod Omaigod Omaigod Omaigodddddddddddddd nak lari boleh tak?? :p

Fuh fuh fuh. Aku dah tak keruan. Ku lari semula masuk toilet. Amek nafas dalam dalam. Pastu aku intai sikit sikit dari pintu toilet. Belum nampak kelibat abam J. Aku masuk semula dalam toilet dan itu lah yang aku buat berulang-ulang kali sampai la ke pukul 8.15 malam. Tapi masih belum nampak kelibat abam J keluar dari Arrival Hall tu. Dah sejam kot, kenapa dia belum keluar lagi. Ntah ntah dia pun nyorok dalam toilet macam aku gak. Hahaha. Lepas tu aku tekad untuk tunggu je depan gate Arrival Hall tu. Aku pasrah! Tapi aku takde la berdiri paling depan, aku berdiri belakang belakang sikit dekat celahan orang ramai. Dua tiga minit lepas tu, ku nampak kelibat seseorang yang dalam hati ku cakap 'macam kenaaaaal je'. Dan orang itu pun mata tajam gila, walaupun ramai orang yang menunggu, mata dia terus 'tangkap' aku. Dia pandang sambil senyum sambil tolak trolley tuju ke arah aku. Dup dap dup dap. Jantung aku dah macam nak terkeluar, kaki pun dah tak rasa jejak bumi, kalau nak lari pun dah tak boleh, aku pun tak tau reaksi muka apa yang aku buat. Penat je sebulan aku praktis senyum depan cermin, tapi bila dah bertentang mata, dah tak boleh control reaksi muka sendiri time tu. Yang aku tau aku segan segan segan malu malu malu! Mohd Khairul Bin Abd Rahman, boyfriend pertama dalam hidup, yang selama ni aku cuma dengar suara je, kini dah ada depan mata. Fuh fuh fuh :p

"Sorry sayang..lambat..tunggu set golf ni lambat", ayat pertama dia.

WHAT?? Sayang?? Omaigod! Selama ni dengar dia panggil sayang dalam phone je. Takde lah rasa pelik sangat. Tapi kalini depan depan. Aku rasa sungguh janggal. Mungkin sebab ini first time dalam hidup aku ada lelaki yang panggil ku sayang secara depan depan. Terus aku blur + kaku. Sebelum ni kalau dengan member lelaki huha huha cakap kau-aku je, tiba tiba harini ada lelaki panggil sayang depan depan, terus ku tunduk malu. Segannyeeeeeeeee. Malu ai ;p

Kitorang bergerak pergi KFC sebab abam J cakap dia lapar. Dekat KFC KLIA tu kira macam first date kitorang la. Aku masih segan segan. Waktu duduk kat meja KFC tu, aku tunduk je buat buat baca menu dan segala pamphlet KFC yang ada kat atas meja tu. Aku macam segan nak angkat muka nak pandang muka dia. Kalau abam J pandang muka aku pulak, cepat cepat aku tutup dengan pamphlet tu, aku buat pura pura baca. Padahal aku segan sebenarnya. Hahaha.

Lepas tu dia hantar aku balik rumah. Disebabkan family aku takde kat rumah, abam J cuma drop aku dan suruh cepat cepat masuk dan kunci pintu. Abam J tumpang tidur rumah kawan dia malam tu. Family aku balik kampung dekat Pahang waktu tu. Jadi, keesokan harinya, abam J nak hantar aku balik Pahang supaya nak pastikan aku pulang ke pangkuan ibu bapa dengan selamat, sekali gus dia sendiri decide nak jumpa mama dan abah aku. Aku tak suruh pun lagi dia jumpa parents aku, macam masih awal lagi, tapi dia sendiri yang nak jumpa. Mintak restu katanya LOL :p

25 Disember 2009
Abam J jemput aku dekat rumah, dan kitorang bergerak ke Pahang. Aku macam segan je nak bawak dia jumpa mama dan abah sebab waktu tu aku masih student. Mama dan abah waktu tu dekat rumah nenek aku. Jadi, abam J bukan sahaja kena mengadap mama dan abah, tapi nenek dan juga makcik serta pakcik aku yang ada sekali waktu tu. Huahua! Dia nampak cuak waktu kena interview dengan abah aku tapi lepas tu semuanya ok je. Selepas sesi suai kenal dengan family, takde feedback negatif dari mereka. So, aku assume semua orang pun restu ecececehhh :p

Lepas tu abam J gerak balik Johor, rumah family dia, dan aku stay dekat Pahang untuk praktikal.

1 Januari 2010
Abam J datang Pahang semula. Makcik dan pakcik aku bawak kitorang jalan-jalan ke Taman Negara. Mama dan abah aku tak ikut sebab diorang dah balik KL.

5 Januari 2010
Abam J mintak izin abah aku untuk bawak aku pergi Johor sebab dia nak kenalkan aku pada mama dan papa dia. Omaigod sekali lagi aku kecuakan! Aku masih student dan aku rasa macam belum ready nak mengadap mama dan papa dia. Progress hubungan kitorang terlalu laju. Aku macam masih blur tapi just go with the flow. Abah izinkan permintaan abam J tapi dengan syarat mesti jaga anak perempuan dia elok elok dan mesti pandai jaga diri serta kelakuan. Bila dah dapat izin, abam J terus belikan aku tiket flight ke Johor pada 8 Januari.

8 Januari 2010
Sekali lagi hari yang mendebarkan untuk aku. Sudah la aku tak pernah naik flight, tiba tiba harus naik flight seorang diri dari KLIA ke Senai Airport untuk jumpa bakal ibubapa mentua. Fuh fuh fuh. Sepanjang dalam flight aku resah dan kecuakan! Macam macam dalam fikiran aku. Aku tak pandai masak! Aku tak pandai buat kerja kerja dapur! Selama ni semuanya mama aku je yang buatkan, aku anak manja cuma tau goyang kaki je kat rumah. Macam mana kalau mama dia tiba tiba suruh aku masak?? Macam mana kalau mama dia suruh aku buat kerja kerja dapur tapi aku tak pandai buat?? Macam mana kalau tiba-tiba mama dia cakap "safwa, tolong siang ikan sembilang ni, lepas tu buat asam pedas ye" sambil menghulurkan ikan sembilang yang masih hidup?? Macam mana??! Omaigod -_-" cuak cuak~ Lagi lagi family abam J orang jawa, masakan, cara dan adat diorang mestilah lain sikit dengan cara aku. Oh sumpah cuak! Aku rasa aku macam masih terlalu mentah lagi time tu untuk menghadapi situasi sebegitu. 

Bila sampai di Senai Airport, ku nampak abam J dah tunggu. Cepat cepat aku bagitau dia yang aku risau. Aku bagitau dia yang aku tak pandai masak dan tak pandai sangat buat kerja dapur. Abam J cuma tenangkan aku, dia cakap janganlah risau pasal tu. Dia bawak aku jumpa family dia sebab dia nak kenalkan aku pada mama dan papa dia. Mintak restu family dia pulak. Itu saje.

Alhamdulillah, semuanya ok sepanjang keberadaan aku dekat situ. Tiada insiden insiden yang tidak diingini seperti dalam imaginasi terlampau aku. Family dia layan aku dengan baik :)

9 Januari 2010
Harini adalah hari yang menyedihkan sebab abam J akan berangkat pulang ke Jepun. Tsk tsk T__T. Aku bersama mama, papa dan adik dia bergerak dari Johor ke KLIA untuk hantar abam J. Lepas abam J dah check-in dan masuk waiting room, mama dan papa dia hantar aku pulang ke Gombak. Waktu ni bermula lah sesi perkenalan ibu bapa kami. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

Tsk tsk sedihhhhh T__T. Sekejap je jumpa dah berpisah semula. Lepas ni tujuh bulan kemudian pulak baru dia balik Malaysia. Tsk tsk T__T

Lepas tu tiap tiap malam dengar lagu ni sambil nangis nangis dalam selimut rindu eh eh :p
*every moment has its music*



Bulan Kedua (Melly Goeslaw)

Hati, berbunga rindu
Jiwa, tak tentu arah
Inikah yang disebut cinta
Bulan kedua itu
PERTEMUAN KU DENGAN KAMU
DUA HATI TERPAUT SUKA
OH BEGITU CEPAT WAKTU BERLALU
PERPISAHAN TAK DIDUGA
KU INGIN DENGANMU TAK TERBATAS WAKTU
KAU TETAP SELALU DI HATI
Bulan kedua itu
Cintaku takkan ku hapus
Pertama kau ucap kata cinta


Gambar kenangan waktu dekat Taman Negara.

Pergi sekali dengan makcik aku dan familynya. Haippp bukan dating berdua tau! :p

Gambar kenangan dekat KFC Jerantut, lepas balik dari Taman Negara.

Gambar kenangan dekat KLIA waktu hantar abam J nak balik Jepun. Papa dia yang snap gambar ni LOL sporting :p

Gambar dengan mama, papa dan adik dia. Obvious mata aku sembap *sedih nak berpisah*


Seminggu lepas abam J balik ke Jepun, memang aku rasa sunyi. Bermulalah kembali episod cinta jarak jauh.

 LOL gambar kenangan waktu bercinta jarak jauh dolu dolu :p


Tapi tak sampai sebulan pun berpisah, ada sesuatu yang tidak diingini berlaku.....

To be continued...

4 comments:

doublena_2901 said...

Wa... gambar yg korang berdua kat airpot yg baju merah tu la gambar yang dia tunjuk kat akak dulu. Akak igt lagi dia tunjuk masa dia lepak umah akak tu... semangat tul dia cita psl Wa. ahahahahha so mcm2 gak la akak skolah kan dia ahahaha....jgn itu jgn ini.....

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Dah kena sekolah dgn Kak nana rupanyeee..patut la behave je adik akak tu..ekekeke :p

doublena_2901 said...

ahahahahahahahha..... dia dengar ckp tau.... ahahahahah
pas ni bleh upgrade dia ke pangkat pengawas ahahaha

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Mcm x sesuai je Kak nana si penyakat tu kalau jd pengawas..hahaha :p