Monday 28 May 2012

Cinta Pertama Part 3

Sambungan drama muzikal Cinta Pertama The Series syok sendiri :p Entri terdahulu:
Cinta Pertama (Intro)
Cinta Pertama (Part 1)
Cinta Pertama (Part 2)


6 Ogos 2009
Tanpa diduga, pada tarikh ni abam J buat confession through the phone waktu tengah sembang-sembang.

Jam : ~ 9.00 malam

Tempat : Meja study, Hostel Angsana, UiTM Puncak Alam (aku student tak guna, orang provide meja study untuk study tapi aku guna untuk lentok lentok gayut telefon lepas tu padan muka tak dapat 4 flat cisss :p)

Abam J macam biasa, tiap tiap malam akan call aku walaupun status baru sebagai kawan sahaja. Jadi, malam tu kitorang sembang biasa biasa je. Tiba-tiba...

Abam J : Saya ada member, si A. Dia suka dekat perempuan ni, si B. Tapi si A ni tak tau si B ni suka ke tak kat dia. Camne ek?

Si perempuan lampi : Suruh la kawan awak tu cakap je kat perempuan tu.

Abam J : Tapi si A ni macam tak sure si B tu suka dia ke tak..

Si perempuan lampi : Haa..takpun suruh kawan awak tu tengok dulu respond perempuan tu. Kalau dia layan dia suka, kalau dia kerek dia tak suka la kot. *bersungguh-sungguh bagi pendapat*

Abam J : Alaa dia niiii..tak faham keeee..... *cakap slow slow gitu*

Si perempuan lampi : Saya faham la problem dia tu. Takpun suruh je kawan awak terus terang kat perempuan tu. Suka tak suka tu belakang cerita. Nasib la kalau kena reject. Huahuaa

Aku memang lampi (lambat pikap) kalau orang cakap berkias-kias, tak cakap straight to the point. Padahal sebenarnya abam J mengharapkan mungkin aku jawab macam ni "Ooo..saya rasa si B pun suka dekat si A kot". Atau dalam erti kata lain, sila la faham bahawa si A tu sebenarnya dia dan si B tu aku. Dia cuba berkias, tapi si perempuan lampi ini gigih bagi pendapat macam mana nak tolong membernya ittuew.

Abam J : Sah tak faham ni..nak kena cakap direct ni. Ok, macam ni sebenarnya. SAYA SUKA DEKAT AWAK, sebenarnyalah. Kalau awak nak tau, saya suka dekat awak sebenarnya *ulang sampai dua kali takut perempuan lampi tak faham LOL*

Si perempuan lampi : Hahahaaaaaa *speechless sebenarnya. aku gelak je la*

Abam J : Saya dah agak dah, awak mesti gelak je...

*Diam sekejap*

Si perempuan lampi : Urmm.....sama kot. *jawapan ringkas tapi padat yang merubah segalanya. malu ai :p*

Aku macam terkejut gila sebenarnya. Kitorang kan tak pernah jumpa, tak pernah pun webcam, cuma tengok gambar dan kenal hati budi masing masing melalui telefon je. Tapi abam J dengan confidentnya confess perasaan dia lepas dua bulan lebih je kenal tanpa jumpa. Sebelum tu ku fikir kalau dia nak confess pun, maybe lepas jumpa untuk first time dulu ke..kan? So, aku sangat tak menduga. TAPI tapi tapi..satu hal lagi yang aku lampi, aku ingatkan bila dia cakap macam tu, itu hanyalah confession yang dia suka kawan dengan aku. Sebab tu aku jawab "sama kot", sebab aku pun senang kawan dengan dia. Jadi aku fikir, kitorang masih lagi dalam status kawan. Tapi pada abam J, dengan jawapan aku "sama kot" tu bermaksud aku dah terima dia. Dan itu kira macam declaration la yang kitorang 'in a relationship'. LOL lampi lagi :p

Empat hari lepas tu baru aku realize yang aku dengan abam J rupanya dah in a relationship. Itu pun bila empat hari berturut-turut lepas tu aku dapat SMS daripada dia, ayat dah lain tak macam biasa, contohnya 'morning syg' la, 'morning sweetheart' la, 'love you' la bla bla bla. Dalam call pun dia dah tukar panggil aku sayang. Auwww malu ai! :p Then baru aku realize rupanya aku dah jadi girlfriend dia officially. Hahaha. Lepas tu baru aku tanya dia, dah habis fikir masak-masak ke buat keputusan macam ni sedangkan dia belum pernah jumpa aku. Ku cakap aku tak cantik tak comel kurus kering takde apa apa kelebihan, takde bakat bakat yang boleh dibanggakan malah punya banyak kekurangan. Abam J cuma cakap 'I love you just the way you are' dan dia memang dah decide nak hidup dengan aku sampai akhir hayat. Tsk tsk T_T terharu. At the age of 22, untuk first time dalam hidup, aku terima seorang lelaki dalam hidup aku dan niat aku waktu tu 'Inilah dia orang yang akan jadi suami aku, ayah untuk anak-anak aku dan aku pun nak hidup dengan dia sampai akhir hayat. Titik!'

Bila dah bercinta untuk pertama kali, terus rasa diri dah bebas dewasa, bukan lagi anak kecil yang merengek-rengek dengan mama dan abahnya :p Terus layan lagu ni yang tengah play kat blog sekarang *every moment has its music*



Memang Enak (Melly Goeslaw)

Memang enak jadi anak remaja
Tak ada masalah yang membara
Semuanya itu penuh dengan tawa
Semua hasrat jiwa menggelora

TAK AKAN TERLUPAKAN MASA-MASA INI
MENJADI AWAL KISAH
PERCINTAAN INI KAN KU MULAI

BEBASKAN AKU OH MAMA
KU INGIN COBA SEMUA
HIDUPKU TAK BERARTI TANPA MENCOBA SEMUA
BENAR SALAH TAKKAN TERTUKAR
KAN KU BUAT DUNIA BANGGA
JADIKAN HIDUPKU SENANG TANPA KEKECEWAAN

Memang aku masih mencari-cari
Setiap detik pasti kuteliti
Tak akan terlupakan masa-masa ini
Menjadi awal kisah
Percintaan ini kan ku mulai


Pertengahan Ogos 2009
Hari-hari seterusnya dilalui dengan gembira dan ceria :) Walaupun hubungan jarak jauh, sorang kat Malaysia dan sorang kat Jepun, tapi hari hari abam J akan call supaya kitorang rasa dekat to each other. Dan masing masing pun meletakkan effort dan commitment untuk hubungan ini.

6 September 2009
Genap sebulan in a relationship tanpa pernah jumpa each other.

6 Oktober 2009
Genap dua bulan in a relationship tanpa pernah jumpa each other.

6 November 2009
Genap tiga bulan in a relationship tanpa pernah jumpa each other.

6 Disember 2009
Genap empat bulan in a relationship tanpa pernah jumpa each other. Tapi bulan Disember ni kitorang akan jumpa each other untuk pertama kalinya. Abam J akan balik Malaysia pada tarikh 24 Disember.

Omaigod Omaigod! Cuaknya nak jumpa untuk first time! Camne ni camne ni?? Fuh fuh fuh~

24 Disember 2009
Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Dup dap dup dap....


To be continued...

12 comments:

Shamira said...

Safwa,Mira ni..weh walaupun xde kaitan sgt dgn entry ni tp aku nk komen jgk
KO msti de jmpe foundation Meiko Naturactor kn..kn kn?

safwa_khairul said...

@Shamira
Kenape? Kau berminatkah?

Anonymous said...

ahkak!update belog cepat..xsabau nak tggu kemuncak percintaan korang berduer..hari2 bukak belog akak tau,nak cek,da update ke blm..:)luv u kak safwah

safwa_khairul said...

@Anonymous
Thanx yunk..ade gak org sudi follow..terharu ahkak! :p

Shamira said...

eh i follow jgk..
hri2 cek
nk tgu ko letak gmbar ko dh gumok ke(yg mcm xmungkin akan gumok smpai bile2) walaupun de bby kan kan


*eh minat laaaaaa sbb tuh aku tny

safwa_khairul said...

@Shamira
Thanx Shamira sygkuuu..terharu ai :p
Kejap lg aku update letak gmbr terbaru hokeyh!

Nnt aku carikan foundation tu tp lg bagus kalau ko bgtau aku siap2 colour code yg ko nak..kalau x silap aku ade 4-5 je kot colour code dia..nnt bgtau aku ye!

Anonymous said...

akak,orang nak gak,,free gift ble?..:)..luv u kak safwah.xsaba nak tengok pic baru..eksited howkay!!da citer kat cik tunang gak n pakse dier soh bacer belog akak sebab t ktorang pas kawen pon nak kener stay jepong...klow der rezeli leh jumper akak;p..(xmalu kan i..)

safwa_khairul said...

@Anonymous
Wah wah..mai mai duk jepun! best! :) eh cik adik anonymous ni sape sbenarnye? letak la nama yunk :p nnt boleh jumpa2 kat jepun...

hamboii..nak free gift ke..suruh cik tunang kasi voleyh? :p

Shamito said...

CIK Puan Safwa sila anggar kan dlu harga nye dlm RINGGIT MALAYSIA!haha
kalo aku suh ko beli,bila kah ko akn balik?tggu balik bwk bby ek??
hikhik
cpt2 ko survey harge die OK
color tu aku xtau mgkin 140 or 152
hikhik
xpelah survey2 je(KO KAN SLALU JALAN2)

safwa_khairul said...

@Shamito
Baiklah..nnt ku survey2 dlu. Aku balik hujung taun ni..insyaAllah..kalau ko nak, nnt aku belikan..kitakan satu kampung mertua..ape adehal setakat nak cari kau di celah celahan pontian tu :p

Shamito said...

tulah msalahnye aku ni macam xpandai sgt nk mencelah2-jdi aku mme lah x familiar dgn celah2 kampung tuh!
-mcm la kau kawen trus duk jepun kan smpai kg laki sndiri pun xbrape nk tauuu-hahaa

weh hjung thn?bwk bibi lah nnt ek dtg umh aku
yay~
safwa safwa safwa----post gmba bru ko OK

safwa_khairul said...

@Shamito
Ye nnt ujung taun ku dtg raye rumah kau bwk baby..pastu jumpe baby kau skali :p eh ade raye ke ujung taun nnt...?? Ahh x peduli..nak gak dtg beraye :p :p :p