Tuesday 15 May 2012

Cinta Pertama Part 1

Sambungan dari Cinta Pertama (Intro)....

Pada entry intro yang lalu, aku dah jelaskan tentang prinsip aku waktu zaman zaman gadis dulu dan juga kriteria-kriteria lelaki yang aku perlukan sebagai suami.

Cerita cinta pertama aku segala-galanya bermula di sini....

(FLASHBACK)

2008
Aku pernah crush dengan somebody. Tapi cinta dalam hati sahaja. Jatuh maruah dan ego aku sebagai perempuan kalau aku menunjukkan hint yang aku admirer dia. Maka, aku buat cool je. Kitorang kawan baik. Selalu chat dekat YM. Kitorang jadi rapat sebab share minat yang sama, iaitu suka layan lagu indon. Bukan lagu indon mainstream yang selalu putar kat radio Malaysia tu, tapi lagu lagu indon yang kategori underdog, yang tak pernah main pun kat radio Malaysia. Kalau aku jumpa lagu indon yang best, nanti aku bagitau dia. Kalau dia jumpa lagu indon yang best, dia pun gedik gedik bagitau aku jugak. Dia pun sempoi macam aku, tak pernah couple dengan siapa siapa. Sebelum tu, aku tak pernah crush dengan mana mana lelaki. Aku crush dengan artis je. LOL tak matang langsung. Tapi sejajar dengan peningkatan usia, aku mula admirer lelaki biasa, bukan artis ye. Haha. Dah matang sikit kekdahnya. Out of four, dia ada tiga kriteria yang aku perlukan tu. So, dalam diam diam aku macam ter'admirer' la dengan dia. Bukan sayang, bukan cinta. Cuma rasa tertarik je macam "Omaigod dia ni macam ada husband character yang ku cari je!". Haha gatal. Malu ai :p

21 May 2009
Pukul 2.00 pagi. Dia tiba tiba buzz aku dekat YM. Waktu tu zaman student, zaman jadi burung hantu. Dia tulis...

"weh, aku nak share ngan ko berita gembira ni! Sebab ko kawan yang aku percaya, ko orang pertama yang aku bagitau..tapi ko jangan bagitau orang lain tau".

"Ok. Pat pat bagitau, tak sabar nih", aku reply sambil excited.

"Harini aku dah declare dengan seseorang..first time nih aku couple! Hahahaha", dia macam happy sangat.

Gurlppp! Aku tersentap kejap. Tiba tiba air mata aku macam bergenang. Jari aku nak taip pun dah macam terketar ketar. Aku reply 'smiley face' tu banyak banyak, pretending yang aku pun happy dengan 'good news' itu. Dia pulak excited gila cerita pasal girlfriend baru dia time tu. Aku layan kan je, sambil kesat kesat air mata yang mengalir. Dia tak tau, walaupun aku reply 'hahahahahaa' tapi sebenarnya air mata aku tengah mengalir. Sedih kot. Aku rasa macam dah 'hilang' seseorang time tu.

Sila play lagu ini, untuk fefeling perasan aku time tu. Ececeh. Bak kata Sony, every moment has its music.

 

"Even though going on
with you gone still upsets me,
There are days every now and again
I pretend I'm ok,
but that's not what gets me...
What hurts the most
was being so close
and having so much to say
and watching you walk away
And never knowing
what could have been
AND NOT SEEING THAT LOVING YOU
IS WHAT I WAS TRYING TO DO......"

Bila dah habis sembang, aku off komputer dan masuk tidur. Tapi aku tak boleh tidur! Hati aku sebak sangat waktu tu, air mata pun asyik mengalir je. Time tu dah dalam pukul 3.00 pagi. Aku bangun, ambil wudhuk, dan buat solat hajat. Itu je cara terbaik untuk tenangkan hati. Dalam solat tu aku mintak dengan Allah jauhkan hati aku daripada perasaan sedih dan aku mintak supaya Allah hanya bukakan hati aku untuk jodoh aku sahaja. Andai kata satu hari nanti hati aku terbuka untuk seseorang, biarlah orang tu betul betul jodoh aku. Aku dah taknak terbuka hati pada orang yang salah. Bersungguh sungguh aku mengadu kat Allah malam tu, sambil tersedu-sedu gituewww. Lepas solat tu, barulah aku rasa tenang dan boleh tidur.

Walaupun dia bukan orang yang aku cinta, tapi dia tetap seseorang yang pernah singgah kat hati aku. Aku redha. Aku percaya, Allah nak kasi aku seseorang yang lebih baik.

27 May 2009
Aku log in Frienster. Hoi, zaman tu Frienster tengah up lagi ok! Haha. Aku dapat satu message....jeng jeng jeng...

To be continued....

5 comments:

Azzim said...

hahahaha kakak suke adam af2~

safwa_khairul said...

@Azzim
Sshhh shhhhhhh diam! Malu org tau :p hahaha

Zayla Abdullah said...

cant wait for the next story..

kanvasputih21 said...

lagu indon yg kategori 'underdog' tu la, yg paling best bila dengar, kn.. :)

x sbr nk tau kesambungan citer..

safwa_khairul said...

@Diari Kita
Sila tunggu dgn kesabaran ;p

@miss shuga
Yuppp..sgt best :) tp kena rajin cari sendiri

Sila sabar tau ;p