Monday, 21 November 2011

Malaysian Meal?

Lagi update pasal makanan.

Hari minggu yang lalu, menu kami kaw kaw makanan Malaysia.

Dimulakan dengan breakfast...

Roti paratha + kuah kari + sambal serbaguna

Roti paratha tersebut adalah buatan Malaysia yang dibeli di sini. Kuah kari dan sambal serbaguna a.k.a sambal makcik kantin adalah buatan sendiri. Emmm dapnyeeee! :p

Menu lunch pula...

Kari ayam + sayur sawi + ulam timun + sambal belacan

Amboi amboi meriah kan? Makan sambil pejam pejam mata. Lupa sekejap diri tu ada kat Jepun. Keh keh keh.

Bila dah duduk kat perantauan ni, baru sedar betapa sedapnya makanan Malaysia. Seriously. Jadi, tak hairan lah makanan Malaysia menduduki tangga pertama dalam World Food Festival yang lalu, (dan Malaysia juga ranking pertama di Asia Tenggara rakyat obesiti paling ramai!) T_T

Lagi 34 hari kami nak balik Malaysia, tapi aku dan abam J dah siap siap list senarai makanan dan restoran yang kami nak tuju. Setakat ni, Sate Kajang Haji Samuri menduduki tempat pertama!

Abam J: Ai nak makan sate daging, sate perut, bla bla bla..sedapnye bla bla bla...

Isteri yang mithali: Ai nak makan sate ayam 20 batang sorang sorang. Jangan kacau!

Abam J: Zzzzzzzz *terkejut*





Eh, boleh tak aku nak propose kat Haji Samuri suruh dia bukak satu branch kat Tokyo? Hahaha~

2 comments:

Unknown said...

haji samuri is my pakcik...hehe

safwa_khairul said...

@Wani
Ya ampunnnnnn..seriously? I adore his sate so much! Hihi