Wednesday, 16 November 2011

Masakan Makcik Kantin

Semalam aku puasa. Bila perut lapar, mula lah macam macam jenis makanan terbayang dalam kepala. Tapi lagi hell bila aku terbayang keenakan nasi goreng makcik kantin SHAH Pekan. Nasi goreng + sosej + sambal. Perghhh walla walla sedapnya! Hoi mana nak cari makcik kantin SHAH Pekan tahun 2003 dulu?

Masakan kat kantin SHAH dulu memang power. Kalau tak, tak mungkin contract makcik kantin tu disambung dari tahun ke tahun. Tapi, ada gosip gosip nakal mengatakan yang makcik kantin mempunyai hubungan sulit dengan pengetua sekolah. Sebab tu la contract dia disambung dari tahun ke tahun. Haha! Budak SHAH memang suka bergosip. Selain tidur, bergosip merupakan antara aktiviti utama di asrama putera mahupun puteri. Dan biasanya, gosip gosip yang tersebar memang jauh terpesong dari cerita sebenar. Contohnya, aku dengan kawan aku, Nyanyu (memang nama panggilan sebenar) pernah kena kejar dengan seorang lelaki gila seks ketika lawatan sambil berhibur kami ke Kuala Lumpur. Tapi, cerita yang tersebar kat sekolah selepas kejadian tu adalah 'aku dan nyanyu telah dirogol'. Amboi amboi melampau! Lagi satu contoh, Cikgu A (lelaki) di katakan suka kepada cikgu B (perempuan). Pernah satu ketika, Cikgu A kelihatan sangat serabai tidak terurus. Gosip gosip budak SHAH mengatakan cinta cikgu A ditolak oleh cikgu B. Tapi realitinya, tak lama lepas tu cikgu A dan cikgu B pun berkahwin. Keh keh keh. Nampak tak betapa hebatnya budak SHAH bergosip? Gosip nak lebat je. Salah pulak tu. Jadi kesimpulannya, kalau ada gosip mengatakan makcik kantin mempunyai hubungan sulit dengan pengetua sekolah, cerita yang sebenarnya mungkin makcik kantin tu cuma saudara mara atau pun jiran pengetua je. Kan? Sebab tu la dia je dapat tender tu (Oh kantoi pulak pengetua main kroni)

Ok, sambung balik cerita asal tadi. Harini, aku pun gigih la cari resipi sambal serbaguna yang ala ala makcik kantin tu buat. Sambal makcik kantin tu aku panggil sambal serbaguna sebab, itu lah sambal makan dengan nasi lemak, itu lah sambal makan dengan nasi goreng, itu lah sambal makan dengan keropok lekor, nugget, gorang pisang, sosej dan sebagainya la. Dan pencarian berakhir di My Resipi. Empunya resipi tu cakap sambal tersebut sesuai di makan dengan apa jua jenis makanan.

Tanpa membuang masa...


Taraaa! Siap sudah sambal serbaguna aku.

Dimakan dengan nasi goreng dan juga sosej!

Memang teruja dapat makan nasi goreng + sosej + sambal ala ala makcik kantin SHAH Pekan. Aku makan sambil pejam pejam mata. Nyum nyum.





2 comments:

sabrina said...

hahahaha...bese r sapet..gosip kne lebat lau tak tade r spekulasi begitu

safwa_khairul said...

@sabrina
Budak sekolah kita mmg suka cipta gosip terlampau kan..haha