Monday 27 August 2012

Aidilfitri Di Perantauan

Salam Syawal :)

Baru harini nak update cerita hari raya haritu. Minggu lepas sibuk. Sibuk layan live streaming TV3 tengok program raya :p LOL nasib baik TV3 buat live streaming tu seminggu je bak kata abam J, kalau tak mengadap TV3 je la bini dia :p Hahaha rindu kot nak tengok TV, berita, iklan yang cakap melayu.

1 Syawal yang lalu adalah raya pertama aku sambut di perantauan. Raya pertama tanpa keluarga di sisi. Tapi Alhamdulillah, aidilfitri di perantauan tidaklah sesuram yang di sangka. Sedih tetaplah sedih especially kalau dengar lagu raya dan takbir raya. Pada 1 Syawal yang lalu, aku dan abam J berkumpul di Omiya bersama kawan-kawan abam J yang lain yang tak berpeluang pulang ke Malaysia.

Pagi raya on the way nak pergi Omiya. Kitorang pasang radio Malaysia. Abam J semangat gila follow takbir raya sampai pejam pejam mata padahal tengah drive :p

Para suami mengerjakan solat sunat Aidilfitri diikuti bacaan khutbah oleh Ustaz Khairul :p

Para isteri pula sibuk di dapur. Sibuk bergambar :p

Kami mengadakan sambutan aidilfitri secara secara potluck di mana setiap keluarga dikehendaki membawa juadah raya masing-masing. Juadah raya yang aku dan abam J buat ialah...

 Menu pertama: Sate ayam dan sate daging.

Set lengkap sate beserta kuah kacang, hirisan timun dan hirisan bawang bersedia untuk di bawa ke Omiya.

Menu kedua: Nasi minyak, ayam masak merah, pajeri nenas dan acar timun.

Dan ini adalah juadah keseluruhan hari raya kami...

Ada lontong, nasi impit, kuah kacang, lemang nona instant, rendang ayam, rendang daging, roti jala, kari ayam, kuih cara manis, sate dan nasi minyak. Meriah uolsss! Walaupun di perantauan, menu tetap taknak kalah dengan orang kat Malaysia :p

Lepas solat sunat aidilfitri, kami mengadakan sesi bergambar untuk tatapan keluarga masing-masing di Malaysia...

Peace! LOL Aleesya comel gila pakai tudung senget benget :p

Ish ish tak duduk diam...

Aksi spontan abam J. Omaigod terkejut! Malu ai :p

Para isteri. Mommies duduk dan diapit oleh mommies to be :p

Para suami. Papa papa duduk dan diapit oleh fathers to be :p Eh eh mana Aleesya??

Kami, warga Saitama Jepun, ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. (sila baca dengan nada typical ucapan raya yang selalu keluar TV tu :p)

Selepas sesi bergambar, kami teruskan dengan aktiviti yang sangat sangat di nantikan...jeng jeng jeng...

 Yeahhh makan makan makan :p

Lepas makan...

Bergolek kekenyangan depan TV sambil layan Mail Lambung :p

Sambil layan si kenit dua orang ni LOL comel sangat Aleesya & Nurin pakai baju kurung.

Aktiviti seterusnya...

Lepak lepak dekat luar makan Baskin Robbins.

Takde tempat nak kunjung mengunjung, jadi mari kita lepak di Baskin Robbins sahaja :p

 Semangat gila Aleesya makan aiskrim...

Padahal tak luak luak pun :p

Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing masing. Begitulah aktiviti raya kami di perantauan. Sambutan tetap meriah walaupun tak semeriah di Malaysia. Di sini, mereka mereka inilah keluarga kami, walaupun tanpa hubungan darah :)

Sekian, jumpa lagi. Daaaa~

Saturday 18 August 2012

Salam Aidilfitri Dari Perantauan

Salam Aidilfitri diucapkan kepada keluarga tercinta, sanak-saudara, rakan-rakan dan semua readers. Maaf zahir dan batin dari kami di bumi sakura ini..

Dedikasi khas untuk ayah dan bonda yang jauh di mata...

 

KU POHON RESTU AYAH BONDA

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat seruan takbir
Betapa daku gembira jika di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya


( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restumu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa

Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu


( ulang korus )

Kesalahan diri ku...



With love from Japan,
Anakanda Safwa & Khairul


Tsk tsk T__T



Friday 10 August 2012

Tiga Cerita

Ok, sebab dah lama tak update blog, terus aku nak update tiga cerita sekaligus. Maka, satu entry ni aku akan pecahkan kepada tiga point ala ala macam jawab exam :p

#1 Majlis Berbuka Puasa Dan Birthday Party Nurin
Hari sabtu haritu, aku dengan abam J pergi ke Omiya untuk jemputan majlis berbuka puasa dan birthday party Nurin dekat rumah Trek & Kak Wada. Seronok dapat berbuka ramai-ramai. Makanan pun sodappp! Kitorang berbuka dengan lontong dan rojak. Lepas berbuka, aktiviti solat maghrib, bacaan yaasin dan solat isyak di adakan secara berjemaah. Solat maghrib diimamkan oleh tuan rumah, Trek dan solat isyak pula diimamkan oleh abam J ecececehhh :p

Lepas solat isyak, kitorang sambut birthday si comel Nurin pulak. Tangguh dulu solat terawikh. Bak kata pak imam-pak imam itu, "kite buat yang wajib dulu, yang sunat kemudian". Lepas dah kenyang makan kek, aktiviti bergolek kekenyangan sambil tengok bola Olimpik Jepun lawan. Lelaki lelaki itu kalau dah mula bergolek depan TV tengok bola, takde dah nak terawikh terawikh LOL tak senonoh :p

 Kek birthday Nurin yang super gabak :p

Nurin bersama papa dan mamanya.

Nurin dan uncle Jawe sebelum Aleesya sampai. Nurin kawaii~

Bila Aleesya sampai, abam J terus jadi hak milik Aleesya sepenuhnya LOL :p Dia je yang boleh berkepit dengan abam J. Orang lain tak boleh.

Teruslah nak dukung dengan abam J.

Nak berkepit je dengan abam J.

Mana mana abam J duduk, ada je dia nak menempek atas riba abam J LOL comel je!

Main sama sama dengan Nurin. Tapi taknak berenggang dengan abam J :p

Mula mula abam J letak bantal dan baring atas riba aku, tapi Aleesya marah. Dia siap tarik tarik bantal dan tarik tarik abam J lagi suruh abam J baring jauh jauh dari aku. Pastu dia naik atas kaki abam J nak main macam tu. Elelele dengki..nak suruh abam J layan dia sorang je ye. Haippp aku pasrah je suami kena rampas dengan budak belum mumaiyiz iniwww :p

Elelele Aleesya muka bahagia je.

Pastu bila abam J dah penat, suruh turun tapi dia taknak turun. Haippp giget kaki tembam tu kang! :p

Pukul 1.00 pagi baru kitorang gerak balik ke rumah masing masing. Ewah ewah kemain lagi berparty sakan di bulan Ramadhan :p Ok, next....


#2 Persiapan Menyambut Raya Di Perantauan
Tahun ni merupakan tahun pertama aku dengan abam J akan sambut raya bersama-sama sejak kenal dan sejak kahwin. Kebetulan minggu depan adalah natsu yasumi (cuti musim panas). Maka, seluruh Jepun akan bercuti selama seminggu. Kalau ikut plan asal dari tahun lepas, kitorang akan balik beraya ke Malaysia sebab abam J cuti. Jadi, waktu balik ke Jepun haritu memang tak prepare nak bawak balik baju melayu/baju raya sebab rasa macam sempat untuk cari kat Malaysia bila balik nanti. Tapi bila balik Jepun, lain pulak jadinya. Terpregnant pulak LOL :p Bila dah menyarat macam ni memang tak dapat lah nak balik. Lagi pun sehari sebelum raya aku kena pergi check up.

Persiapan raya memang kelam kabut. Nak kena selongkar kat loteng cari baju melayu abam J yang lama lama. Stock baju kurung yang aku bawak pun memang dah tak muat kalau aku nak pakai. Jadi, minggu depan kena shopping baju raya. Yang pasti memang tak akan dapat pakai baju kurung di pagi raya tahun ni. Haha.

Kitorang bukan setakat nak kena prepare untuk raya, tapi kena buat persiapan untuk baby jugak. Due date cuma tinggal kurang dari bulan je lagi. Fuh fuh fuh. List untuk menu raya memang dah siap. Cuma tak tahu la larat buat ke tak. Ganbare Safwa-san! Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya di perantauan. So, kita tengok je la nanti macam mana :p


#3 Juadah Berbuka
Saje nak share juadah berbuka puasa di perantaun yang tak seberapa. Dah la hari-hari berbuka sorang-sorang. Bertabahlah!

Menu Iftar Day-11: Sambal telur puyuh, ikan bilis goreng favourite abam J, sayur taugeh goreng tauhu, telur masin, kuih buah melaka, buah tembikai & air ice lemon tea beli kat supa :p

Menu Iftar Day-12: Rendang kari daging beli kat kedai halal :p, sayur sawi dengan tauhu, ikan masin bulu ayam, kuih kaswi, buah kurma & air sirap laici.

Menu Iftar Day-18: Ayam masak sambal, kobis masak lemak putih, ikan masin bulu ayam, kuih kacang jepun (mochi) beli kat supa, buah tembikai, kurma & homemade air soya.

Menu Iftar Day-20: Rendang kari daging beli kat kedai halal, hati ayam masak kicap, sayur kacang buncis goreng, ikan masin bulu ayam, buah mango tak sempat nak kupas, kurma, manisan halwa kundur & air sirap bandung.

Sekarang makin hari rasa makin tak larat. Nak buat kuih untuk berbuka pun dah rasa malas. Nasib baik ada stock manisan halwa kundur family pos dari Malaysia. Favourite aku dari dulu. Boleh lah nak makan manis manis lepas berbuka. Tapi kena makan jimat jimat sebab stock tinggal sebungkus je lagi :p Rendang kari daging tu abam J beli banyak banyak yang frozen dari kedai halal supaya senang. Kalau aku tak larat masak, dia suruh panaskan aje. Tak payah susah susah nak masak. Rasa dia macam opor daging yang selalu kat kenduri kahwin tu.

Sekarang dah masuk peringkat akhir pregnancy, midwife bagi list makanan untuk tambahkan darah. Contohnya macam liver, sayuran berdaun hijau dan sayuran kekacang. Jadi, abam J dah beli stock hati ayam dengan banyaknya. Walaupun tak berapa suka tapi terpaksa jugak makan =/

Itulah antara juadah berbuka aku kat perantauan ni. Ala kadar saja. Tak macam uolsss kat Malaysia, mesti penuh meja dengan murtabak, ayam golek, ayam percik, roti john segala bagai kan? Urmmm dapnye! Sepanjang puasa ni, baru empat hari aku dapat berbuka puasa sama-sama dengan abam J. Sedih kan? Hihi :p Banyak kerja dia sekarang, tak boleh nak balik awal. Mari tengok tangan si gigih bekerja ni bila balik kerja...

Eeeeeee scary...ni kalau aleesya tengok tangan yu macam ni, mesti tak sudi dia nak pegang. Bukan sahaje aleesya, ai pun tak sudi :p Hewhewhew!

Ok, dah letih jari jemari menaip. Selamat berpuasa semua. Daaaaaa~