Tuesday, 8 November 2011

Salah Siapa?


(Sila tekan play dan baca entry)


Ohayou minna-san

Kecewa. Kecewa dengan berita berita pagi ni. Bukan berita kat Jepun, tapi kecewa dengan berita kat Malaysia. I'm so disappointed!


Dan ini lagi...


Dalam akhbar yang sama, kita dihidang kan dengan DUA kes buang bayi. Dan sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan selang sehari ada je kes buang bayi yang dilaporkan di akhbar. Itu yang dilaporkan media. Yang tak dilaporkan media pulak macam mana? Huh... (mengeluh jap)

Kalau perasan, sejak bulan Oktober lepas sehingga lah ke hari ini, kes buang bayi semakin menjadi jadi. Kenapa mesti bulan Oktober dan November kes macam ni berleluasa? Kenapa waktu pertengahan tahun dulu jarang ada kes macam ni? Kenapa kenapa kenapa kenapa?

Cuba kita fikir sekejap ye. Secara normal, bayi dikandung selama sembilan bulan 10 hari di dalam rahim. Kalau kita pusingkan waktu secara rawak, apa yang ada dengan sembilan bulan 10 hari yang lepas? Jadikan bulan Oktober dan November sebagai titik tolak.

Sembilan bulan yang lepas -----> Bulan Januari dan Februari

Yes. Ada dua event besar yang akan disambut oleh para muda mudi pada bulan bulan tersebut. Pertama, Sambutan Tahun Baru. Kedua, Sambutan Hari Kekasih.

Nampak tak? Tak perlu buat huraian untuk jelaskan. Sila fikir sendiri.

Sedih sebenarnya. Sedih tengok rakyat negara sendiri macam tu. Bila duduk negara orang ni, mata kita lagi luas terbukak. Dapat compare dengan jelas. Ok, contohnya bila tengok berita pagi pagi...

Kat Jepun, berita berita memaparkan kehebatan golongan belia diorang mencipta robot peringkat Universiti, golongan remaja mencipta robot peringkat sekolah, cipta teknologi itu ini, cari idea macam mana nak atasi krisis nuklear, dan sebagainya yang menunjukkan semangat kamikaze diorang untuk majukan negara diorang (yang sememangnya jauh maju dari Malaysia).

Kat Malaysia, kita disajikan dengan berita berita buang bayi dalam tong sampah, bunuh bayi sampai terburai isi perut, bayi dicampak dari bangunan, remaja lari ikut kekasih, remaja dirogol kekasih, pelajar IPT ditangkap berkhalwat bla bla bla bla...

Nampak tak? Bukan sengaja nak compare, tapi itu lah realiti yang ada depan mata.


Mungkin akan datang situasi kat Malaysia akan jadi macam ni...

Situasi 1
Januari 2018, Kelas 1 Amanah

Danish : Haikal, awak asal mana?
Haikal : Kite asal kat tong sampah. Awak?
Danish : Kite kat dalam longkang.
Dania  : Hahaha patut la busuk korang ni!
Haikal : Eleh, habis tu awak tu wangi sangat asal mana?
Dania  : Kite asal dalam kotak kat tangga surauuuuuuu....

Situasi 2
Januari 2018, Kelas 1 Amanah. Cikgu Alia sedang memeriksa kedatangan anak muridnya.

Cikgu Alia : Danish Bin Abdullah
Danish       : Saya cikgu
Cikgu Alia : Haikal Bin Abdullah
Haikal       : Saya cikgu
Cikgu Alia : Dania Binti Abdullah
Dania        : Saya cikgu
Cikgu Alia : *geleng kepala lapan kali*



Salah siapa?

"Salah siapa sering ditanya
Salah mereka atau kau saja
Salah siapa apa terjadi?
KAU PENENTUNYA JALAN HIDUP SENDIRI"





No comments: