Friday 4 November 2011

Jalan-jalan Naik Basikal

Harini cuaca baik seperti biasa. Panas tak panas, sejuk tak sejuk. Jadi, aku keluar berbasikal pergi Kasumi. Biasanya kalau pergi beli barang mesti dengan abam J. Tapi kalini terasa nak pergi sendiri pulak (ada Health and Beauty Drug Store baru bukak dekat depan Kasumi, itu yang buat aku teruja nak pergi). Tapi bagi alasan kat suami nak pergi Kasumi. Supaya nampak kukuh.

"Harini ai nak pergi Kasumi ye sayam, biar ai beli barang barang dapur. Tak payah yu susah susah teman ai nanti, boleh rest je kat rumah time cuti"

Nampak macam isteri yang baik, taknak menyusahkan suami bukan? Muahaha! Bukan apa, kalau pergi dengan abam J, contohnya nak beli syampu, masuk drug store terus kena tuju tempat syampu - ambil syampu - pergi kaunter - bayar - keluar.

'Boring la yu ni! Kitewww nak pusing pusing dulu satu kedai sampai puas', gertak hati ku.

Fomfuan sangat kan?? Itu pasal la aku gigih nak pergi sendiri naik basikal. Senang nak round kedai baru tu tujuh lapan kali sampai puas. Sampai tempat makanan anjing pun aku nak round jugak. Health and Beauty Drug Store ni sebenarnya tempat yang sangat heaven untuk wanita. Ada macam macam alat penjagaan diri dari kepala sampai ke kaki. Ada banyak giler make up dan skincare Shiseido, Kose, Sofina dan sebagainya. Memang best tempat ni!

Ini lah dia Seki, Health and Beauty Drug Store yang baru bukak tu. Destinasi utama aku. Jadi, aku pun parking basikal siap siap.


Basikal aku yang nombor dua dari kiri tu, yang tayar depan senget tu. Kohser la aku nak betulkan tayar tu. Sebab dah teruja sangat kan nak masuk kedai. Tayar depan nak senget pun senget la! Haha.

Aku pun round semua lorong. Gembira betul takde orang tarik tangan ajak balik. Macam macam ada kat situ. Barang dapur dan makanan pun ada.

Setelah habis semua lorong aku teroka dan berpuas hati, aku pun beredar. Next destination, barulah nak pergi Kasumi untuk beli barang dapur basah pula (ikan dan sayur). Kasumi terletak berhampiran Seki je.


Itu adalah Kasumi. Tak jauh pun dari tempat aku parking basikal ni. Jadi, aku decide nak jalan kaki je pergi Kasumi. Bimbang juga kalau kalau susah nak dapat parking kat Kasumi nanti (cehh..macam la bawak kereta). Keh keh keh. Dengan yakinnya, barang barang yang aku beli dekat Seki tadi, aku tinggal je dalam bakul basikal, sambil dalam hati berkata...

'Ini kan Jepun, bukan Malaysia. InsyaAllah selamat takde orang curi'.


Dengan tayar basikal yang masih senget, aku letak barang dalam bakul dan terus menapak ke Kasumi.



30 minit kemudian...

Alhamdulillah, barang barang tadi masih terletak baik kat situ. Takde apa apa yang hilang. Aku pun bergerak pulang dengan girangnya. Lalalalala~


Aku bawak basikal sambil feeling feeling autumn in my heart (aku bajet macam Song Hye Kyo bawak basikal dalam cerita tu, pastu Won Bin tahan basikal dia, arghhhhh best gile!). Ok, kembali ke dunia nyata. Gigih tau aku bawak basikal sambil snap snap gambar dengan barang barang penuh dalam bakul, siap selit selit kat handle lagi. Muahaha!


Aku ada kat dalam gambar kat atas ni. Kalau terer, sila lah cari :p

Keseluruhan masa aku pergi dua tempat tu adalah dua jam. Sekali lagi, FOMFUAN sangat kan??! (Kalau pergi dengan abam J 15 minit mesti dah setel)

Takpe, janji puas hati. Keh keh keh.


4 comments:

Unknown said...

dalam cermin.. wahaha

safwa_khairul said...

@UnDeFiNeD gUrLz
Tepat sekali! Hehehe

aboh said...

hati-hati sikit weih.. bawok siekal tu...guane park senget tayor..org lain lurus je..cara park siekal tu nampok sgt dii ni org mesia..org jepun rapi je susun....aboh berkenan amat dii
ikut perangai org jepunni..nnt bila dii balik mesia..baru nampok beruboh..

safwa_khairul said...

@aboh
Hahaha..lepas ni pua parking betul2..dont worry abah, kat sini bawak basikal asalkan ikut laluan yg betul, insyaAllah selamat.