Monday, 3 October 2011

Asam Jepun

Ini cerita minggu lepas. Pada malam minggu yang hening, tetibe aku teringin nak makan asam. Teringin ye definitely bukan mengidam. Jangan nak senyum-senyum. Sebab malam tu makan sesuatu yang meloyakan tekak, dan haruslah tekak ni meronta-ronta nak makan asam pulak. Nak kasi neutrak balik. Abam J pun turut loya-loya tekak katanya. Sibuk sangat kan dia, suka tau nak tiru tiru orang.

Dengan status suami mithali (kononnya), maka bergegaslah abam J keluar mencari asam. Dah dekat pukul 12 malam dah time tu. Disebabkan cuaca yang dingin dekat luar tu, abam J tak kasi aku ikut. Takut nanti demam katanya. Aku turuti saja tanpa membantah. Situasi ni memang mahal. Biasanya, mesti ada kata-kata membantah dari mulut aku. Haha! Ok, aku malas nak bersiap pakai tebal-tebal sebenarnya. Sambil menunggu tertanya-tanya dalam hati 'ada ke asam dekat Jepun ni?'. Sambil tertanya-tanya tu, terasa-rasa kat tekak asam masin yang kat Malaysia tu. Ahhh sedapnya!

10 minit kemudian....

Abam J muncul di depan pintu dengan muka tersengih-sengih gembira sambil menghulurkan sebungkus plastik yang berisi...


Ada sebungkus asam yang plastik kaler merah tu, ada white chocolate DARS dan juga Pure gummy dengan perasa anggur. Both of them are my favourites. Cuma yang asam tu je baru first time nak makan. Tengok dari segi rupa dan texture memang sama je macam asam kat Malaysia. Dengan air liur yang mengecur, aku terus ngap dengan tanggapan bahawa rasa asam mestilah sama kan. Rupa bentuk texture semua sama, rasa pun mestilah sama. Sepatutnyalah.

Sejurus selepas gigitan pertama...


























Errrkkkk..sumpah tak sedap langsung! sumpah kecewa sebab tak dapat rasa seperti yang didambakan! Rasa yang sangat-sangat masin tanpa ada rasa masam dan manis sikit pun. Masin semata-mata. T_T

Akhirnya, aku makan sweet sour gummy Pure tu je. Sedap dan boleh la untuk hilangkan loya. Dulu memang aku akan make sure yang Pure ni sentiasa ada dalam handbag. Senang nanti kalau makan kat luar, lepas makan bukak handbag, telan benda alah ni sebijik dua terus dah rasa neutral balik tekak tu. Biasalah tekak kampung. Nak makanan yang pedas-pedas berapi je. Kalau makan makanan jepun yang rasanya manjew manjew ituewww, cepat je tekak aku ni rasa loya. Maka haruslah Pure ini dibawa ke hulu ke hilir. Kampungsss sangatssss kan tekak ni. Haha.

Asam yang masin semata-mata tu, tak sampai hati aku nak buang. Gigih kan abam J meredah dingin malam nak pergi beli asam tu. Tak sopan rasanya kalau terus campak dalam tong sampah. Jadinya, kalau nak makan haruslah golek-golekkan dalam gula dulu. Ala-ala donut tu. Supaya rasanya masin masin manis. Barulah boleh makan. Ok, sekian sahaja pengalaman masin saya hidup di perantauan. Eh, boleh tak gitu? Hewhewhew. Eh, tipu kan. Mane ada orang gelak bunyi 'hewhewhew'. Ok, tukar. Hahahaha! =)

2 comments:

doublena_2901 said...

Wa... ahahahahha eh asam yg kaler merah tu sedap la kak nana suke. Tapi klu akak dulu asam yg peket kaler merah tu akak slalu masak ikan stim letak asam tu... memang maverles rasa ikan stim tu. x caya ce cuba

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Yeke kak nana..waaa..terer betul..byk betul ilmu2 kejepunan kak nana. Haruslah sy bersifu ngn kak nana lepas ni! muehehe