Wednesday 5 October 2011

Kenapa Lelaki Kena Reject?

Terfikir nak buat entry yang berbaur-baur kisah lama disebabkan beberapa orang rakan yang merengek-rengek suruh tulis cerita macam mana aku dan abam J boleh kenal dan jatuh cinta. Termasuk la blogger terkemuka SHAH Pekan, Cik Hanis. Hew hew hew (sila gelak ikut pronounciation yang betul ok!).

"Safwaaaa, abam J tu dah la tak hensem, itam laktu! cerita la macam mane ko boleh suka dia!", kata seorang kawan yang bukan Hanis.

"Safwaaaa, ko dah la muka tak siap! cerita la macam mane abam J boleh suka ko!", kata seorang kawan lagi, juga bukan Hanis.

Ok, tipu je. Kawan-kawan aku takdelah mulut neraka sangat cenggitu. Kalau ada, haruslah aku unfriend cepat-cepat dekat fesbuk. Haha!

Sejujurnya, sebelum ni aku dengan abam J memang buat cerita rekaan semata-mata macam mana kitorang kenal. Malas nak bagitahu cerita sebenar. Tapi, atas permintaan ramai (sila muntah sekarang), aku akan reveal the true story macam mana kitorang kenal and watsoeberrrr tu la tapi untuk entry akan akan datang hokeyh! Titik. Ngeh ngeh ngeh.

*****

Kenapa lelaki kena reject? Aku akan cerita berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas. Berbekalkan wajah yang 'tak-secantik-Juliana Evans-pun-takpelah-asalkan-cukup-sifat-takde-cacat-celanya' ini, adalah beberapa orang lelaki yang cuba mendampingi. Ececehhh! (malu ni malu ni). Haha. Dan mengapa lelaki-lelaki ini ditolak cintanya, atau bahasa kasarnya REJECT.

Lelaki 1:
Lelaki pertama yang approach. Waktu tu aku baru darjah 5. Pergi sekolah pakai tudung senget-benget pun la ada orang nak kasi surat cinta jugak! Yang kasi tu abang darjah 6. Surat cinta yang pesen corak bunga-bunga tu, satu set dengan sampul surat tu. Haaa..yang tu la. Yang kalau bukak tu wangi semacam je. Kemaen lagi kan. Pastu kat sampul surat tu sebesar-besar alam tulis 'SAFWA..I LOVE YOU'. Kah kah kah! Tak matang sangat kan. Itu jam aku gelak-gelak je sambil sedut hingus.

Pengajaran: Kecik-kecik tak payah la nak bercinta. Lebih baik study untuk UPSR. Boboboi tak berapa nak panjang lagi ada hati nak bercinta. Eh terlucah pulak! Mwahaha.


Lelaki 2:
Dah masuk sekolah menengah time ni. Lelaki ni ok je tapi ajak couple time sekolah tu aku tak berkenan sikit. Yewww la..aku kan datang sekolah nak belajar, bukan nak menggatal. Ekekeke. Dan dia ada approach semula waktu aku dah umur 22 tapi time tu aku dah in a relationship dengan abam J. Mwahahaha. Sorry..you are too early and too late!

Pengajaran: Ajak bercinta tak kena masa. Lagi pun, kalau anda betul-betul suka dekat perempuan tu, berdamping lah dengan dia selalu sampai pintu hati dia terbuka. Jangan la sekejap muncul sekejap hilang.


Lelaki 3:
Aku dah 18 tahun masa ni. Lelaki 3 ni adalah ex-schoolmate aku. Ohhh..lelaki ni terlalu manja. Aku tak suka! Haha.

Pengajaran: Lelaki jangan lah nak manja lebih-lebih sangat. Man should always be a man ok. Kalau dah jadi laki bini nak manja lebih-lebih takpelah.


Lelaki 4:
Tak smoking. Tapi sayangnya gopoh sangat. Baru seminggu kenal dah ajak couple. Lepas tu, bila kehendak tak dituruti, suka paksa-paksa. Dan suka marah-marah. Lepas tu mula la mintak maaf macam orang gila janji tak marah-marah lagi. Tapi sebulan lepas tu marah-marah balik macam hantu. Tak berpegang pada janji. Terlalu obses dan kurang bijak apabila bertindak. Definitely hate this kind of guy.

Pengajaran: First, lelaki jangan gopoh. Bagi la perempuan tu rasa selesa dulu dengan anda, lepas tu baru lah boleh nak bawak hubungan tu pergi lebih jauh. Second, sila lah berpegang pada janji. Third, jangan terlalu obses dengan seseorang perempuan tu sampai buatkan dia rasa tak selesa. Fourth, bertindak dengan bijak. Fikir dulu betul-betul sebelum bertindak. Jangan asyik nak marah-marah je. Kan dah kena reject!


Lelaki 5:
Kawan baik kepada Lelaki 4. Aku selesa je berkawan dengan dia tapi mamat ni spesis tak pandai urus diri sendiri. Kuat smoking, selalu ponteng clas sampai berapa kali entah kena repeat paper dan penampilan diri agak selekeh.

Pengajaran: Lelaki kena lah pandai urus diri sendiri. Kalau diri sendiri pun tak terurus, macam mana nak jaga anak orang nanti? Muka tak hensem takpe tapi penampilan diri tu biar lah jangan selekeh ok. Dan yang paling penting, tak elok kawan makan kawan. Dah tau kawan anda sedang approach, tak payah la anda pun nak test market pergi approach jugak. Kan dua-dua dah kena reject! Hua hua hua.


Lelaki 6:
Kawan kepada lelaki 4 dan 5. Cuba menjadi orang tengah kononnya. Tapi at last, dia yang masuk line. Aku tak suka sebab asyik la nak cerita pasal ex-girlfriend dia, dan yang paling aku tak suka, mamat ni suka gunakan duit beli barang mahal-mahal sebab nak ambik hati. Ohhh bajet aku terpikat la dengan semua itu!

Pengajaran: First. wahai lelaki, kalau anda nak approach perempuan, sila lah buang dulu kisah-kisah silam anda itu. Buktikan yang anda dah move on. Jangan lah hari-hari nak cerita pasal ex-girlfriend. Itu akan membuatkan perempuan langsung tak yakin dengan anda! Secara tak langsung, itu menampakkan anda ni seorang lelaki yang lemah. Second, jangan gunakan duit untuk beli cinta seorang perempuan. Jangan fikir semua perempuan gila duit ok. Biarlah seorang perempuan itu mencintai anda kerana DIRI anda, bukan kerana duit-duit itteuwwww.


Lelaki 7:
Lelaki ni cuma beritahu orang-orang sekeliling aku je yang dia suka aku (kononnya la). Tapi dia tak pernah cakap dekat aku sendiri. Cuma dia bagi hint-hint je. Contohnya, bagi kad..bagi bunga. Disebabkan dia tak pernah nak cakap direct, so aku anggap semua tu cuma pemberian daripada seorang kawan kepada seorang kawan tanpa ada sebarang perasaan. Senang kan? Dahtu, malu sangat nak cakap!

Pengajaran: Kalau betul-betul suka dekat seseorang perempuan tu, silalah anda berterus-terang sahaja ye wahai lelaki. Berterus-terang kat empunya diri ye, bukan berterus-terang pada orang-orang sekelilingnya tu. Kena reject or tak kena reject itu belakang cerita. Yang penting, tunjukkan keberanian dan keikhlasan anda. Ada telur kan? Jangan simpan dalam poket ok, letak kat tempat sepatutnya. Gitewww..opss terlucah lagi! Keh keh keh.


Lelaki 8:
Seorang kakitangan dekat university aku dulu. Call pukul 2-3 pagi semata-mata nak meluahkan perasaan. Ok, bagus lah tu berani kan. Tapinya jenis berlagak tak hengat! Masih lagi aku ingat kata-kata berlagaknya. "ai ada beli BMW, tak lama lagi sampai. Ai nak yu jadi orang first yang naik kereta ai. Ai nak bawak yu jalan-jalan". Gila gila gila gila gila! Haha. Itu je yang aku boleh cakap. Ingat aku ni teruja sangat lah dengar ayat cenggitu. Geli + meluat ok! Poodahhh..dua kali je aku angkat call dia. Kalau terserempak dekat fakulti pun, cepat-cepat aku nyorok belakang lemak member. Hahaha!

Pengajaran: Tak perlulah anda nak menunjukkan sangat yang anda tu kaya kalau nak pikat perempuan. Jadi low-profile tu kan lebih baik. Tak payah nak berlagak sangat lah. Menyampah tau tak! Hak hak hak.


Lelaki 9:
Ini lelaki paling keji sekali kot. Spesis berlagak jugak dan yang paling keji sebab suka cakap putar belit, lidah bercabang-cabang, hati pun bercabang-cabang. Kejar dua perempuan dalam satu masa. Bila dah kantoi mula la nak buat mulut lahar, putar belit segala alam. Keji sangat ok! At last, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. I really hate this kind of guy. Tak suka sangat-sangat.

Pengajaran: Wahai lelaki, jangan lah tamak sangat nak kejar dua perempuan dalam satu masa. Dan tak perlu lah cakap putar belit. Perempuan sangat tak suka dengan spesis lelaki yang suka menipu macam tu! Hati tu biarlah tetap. Biar nampak sikit yang anda tu seorang lelaki yang tetap pendirian. Barulah perempuan yakin nak hidup dengan anda.


Ok, sekian sahaja jawapan-jawapan untuk soalan 'kenapa lelaki kena reject?' berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin ada orang yang tak setuju. Mungkin ada perempuan yang rasa 'biarlah lelaki ittuew nak tunjuk dia kaya, barulah kittew geguls-geguls ni yakin nak hidup dengan dia'...kannnnn? Terpulanglah pada diri masing-masing. Setiap perempuan tu penilaiannya tak sama.

Pada aku, aku lagi suka nilai seseorang lelaki tu berdasarkan DIRI lelaki(dalaman) tu sendiri daripada aku nilai apa yang dia ada pada zahirnya. Sebab apa yang dia ada secara zahir tu tak kekal mana pun. Kebahagiaan hakiki tu yang kita cari. Ewah.


7 comments:

budak bosan said...

bagus2...walaupun aku lelaki...tp bgus ler ni...hahaha...sapek2...ni sah2 lelaki je tkejar2 ko kan kan?tak gitewww....?

safwa_khairul said...

@budak bosan
Lelaki-lelaki ini approach aku jewww..xde plak diorang kejar2..haha!

doublena_2901 said...

Wa... akak sgt setuju dgn semua sembilan2 jawapan anda... (berdasarkan pengalaman jugak) ahahahah akhir sekali ku kecundang dengan MAT ROCK.... SHERASHI katanya..

safwa_khairul said...

@doublena_2901
memang patut kena reject kan jejanz2 camtu. Kak nana rock, memang sesuai la kecundang dengan mat rock..baru la SHERASHI BERSHAME kannn.. ;)

Nor Hanis said...

hahaha~ tak pasal mak yg busy body. ekekeke~

mmg hot la sapek. giler ramai org yg approach ko sbelom kawen. at last lelaki ke 10 juga yg berjaya.

ak ade sorg je yg penah usha. yang tu je la sorg tu. :P

tp ak pon plg tak berkenan dgn smokers & lelaki poyo berlagak kaya, seme nk menang & nk plg best je... hontouni dame~

safwa_khairul said...

@Nor Hanis
Memang la ko ade sorang tu je yg usha. Sebab dia usha dan terus ko in a relationship dengan dia. So, orang lain dah tak berani nak masuk line. Hahaha. Aku sentiasa single dan available je time tu. Cuba kalau ko single dan available jugak, mesti lg banyak pengalaman ko dr aku ;)

lelaki poyo berlagak kaya memang sangat mendoukusai~

Nurul iPhone Enthusiast said...

wah sedihnya baca kisah u kene reject....moga bertabah...