Ini adalah pejabat kerajaan yang terletak di Menuma, lima minit je dari rumah kitorang kalau naik kereta. Kalau naik basikal, dalam 10 minit pun dah boleh sampai. Itu pun kalau bawak dengan penuh konsentrasi la. Kalau bawak basikal sambil feeling-feeling ingat makwe, haruslah dekat 20 minit baru sampai. Nampak je bangunan buruk macam tu. Tapi sistem dia laju ok. Tak sampai sepuluh minit pun dah selesai urusan. Sistem kat Jepun memang cekap, memang tak buang masa kita langsung. Bukan kali ni je. Sebelum-sebelum ni pun, dah banyak kali aku teman abam J pergi berurusan dengan pejabat kerajaan sana sini, semuanya dalam 10-15 minit je dah selesai walaupun orang ramai. Tak perlulah nak tercongok menunggu sampai berlendir ketiak kan. Oleh itu, lima bintang penuh aku bagi. Clap clap clap! (tepuk tangan sorang-sorang)
Tujuan utama kitorang ke sana adalah untuk mengambil ini...
Taraaaa! Hehehehe. Ini adalah Alien Card. Lebih kurang macam kad pengenalan aku kat sini lah. Haruslah disimpan rapi di dalam wallet. Bye bye MyKad. Ehh..amboi amboi over tau! Haha.
Selesai urusan pertama, kitorang bergerak pula ke Driving License Centre yang terletak di Konosu untuk renew lesen memandu abam J. Untuk pengetahuan semua, kalau nak renew lesen kat Jepun ni, haruslah kita menadah telinga mendengar ceramah selama 2 jam. Ceramah pasal pemanduan berhemah. Patutlah orang Jepun memandu secara berhemah je. Setiap dua tahun sekali kena basuh rupanya. Kat Malaysia pun kena buat cenggini jugak kot. Mwahaha.
Dan selepas itu, kitorang pun bergerak ke Saezeriya untuk mengisi perut.
Sotong rebus
Grilled green mussels with vegetable salsa.
Ini adalah hidangan sampingan sahaja. Hidangan utama tak sempat nak snap sebab terus ngappp lapo sangat! Haha gelojoh sangatsss kannn!
Selepas mengalas perut (eh yeke mengalas je..tipu la macam banyak je makan. Haha!), kitorang pun bergerak pulang ke rumah dengan girang gembiranya sambil bernyanyi-nyanyi di dalam kereta. Betul lah pepatah melayu mengatakan 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'. Keh keh keh.
Sambil main-main dalam kereta tu, sempatlah aku snap gambar ni. Cantik kan. Abam J kan tak romantik tau, aku baru je nak feeling-feeling tengok matahari terbenam, dia kat sebelah sibuk bising sakit perut nak yak nak yak nak yak! Hahahaha geramssss sangat kan?! Tadi riang gembira sangat menyanyi-nyanyi, pastu bising nak yak pulak..haish~
"menci tauuu yu ni..ai baru nak piling-piling romentik!" T_T
No comments:
Post a Comment