Tuesday 11 October 2011

Jalan-jalan Musim Luruh

Musim panas sudah pun melabuhkan tirainya, dan kini tibalah musim luruh pula untuk membuka tirai di bumi sakura ini. Jadi, pada hari Ahad yang lepas, kami berkesempatan untuk mengikuti Family Day yang disertai enam buah keluarga warganegara Malaysia yang menetap di sini. Destinasi kami adalah Tasik Kawaguchi dan Gunung Fuji.

Pada jam 12.00 tengah hari, kami berkumpul di Tasik Kawaguchi yang terletak di kaki Gunung Fuji. Angin dingin yang bertiup santai, diselang-seli dengan sinaran matahari yang sekejap muncul dan sekejap menghilang, membuatkan suasana di sekitar tasik begitu nyaman.


Dengan kehadiran musim luruh, daun-daun pokok di sekitar tasik mula kekuningan dan kemerahan. Sekilas angin dingin bertiup, kelihatan daun-daun itu mula berguguran. Mendamaikan bukan? Satu panorama ciptaan Allah yang sungguh indah. Subhanallah. Tanpa sedar, ayat itu terungkap di bibir mungilku. Hahahahaha..keji je nak mungil-mungil pulak, tiru ayat novel! Ok, jom tengok gambar.

 Gaya terbaru abam J amek gambar, jelir lidah bajet comel ;p

Cantikkan pokok kat belakang tu? Daun dah kemerah-merahan.

Suasana tasik di kaki gunung yang mendamaikan.



Jelir lidah lagi. Haha!

Aktiviti riadah tak lengkap kalau takde makan-makan

Selepas makan dan aktiviti bergambar beramai-ramai (konon-kononnya nak hantar kat salam perantauan..haha), kami bergerak ke Gunung Fuji. Perjalanan ke Gunung Fuji dari Tasik Kawaguchi mengambil masa selama satu jam setengah (campur berhenti amek gambar, solat dan sebagainya).


Ini adalah gambar ketika dalam perjalanan ke Gunung Fuji. Kiri dan kanan jalan dipenuhi pokok pine yang daunnya mula kekuningan. Memang sangat cantik. Terpegun aku.


Akhirnya, kami tiba ke destinasi yang di tuju...

Gunung Fuji yang diselaputi kabus tebal

Ok, sedikit fakta mengenai Gunung Fuji. Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Gunung Fuji merupakan gunung berapi aktif yang kali terakhir meletetus adalah pada tahun 1707-1708.


Suhu dingin mencecah 4°C di kawasan tersebut membuatkan kami sentiasa berpelukan berkongsi haba. Eh yeke? Hahaha.

Para isteri dengan aksi tahan sejuk

Para suami dengan aksi bapak bodek anak rintik


Kedai-kedai untuk membeli omiyage



Sejuk kan? Haruslah peluk-peluk selalu. Ahaks!

Gambar pemandangan matahari terbenam di Gunung Fuji. Waktu ni baru pukul 5.20 petang.

Peringatan untuk mereka-mereka yang akan mengunjungi tempat ini, silalah bawa baju tebal, berstokin dan memakai kasut tutup. Bawa juga sarung tangan untuk lebih selesa. Suhu kat atas tu memang sejuk.

Selepas itu, kami bergerak turun untuk mengisi perut.


 
 Itadakimasu~


Selepas menjamu selera, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing dengan gembiranya. Sekian sahaja catatan untuk jalan-jalan musim luruh kali ini. Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Di sini, mereka lah sahabat kami, dan mereka jugalah keluarga kami.

Kepada mereka yang ingin bercuti ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan melihat keindahan panorama di Tasik Kawaguchi dan Gunung Fuji pada musim luruh. Pasti terpegun! Ok, jumpa lagi ;) 




No comments: