Tuesday, 14 October 2014

Spring 2013: Ina-machi Rose Garden

Ok, ini entry terakhir untuk cerita spring 2013. Kalini nak cerita pasal Ina-machi Rose Garden yang terletak di Ina, di dalam Saitama Prefecture. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa lebih kurang 40 minit.


Red roses yang terdapat di Ina-machi Bara Koen (Rose Garden). Red roses ni sangatlah besar, saiz L mungkin. Lebih kurang saiz kepala Emil waktu tu lol :p First time aku jumpa bunga ros sebesar tu. Lebat bunganya. Geram je nak petik tapi tak boleh T_T


Emil muka bahagia je dapat jalan-jalan. Tengok bunga pun tengok bunga lahhhh, janji berjalan! Yang bunga ros kat belakang Emil tu jenis yang kecik pulak.


Orange roses pun ada. Jarang kan jumpa bunga ros warna ni.


Haippp don't touch Emil Akif! Bunga ros yang ni saiz sederhana. Macam yang selalu kita jumpa kat Malaysia tu.


Bunga ros yang ni pulak saiz XS. Kecik-kecik je bunganya.


Ada yang dah start gugur. Cantik hanya sementara. Sobs!


Bunga ros kuning. Pun cantik jugak!


Kalau penat boleh duduk-duduk kejap. Tapi bara koen ni tak besar mana pun. Boleh lah jalan-jalan sambil bersantai.


Yang ni pale pink roses. Lebatkan bunga dia? Lembut je warna dia. So nice~

Kepada rose lovers, boleh lah datang ke Ina-machi Rose Garden ni pada pertengahan May hingga Jun untuk tengok bunga ros dalam pelbagai warna dan saiz. Harum semerbak je taman ni. Parking free dan entrance fee adalah sebanyak 200 yen.









Friday, 10 October 2014

Spring 2013: Ota Shibazakura Festival

Masih lagi cerita Spring 2013. Kalau entry sebelum ni pasal shibazakura di Hitsujiyama Park, Chicibu, kalini nak cerita pasal Shibazakura Festival di Ota pulak. Ota terletak di dalam Gunma Prefecture.

Shibazakura Festival ni berlangsung di Ota City Northern Athletic Park. Bermula dari awal April sehingga awal May.


Kawasan seluas 18 hektar ni penuh ditanam dengan shibazakura dan bunga Nemophila.


Waktu ni shibazakura dah berada di penghujung musim. Tak nampak macam pink carpet sangat sebab dah lompong-lompong bunganya.


Penat nak keliling satu park. Boleh duduk-duduk kejap rehat sambil menikmati view. Banyak kerusi disediakan kat tepi-tepi laluan tu.


Kita jalan-jalan area Nemophila pulak. Yang warna biru lembut tu lah bunga Nemophila, atau pun dipanggil blue hills.


Nampak macam panas. Tapi sebenarnya sejuk sebab berangin je kawasan ni. Terpaksa cover kepala Emil dengan hood sebab takut dia kesejukan.


Ada adik ipar aku datang time ni. Tengok tu sangat luas kan kawasan ni. Sayup je mata memandang.


We were on the top of the hill. Kat sini macam viewing platform untuk tengok lautan shibazakura dan lautan Nemophila. View yang sangat cantik. Saujana mata memandang. Tapi kalau pergi time peak season of shibazakura, mesti dapat tengok view yang lagi superb!

Best tempat ni. Sesiapa yang nak tengok shibazakura dan Nemophila serentak, boleh la datang sini. Tapi dinasihatkan untuk pakai two layers outfit. Sebab kawasan ni atas bukit, so angin kuat dan sejuk sikit. Entrance fee adalah percuma, cuma kena bayar parking 500 yen per entry.




Wednesday, 8 October 2014

Spring 2013: Hitsujiyama Park, Chicibu

Lagi cerita Spring 2013. Aku akan habiskan cerita untuk tahun 2013 dulu, mengikut musim. Lepas spring, kita masuk cerita autumn pulak okay! ;)

Lepas musim sakura berakhir, tibalah musim untuk shibazakura pulak. Shibazakura atau dikenali juga sebagai moss phlox atau pink carpet. Spring adalah musim yang paling aku suka. Sebab kita boleh tengok macam-macam jenis bunga. Dan bunga-bunga ni semua akan tumbuh silih berganti sepanjang musim bunga tu. Sakura adalah bunga pertama yang akan keluar, menandakan musim bunga akan bermula. Lepas habis sakura, shibazakura pulak berbunga. Tapi ada sesetengah tempat, kalau lucky boleh tengok sakura dan shibazakura berbunga serentak. Shibazakura jugak akan berbunga serentak dengan Nemophila. Dan macam-macam lagi lah bunga yang keluar silih berganti lepas tu. InsyaAllah aku akan share satu per satu nanti okay ;)

Untuk Spring 2013, kitorang pergi ke Hitsujiyama Park yang terletak di Chicibu, di dalam Saitama Prefecture. Hitsujiyama Park ni merupakan antara park yang terkenal untuk tengok shibazakura. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa selama satu jam 20 minit.


Ini lah dia shibazakura. Now you know why it's also being called as pink carpet. Kan? Rasa nak baring-baring atas tu :p


Shibazakura ni ada a few colours, iaitu pink, light pink, light purple and white.


Hitsujiyama Park ni memang sangat lah luas. Kalau nak keliling park ni, memang terasa lenguh la kaki. Lagi-lagi kalau yang menggedik nak pakai high heel tu :p


Emil as always, kalau bawak jalan-jalan memang terus bertukar watak jadi one happy baby gituw.


Tengok tu senyum je memanjang. Sambil tepuk-tepuk tangan. Girang sangat.


Moyok tiba-tiba. Rupanya dah mengantuk. Masuk jari dalam mulut tandanya nak susu dan mahu tidur. ZzzZzzz~

Untuk sesiapa yang teringin nak tengok shibazakura, bolehlah datang ke Hitsujiyama Park ni. Entrance fee adalah sebanyak 300 yen per adult, dan parking adalah percuma. Shibazakura biasanya berbunga waktu pertengahan April sehingga awal May. So, bolehlah datang time tu :)



Tuesday, 7 October 2014

Spring 2013: Jalan-jalan ke Nikko

Ini cerita Spring 2013. Kitorang buat day trip ke Nikko, bawak mak mertua dan adik ipar ku jalan-jalan. Nikko terletak di Tochigi Prefecture. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa selama 1 jam 15 minit.

Nikko terletak di kawasan pergunungan dan dikelilingi hutan simpan. Memang redup je suasana sekitar Nikko. Tenang dan mendamaikan. Nikko juga tersenarai sebagai UNESCO World Heritage. Jadi, kepada sesiapa pencinta alam sekitar, boleh la datang ke Nikko untuk menikmati keindahan alam ;)

Kami menuju ke sebuah ladang strawberry di Nikko untuk aktiviti ichigo gari (strawberry's picking).


Emil dan daddy ber-ichigo gari. Buah strawberry di Nikko adalah sangat besar dan manis! Fresh dari ladang. Yummehhhh~


Petik dan ngap! Tengok tu Emil nganga aje dia.


Ini la dia tempat ichigo gari tu. Entrance fee yang dikenakan adalah 1200 yen per adult. Boleh makan sebanyak mana yang kita nak selama satu jam. Boleh jugak petik untuk bawak balik. Harga akan dikenakan per gram.

Selesai ber-ichigo gari, kitorang pusing-pusing sekitar Nikko dan berhenti di salah satu koen (park) di situ.


Waktu kitorang pergi tu musim sakura dah habis. Ini je la sisa-sisa yang tinggal.


Jalan-jalan kelilling koen menikmati view alam sekitar.


Emil bersantai jap sementara tunggu nenek beli omiyage.

Actually, banyak aktiviti boleh buat dekat Nikko ni selain ichigo gari dan sightseeing. Antaranya boleh hiking, boleh melawat shrine, boleh lepak-lepak dekat tasik tepi gunung, boleh tengok waterfall, dan jugak boleh biking sambil menikmati nature. Tapi kitorang tak sempat nak buat semua tu. InsyaAllah next time boleh pergi lagi ;)

Untuk yang nak menikmati keindahan Nikko, datanglah waktu autumn. Sebab Nikko sangat famous dengan kecantikan autumn foliagenya.

p/s: Sorry sebab tak banyak gambar view cantik-cantik. Banyak snap gambar anak sendiri je lol :p





Monday, 6 October 2014

Spring 2013: Flower Garden, Konosu

Ini cerita Spring 2013. Waktu tu ada mak mertua dan adik ipar aku datang Jepun. Disebabkan daddy (taknak panggil abam J dah) kerja, Kak Ita dengan rajinnnya bawak kitorang jalan-jalan ke Flower Garden Konosu untuk tengok bunga tulips.


Tulips in various colours. Sangat cantik kan? Waktu tu first time aku jumpa bunga tulip yang real. Terus jatuh cinta dengan tulips. My favourite flower everrrrr.


Siap ada windmill. Feeling feeling kat Amsterdam sangat. Bahaha :p


Mak mertua dan adik ipar ku :)


Cuaca haritu sangat best! Panas suam-suam dan berangin.


Emil waktu ni baru enam bulan.


Ada ojiisan berkenan sangat dengan Emil. Siap mintak nak dukung Emil. Dia cakap Emil comel mata besar. Tengok ojiisan tu, tak nampak mata pun. Hihi :p


Happy je Emil kalau bawak jalan-jalan. Haishhh pejalan sangat! Sampai sekarang.


Berangin je waktu ni. Habis kelepek tudung kami semua.

Actually Flower Garden dekat Konosu ni sentiasa bertukar bunga ikut musim. Tulip biasanya berbunga dari pertengahan April sampai awal bulan May. Kalau nak tengok tulip, datanglah time tu. Parking dan masuk adalah percuma :)


Kalau datang bulan August dan September pulak, Flower Garden ni akan bertukar menjadi lautan bunga merah macam ni. Sorry tak tau apa nama bunga ni. Ni gambar waktu bulan September 2012, empat hari sebelum bersalin kan Emil. Pun Kak Ita yang bawak datang sini time tu. Hehe.


Cantik jugak kan bunga merah tu? Mak buyung tengah pregnant 37 weeks. Baru dua kali tu je aku pergi taman ni.

Ok, next entry aku akan share lagi tempat-tempat menarik yang aku dah pergi. See you again!








Sunday, 5 October 2014

Salam Aidiladha

Harini kitorang berpeluang menyambut Aidiladha di Kedutaan Malaysia. Kebetulan Aidiladha jatuh pada hari Ahad, jadinya memang planning dengan kawan-kawan untuk beraya di embassy. Ini first time untuk aku dan Emil beraya di embassy.

Seawal jam 6.30 pagi kitorang bergerak dari Kumagaya ke Tokyo. Tiba di embassy dalam pukul 8.10 pagi.


Solat sunat Aidiladha bermula pada pukul 8.45 pagi.


Selesai solat, acara makan-makan bermula. Antara menu yang disediakan ialah nasi minyak, roti naan, mee goreng, nasi impit dan desserts.


Tapi Emil tak suka dengan suasana crowded macam tu. Jadi, terpaksa bawak dia main dekat area lapang ni sambil tengok kereta lalu lalang. Mama dan daddy pun terpaksa makan bergilir. Sobs! Tak dapat mama nak try all the foods lol :p


Baju melayu Emil yang pakai waktu raya Aidilfitri dua bulan yang lalu dah tak muat. Jadi pakai baju biasa je. Cepatnya Emil membesar~


Mama dengan daddy jugak yang tak membesar. Hiks! Ini pun baju-baju lama korek dalam almari. Nasib baik muat lagi. Biasalah beraya di perantauan, pakai je la apa yang ada dalam almari tu. Hehe.


Ini lah keluarga besar kitorang di Saitama. Diorang lah kawan, diorang lah keluarga. Alhamdulillah. Dalam group kitorang ni, Emil sorang je boy. Yang lain tu anak-anak diorang semua girls. Auww Emil hot stuff bakal jadi rebutan. Ekekeke :p

Selepas sesi bergambar tu, kitorang pun bersurai. Best la jugak dapat beraya kat embassy. Sekali sekala jumpa orang melayu ramai-ramai. Heee! :)



 


Friday, 3 October 2014

I'm Back!

Dua tahun kemudian....



Bismillahirrahmanirrahim~


Assalamualaikum w.b.t


Jap jap, nak cuci sawang dulu.


Fuh fuh fuhhhh~






Ok, dah bersih.


Finally, after a very longggggggg hiatus,


I'm back here again! ;)



Kitorang masih lagi merantau di bumi sakura. Masih lagi di Kumagaya, Saitama. Dulu berdua. Tapi sekarang dah bertiga. Alhamdulillah :)


Disebabkan tak pernah lagi update apa-apa pasal orang ketiga tu kat blog ni, now, let me introduce him.



This is our beloved son, Emil Akif Bin Mohd Khairul. Dilahirkan pada 25 September 2012 di Samejima Bonding Clinic, Saitama. Ni gambar dia waktu umur satu hari. Semua nurse kat hospital tu cakap mata dia besar. Sebab baby jepun umur satu hari tak nampak mata lagi. Lol :p



Emil waktu umur tujuh hari. Kat Jepun ni memang tak benarkan baby pakai sarung tangan dan sarung kaki. Biarkan je macam tu. Supaya bersih tak kepam dan berdaki.


Emil waktu umur tiga bulan. Time ni kat Malaysia. Kepala dia memang botak takde rambut macam tu, tak cukur pun. Hihi.


Emil waktu umur enam bulan. Masih lagi kat Malaysia. Dan masih lagi botak licin berkilat.


Taraaa! Emil waktu umur 10 bulan dah boleh berjalan. Rambut pun dah tumbuh.


Emil waktu umur 11 bulan. Dah boleh lari-lari dekat Aeon. Waktu ni dia sangat ramah-tamah dengan nihonjin (orang jepun), tapi menangis kalau jumpa orang melayu. Perasan diri nihonjin :p


Emil waktu umur satu tahun. Yeahhhh! Rambut pun dah nak start kerinting.


Emil's first birthday celebration. Bertemakan Orange Party gituuu ;p


Emil waktu umur satu tahun lapan bulan.


Emil's second birthday. Celebrate dekat Pokok Pisang, a Malaysian Restaurant in Gyoda, Saitama. Tengok aku dan abam J, masih maintain seperti dua tahun lalu bukan? Muehehe :p

Sekejap je dah dua tahun anak teruna ni. Walaupun dah cium dia berjuta-juta kali dari lahir sampai umur dua tahun ni, masih lagi rasa tak puas. Masih nak cium lagi dan lagi dan lagi dan lagi! Sayangnya lahai kat anak.

Ok, cukup untuk setakat ni. Lepas ni, insyaAllah aku akan share pasal tempat-tempat menarik kat Jepun yang kitorang dah pergi selama dua tahun ni. Muahaha! Dua tahun tak update, gigih la lepas ni nak cover semula. Yoshhhh!

Eh, ada readers lagi ke ni? :p