Wednesday, 19 November 2014

Autumn 2014: Showa Kinen Park

Ini cerita jalan-jalan tengok koyo weekend haritu. Pada hari Ahad lepas, kami ke Showa Kinen Park yang terletak di Tachikawa, di bahagian barat Tokyo. Showa Kinen Park juga dikenali sebagai Showa Memorial Park atau Showa Kinen Koen dalam nihongo.




View di luar pintu masuk utama. Alhamdulillah, tenki haritu sangat baik :)


Main-main kat sini dulu sementara tunggu daddy beli tiket masuk. Harga tiket 410 yen sorang.


Ini adalah view yang akan kita nampak bila dah masuk dalam park tu. Ada dua rows of ginkgo tunnel di bahagian kiri dan kanan.


Spot yang paling cantik untuk ambik gambar. And yet so crowded T_T






Kat tengah-tengah tu ada kolam with little fountain.





Ada tram jugak kat dalam ni. Kalau malas nak jalan boleh naik tram untuk keliling park ni. Rental basikal pun ada. Tapi kami decide nak jalan je, senang nak ambik gambar ;)


Ada padang untuk ber-picnic.


Emil sangat happy sebab dapat bebas berlari kat tempat yang luas. Hihi. Park ni sangat sangat besar. Park ni yang paling besar setakat yang kitorang pernah pergi. Tapi okay la, sambil berjalan sambil menikmati view.








Ada satu lagi padang besar untuk bermain dan ber-picnic. Dekat area sini ada Turkish Kebab (halal). So, kami stop kejap makan kebab for lunch ;p


Tasik pun ada jugak dalam park ni.


Dekat area tasik ni, ada pameran kereta-kereta lama. Suka sangat la si Emil. Terpaksa mama dengan daddy tunggu dia round setiap kereta dulu (-_-")


Sambung jalan lagi, akan jumpa Japanese Garden ni plak. Ini pun antara spot yang cantik untuk ambik gambar. Boleh nampak ramai photographer kat area sini. Jom tengok gambar yang sempat aku snap sekitar Japanese Garden ni.



Beautiful fall reflection.


Another fall reflection, and the photographer ;)




Red and yellow maples.


Stream of fallen leaves.

Bila dah habis pusing area Japanese Garden, kami decide untuk naik tram untuk balik semula ke main entrance, sebab dah tak larat nak jalan. Taihen ne. Besar betul park ni. Itu pun kami belum habis pusing satu park lagi (-_-")


300 yen sorang harga tiket untuk naik tram ni.

Overall, park ni memang cantik tapi sangat sangat besar. Kena spend satu hari betul kalau nak pusing satu park. Very recommended untuk tourist yang datang Jepun untuk tengok koyo, sebab tak jauh pun dari central Tokyo. Dan park ni pun cantik jugak untuk pergi waktu spring :)

Koyo dekat Showa Kinen Park ni biasanya peak lebih awal dari central Tokyo. So, kalau nak tengok koyo kat sini, bolehlah datang waktu pertengahan November. Park ni berdekatan dengan train station, boleh jalan kaki je. Kalau naik kereta pulak, bayaran parking adalah sebanyak 820 yen. 

2 comments:

fmty said...

kireiii da ne..rindunya nihon wuwuuu

safwa_khairul said...

Memang cantik tempat ni..mai la dtg nihon ;)